home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Awas! Jangkitan Virus Hepatitis C Boleh Tersebar Melalui Seks Oral, Tapi Bukan Air Liur

Awas! Jangkitan Virus Hepatitis C Boleh Tersebar Melalui Seks Oral, Tapi Bukan Air Liur

Jangkitan melalui seks oral, walaupun jarang, tetapi tidak mustahil berlaku. Antara virus yang dibimbangi boleh tersebar melalui teknik seks tersebut adalah virus hepatitis.

Seperti namanya “hepatitis”, virus ini menyebabkan perubahan patologi pada sel organ hati.

Bergantung kepada jenisnya, ia boleh memasuki tubuh manusia melalui pelbagai laluan.

Sebagai contoh, hepatitis A dan E boleh tersebar melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Manakala hepatitis B, C dan D pula boleh tersebar melalui kontak parenteral, yakni, apa-apa perkara yang boleh menembusi kulit dan memasuki salur darah manusia.

Artikel ini akan memberikan penekanan kepada kemungkinan hepatitis C untuk tersebar melalui seks oral.

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Perihal virus hepatitis C, ‘modus operandi’ jangkitan melalui produk darah tercemar

hepatitis

Seperti virus hepatitis yang lain, hepatitis C atau lebih dikenali sebagai HCV boleh menyebabkan proses keradangan dan pembentukan parut (fibrosis) pada organ hati.

Sel hati sihat akan digantikan dengan sel parut secara perlahan-lahan dan ia boleh menyebabkan masalah kegagalan dan kanser hati.

Walaupun jangkitan virus ini didiagnosis dalam kalangan individu di seluruh dunia, ia endemik di beberapa buah negara.

Mereka yang mendapatkan rawatan melibatkan penggunaan produk darah tercemar di negara yang tidak menyaringnya berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan bawaan darah.

Antaranya adalah hepatitis C.

Virus tersebut perlu menembusi lapisan kulit untuk menyebabkan jangkitan, maka, apa-apa yang melibatkan kontak dengan luka seperti ulser juga berisiko untuk dijangkiti virus hepatitis C.

Sebagai contoh mereka yang melakukan hubungan seks.

Walaupun Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) mengelaskan aktiviti seksual sebagai aktiviti berisiko rendah untuk mendapat jangkitan hepatitis C, tapi ia tidak mustahil.

Sebelum tahun 1992, jangkitan virus hepatitis C kebiasaannya berlaku semasa proses transfusi darah atau pemindahan organ.

Selepas prosedur saringan produk darah dilakukan secara teliti, insiden jangkitan ini berlaku semakin berkurangan.

Oleh sebab itulah cara jangkitan jarang nampak lebih kerap berlaku seperti:

  1. Buat tatu atau sebarang bentuk tindik menggunakan peralatan tercemar.
  2. Hubungan seks dengan mereka yang mempunyai virus hepatitis C.
  3. Berkongsi peralatan peribadi yang berkontak langsung dengan darah pengguna seperti peralatan pencukur dan berus gigi.

Anda mungkin berminat:

Seks dan virus hepatitis C, bagaimana individu dijangkiti?

seks oral

Tidak banyak kajian yang menerangkan perihal risiko berkenaan dengan jangkitan hepatitis C melalui seks.

Malahan kajian yang dijalankan oleh sekumpulan saintis pada tahun 2018 tidak mempunyai kesimpulan yang jelas kerana tidak cukup data.

Seks oral terutamanya, sering dilihat sebagai satu teknik yang selamat dan kurang risiko untuk menyebarkan sebarang bentuk penyakit berjangkit.

Hakikatnya, ia boleh menjadi salah satu jalan yang memungkinkan penyebaran virus hepatitis C.

Jangkitan kelamin boleh tersebar melalui seks oral apabila perbuatan seks tersebut dilakukan secara silih berganti di antara kemaluan dan mulut.

Kajian pada tahun 1998 menunjukkan walaupun risiko untuk mendapat jangkitan bagi mereka yang memulakan seks oral sebelum melakukan penetrasi (oro-genital) rendah, ia masih boleh tersebar melalui laluan tersebut.

