Miss V GATAL Ketika Datang Bulan? 5 Perkara ini Punca Anda Tidak Selesa!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Wanita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah ketika datang bulan. Salah satu daripadanya ialah gatal kemaluan.

Bukan sahaja emosi terganggu, malah badan juga rasa sakit-sakit. Lebih teruk lagi, mungkin ada di antara kita yang rasa gatal-gatal pada kawasan intim ketika period.

Selain menimbulkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian, kegatalan ini juga boleh mempengaruhi mood seorang perempuan.

Bayangkanlah anda terpaksa lalui hari-hari anda dengan menahan rasa gatal. Nak garu pun tak boleh! Jadi, anda terpaksa berlakon seolah-olah tiada apa-apa.

Oleh itu, jika vagina gatal ketika datang bulan, jangan risau, anda tidak berseorangan!

Kegatalan yang berlaku pada kawasan kemaluan merupakan perkara biasa yang dilalui oleh hampir setiap wanita semasa datang bulan.

Di sini kami kongsikan beberapa punca yang mungkin menjadi dalang kegatalan anda selama ini!

1. Vagina gatal? Periksa tuala wanita anda

vagina gatal

Cuba periksa tuala wanita yang anda pakai. Kadangkala, anda boleh alami tindak balas alergi terhadap plastik ataupun pewangi yang digunakan pada tuala wanita.

Keadaan ini juga dikenali sebagai dermatitis sentuh alergik (contact dermatitis).

Jika baru-baru ini anda bertukar kepada jenama yang baharu, mungkin itulah punca kegatalan yang anda alami.

Tuala wanita yang terbaik ialah tuala wanita yang bebas daripada penggunaan sebarang pewangi. Cuba cari pad yang diperbuat daripada 100% kapas untuk rasa lebih selesa semasa datang bulan.

2. Selalu tukar tuala wanita elak gatal kemaluan

Amalkan menukar tuala wanita sekali setiap 4 jam. Walaupun pad anda masih ‘kosong’, itu tidak bermaksud tiada bakteria!

Bahagian belakang pad yang berbalut plastik akan membuatkan celah kelangkang anda menjadi lembap.

Keadaan lembap dan hangat ini hanya akan menggalakkan lagi pertumbuhan bakteria.

Oleh itu, rajin-rajinlah menukar tuala wanita anda ya! Bukan sahaja anda boleh elak kegatalan, tetapi juga boleh cegah sebarang bau yang tidak enak pada bahagian intim anda.

3. Anda mungkin mengalami jangkitan yis

Apabila anda datang bulan, hormon dalam badan akan turut berubah.

Perubahan ini bukan sahaja mempengaruhi mood anda, malah, keadaan pH pada vagina anda mungkin turut terjejas.

Perubahan ini boleh menggalakkan jangkitan yis pada bahagian intim anda. Candida albicans merupakan salah satu jenis fungi yang boleh menyebabkan kemaluan gatal.

Jika anda mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, kegatalan pada kawasan vagina, atau vulva berwarna merah dan membengkak, anda mungkin telah terkena jangkitan yis.

Jangkitan yis bukan sahaja disebabkan oleh infeksi ketika datang bulan, ia juga boleh berlaku jika anda mengamalkan seks oral.

Selain itu, jangkitan yis juga adalah perkara yang biasa berlaku kepada wanita yang sedang mengambil antibiotik.

Elakkan meruang ketika anda datang bulan. Selain itu, pakai seluar dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas untuk elakkan daripada terkena jangkitan yis.

4. Anda mengalami vaginosis bakteria

Sama seperti jangkitan yis, vaginosis bakteria (bacterial vaginosis) mungkin berlaku akibat daripada perubahan pH pada kawasan intim anda.

Namun, jangan keliru antara jangkitan yis dan vaginosis bakteria ya. Berbeza dengan jangkitan yis, vaginosis bakteria adalah berpunca daripada pertumbuhan bakteria secara luar biasa pada vagina.

Keadaan ini akan mengakibatkan Miss V anda berbau hanyir dan mengeluarkan lendir berwarna yang lebih tebal daripada biasa.

Di samping kegatalan pada bahagian kemaluan, anda juga akan rasa pedih ketika membuang air kecil dan juga sakit di sekitar kawasan vagina.

5. Anda mungkin mengalami sesuatu yang berbeza sama sekali!

Jika anda mengalami rasa gatal kemaluan yang berpanjangan walaupun ketika anda tidak datang bulan, sudah sampai masanya untuk anda dapatkan pandangan daripada pakar.

Mungkin anda mempunyai masalah lain yang menyebabkan kegatalan. Tetapi, ketika anda datang bulan, kegatalan itu mungkin menjadi lebih teruk dan buatkan anda rasa tidak selesa.

Penting untuk anda berjumpa dengan doktor supaya penyakit anda dapat dikenalpasti dan dirawat dengan sebaiknya.

Kesimpulan

datang bulan

Ketika datang bulan, wanita perlulah menjaga kebersihan diri dengan lebih rapi.

Akan tetapi, walaupun anda telah menjaga kebersihan diri dan menukar pad dengan kerap, kadang-kadang masih ada masalah vagina gatal.

Penukaran jenama tuala wanita lain yang bebas bahan kimia mungkin boleh menjadi penyelesaian mudah kepada masalah anda.

Namun, anda perlu tahu bila masanya perlu berjumpa dengan doktor. Jika kegatalan anda berlarutan, cepat-cepatlah berjumpa pakar untuk rawatan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

Rasanya ramai yang tahu kita tidak digalakkan buat seks semasa haid tanpa tahu sebabnya bukan? Jom sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Alami Gejala PCOS? Boleh Cuba Kaedah Kawalan Kelahiran Ini Untuk Kurangkannya

Tahukah anda, jika anda alami sindrom ovari polisistik, anda sebenarnya boleh menggunakan kaedah kawalan kelahiran untuk kurangkan simptom sindrom PCOS?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Kulit Gatal Sebab Jam Tangan, Gelang Atau Cincin? Mungkin Anda Mempunyai Alergi Nikel!

Adakah anda rasa gatal-gatal apabila pakai barang kemas? Anda mungkin mempunyai alergi nikel! Jom ketahui cara untuk menghilangkan gatal tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
kejang perut tanpa haid

Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
period tidak teratur

Bayi Menyusu Badan Sebab Itu Period Tidak Teratur? TAK SEMESTINYA! Ia Mungkin Kerana Hormon Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan