home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kenapa Waktu Period Saya Boleh Sama Dengan BFF? Ini Kebetulan Atau Terbukti Saintifik?

Kenapa Waktu Period Saya Boleh Sama Dengan BFF? Ini Kebetulan Atau Terbukti Saintifik?

Kita biasa dengar wanita akan sama-sama hamil jika mereka adalah teman rapat, tetapi bagaimana pula dengan kedatangan haid? Bolehkah terjadinya tempoh menstruasi sama?

Bolehkah tempoh menstruasi sama dengan teman rapat?

Pernah berdepan situasi apabila tempoh menstruasi sama dengan rakan sekerja yang rapat dengan anda atau paling tidak bezanya cuma selang 1 atau 2 hari?

Keadaan itu terlihat seperti jangkitan- selepas anda mengalaminya maka rakan baik anda turut akan melalui perkara yang sama.

Namun adakah bukti saintifik yang merujuk kepada perkara seperti ini?

Kepercayaan berkaitan waktu kedatangan haid

Tempoh menstruasi sama atau period syncing ini digambarkan sebagai 1 kepercayaan popular.

Ini terjadi apabila individu wanita yang tinggal bersama atau menghabiskan banyak masa bersama akan mula mengalami kedatangan haid pada hari yang sama setiap bulan.

Mitos period syncing atau turut dikenali sebagai menstrual synchrony dan the McClintock effect, adalah berdasarkan teori.

Teori tersebut menyatakan jika anda bersentuhan fizikal dengan individu lain yang mengalami haid, hormon feromon anda akan saling mempengaruhi dan akhirnya tempoh haid anda sama.

Lebih menarik lagi, terdapat wanita mengakui ‘wanita alpha’ – individu dominan dalam 1 kelompok individu – boleh menjadi faktor penentu masa untuk setiap individu dalam kumpulan tersebut mengalami ovulasi dan haid.

Bagi mereka yang mengalaminya, akan mengakui kewujudan kepercayaan tersebut. Tetapi tidak pada sains.

Efek the McClintock & tempoh menstruasi sama

kedatangan haid

Ia mendapat nama tersebut apabila pengkaji bernama Martha McClintock melakukan kajian ke atas 135 pelajar wanita sebuah kolej.

Mereka yang terlibat dalam kajian itu tinggal bersama di dalam bilik asrama untuk melihat sama ada kitaran haid mereka selaras atau tidak.

Kajian pada 1971 ini tidak melibatkan faktor kedatangan haid yang lain seperti tempoh ovulasi tetapi hanya menumpukan kepada masa pendarahan haid bermula.

McClintock menyimpulkan bahawa tempoh kedatangan haid yang sama sememangnya berlaku dan ia dirujuk sebagai “the McClintock effect”.

Bagaimana tentang kesan feromon itu?

Umumnya, feromon adalah 1 bahan kimia dilepaskan oleh haiwan yang mempengaruhi tingkah laku haiwan lain daripada spesies sama.

Walaupun terdapat kemungkinan kesan yang sama boleh berlaku kepada manusia, namun masih tidak terdapat sebarang penyelidikan untuk menyokong atau membuktikan dakwaan tersebut.

Bagi manusia, feromon banyak dihasilkan pada ketiak dan bahagian paha.

Namun dalam penjagaan kebersihan diri harian, anda akan menyingkirkannya ketika mandi. Jadi efek berkaitannya mungkin tidak begitu ketara.

Kajian-kajian lain

Berdasarkan kajian analisis data yang dilakukan University Oxford dan syarikat aplikasi menunjukkan bahawa tempoh menstruasi sama adalah sesuatu yang mustahil.

Penyelidikan yang melibatkan data daripada 1,500 wanita itu menolak kemungkinan untuk seorang individu wanita mengganggu dan mempengaruhi kitaran kedatangan haid satu sama lain.

Manakala dalam 1 kajian lebih kecil yang dilakukan pada 2017, menyokong efek the McClintock dengan menyatakan 44% responden yang terlibat dan tinggal bersama mengalami penyelarasan haid.

Malahan, simptom period seperti migrain juga kerap berlaku pada wanita yang tinggal bersama.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa wanita mungkin boleh mempengaruhi kedatangan haid antara 1 sama lain.

tempoh-menstruasi-sama-dengan-bff

Tempoh menstruasi sama sukar dibuktikan

Sejujurnya, untuk membuktikan sama ada kepercayaan ini benar atau tidak, ia adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan.

Malahan kebenaran tentang bahan kimia feromon yang mempengaruhi waktu kedatangan haid juga tidak boleh disahkan.

Penyelarasan waktu period ini juga mustahil untuk dibuktikan atas faktor kitaran haid wanita yang tidak menentu.

Kitaran haid normal adalah antara tempoh 28 hari, namun bukan semua wanita akan melalui proses kitaran haid sebegitu, malahan kitaran haid tidak teratur merupakan 1 isu biasa dialami.

Bahkan terdapat juga wanita yang mengalami tempoh kedatangan haid pendek dengan pendarahan hanya 2 atau 3 hari.

Oleh sebab itu, mitos period syncing atau menstrual synchrony adalah 1 perkara subjektif yang bergantung kepada bagaimana seseorang individu itu menentukan perihal berkaitan penyelarasan (syncing).

Percaya atau tidak?

Memandangkan subjek ini sukar untuk dibuktikan, maka terpulang pada anda untuk memilih sama ada mempercayai mitos kepercayaan ini ataupun tidak.

Jika anda pernah mengalami waktu kedatangan haid yang sama dengan rakan baik atau rakan sekerja, berulang-kali walaupun secara kebetulan, pastinya anda akan mempercayai teori the McClintock effect ini, bukan?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 07/05/2020
x