Terdapat beberapa profil risiko yang menyebabkan seseorang itu mudah untuk mendapat jangkitan hepatitis C. Antaranya adalah:

  1. Hubungan homoseksual
  2. Individu yang melakukan aktiviti seks dengan banyak pasangan
  3. Mereka yang didiagnosis dengan masalah jangkitan HIV

Pun begitu, penulis ingin menekankan bahawa jangkitan tidak berlaku melalui air liur.

Virus hepatitis C hanya boleh tersebar melalui darah.

Jika terdapat luka pada faraj atau kawasan yang berkontak langsung dengan kemaluan (seperti mulut), seks tanpa kondom boleh menyebabkan berlakunya proses jangkitan.

Bagaimana pula dengan ibu mengandung? Adakah anak berisiko untuk mendapat jangkitan?

hepatitis

Jangkitan virus terhadap janin merupakan salah satu mekanisme utama bagi hepatitis C.

Perkara ini dikenali sebagai transmisi vertikal.

Kehamilan bukanlah satu keadaan yang akan menyebabkan jangkitan hepatitis C menjadi bertambah teruk.

Walaupun sistem pertahanan badan wanita mengalami penurunan ketika mereka hamil, kajian menunjukkan peningkatan maklumat genetik virus pada trimester 1 dan 3 akan disusuli dengan penurunan selepas ibu bersalin.

Meskipun begitu, mereka yang hamil dengan jangkitan hepatitis C mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi kehamilan yang dikenali sebagai kolestasis intrahepatik (ICP).

Sindrom ini memerlukan rawatan dan pemantauan rapi bagi memastikan kesihatan ibu dan anak terjaga.

Jika wanita yang hamil tersebut mengalami masalah sirosis hati (masalah pembentukan parut teruk), mereka mudah untuk mendapat komplikasi seperti:

  1. Masalah pendarahan
  2. Preeklampsia
  3. Kelahiran melalui pembedahan caesarean
  4. Kematian

Konklusi

Jangkitan hepatitis C, walaupun tidak lazim, boleh berlaku melalui aktiviti seks termasuklah seks oral.

Mereka yang didiagnosis perlu mendapatkan preskripsi ubat antiviral sekiranya perlu.

Kira-kira 15 hingga 25% kes hepatitis C sembuh dengan sendirinya walaupun tiada bantuan perubatan diberikan.

Namun, individu yang dijangkiti perlu dirujuk kepada pakar untuk proses pemantauan dan rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Hepatitis C (Q&A for Health Professionals). (https://www.cdc.gov/hepatitis/hcv/hcvfaq.htm). Diakses pada 11 Jun 2020.
  2. Hepatitis C (Q&A for Public). (https://www.cdc.gov/hepatitis/hcv/cfaq.htm#B1). Diakses pada 11 Jun 2020.
  3. Oral sex and the transmission of viral STIs. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1758078/pdf/v074p00006.pdf). Diakses pada 11 Jun 2020.
  4. Sexual transmission of Hepatitis C Virus infection in a heterosexual population: A systematic review. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6973529/). Diakses pada 11 Jun 2020.
  5. What is hepatitis? (WHO). (https://www.who.int/news-room/q-a-detail/what-is-hepatitis#:~:text=Common%20modes%20of%20transmission%20for,and%20also%20by%20sexual%20contact.). Diakses pada 11 Jun 2020.
  6. Malaysia General Health Risks: Hepatitis C. (https://www.iamat.org/country/malaysia/risk/hepatitis-c). Diakses pada 11 Jun 2020.
  7. High Prevalence of GB Virus C/hepatitis G Virus Infection Among Homosexual Men Infected With Human Immunodeficiency Virus Type 1: Evidence for Sexual Transmission. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9746067/). Diakses pada 11 Jun 2020.
  8. HCV in Pregnancy. (https://www.hcvguidelines.org/unique-populations/pregnancy). Diakses pada 11 Jun 2020.
Gambar penulis
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli pada 11/06/2020
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Wazir Aiman
x