Miss V berbau hanyir selepas seks dengan pasangan? Itu mungkin petanda anda mengalami jangkitan kulat pada faraj.
Apa ubat jangkitan kuman pada faraj? Apakah cara merawat faraj pedih? Apa petua hilangkan jangkitan kulat?
Jangan risau dalam artikel ini ada cara merawatanya yang boleh anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Apa itu jangkitan kulat pada faraj?
Vaginosis bakteria adalah jangkitan kulat pada faraj yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria secara berlebihan dan boleh mencetuskan bau hanyir pada miss V terutamanya selepas melakukan seks.
Faraj secara semula jadi mempunyai persekitaran yang mengandungi bakteria ‘baik’ dan juga ‘buruk.’
Dalam masalah jangkitan ini, terdapat lebihan bakteria buruk dan ia menyebabkan persekitaran faraj yang tidak seimbang lalu berlakunya discharge dan kegatalan sekitar bahagian intim.
Vaginosis bakteria adalah antara masalah yang sering dialami oleh kaum Hawa, dan ia juga boleh terjadi melalui aktiviti hubungan seks.
Petua rawatan di rumah
Apa ubat jangkitan kuman pada faraj? Apakah cara merawat faraj pedih? Apa petua hilangkan jangkitan kulat?
#1 Probiotik
Probiotik dikatakan dapat membantu dalam merawat dan mencegah vaginosis bakteria faraj.
Sekiranya anda mempunyai masalah jangkitan bakteria ini, pengambilan probiotik setiap hari dikatakan mampu merawat dan mencegah potensi mendapat masalah ini pada masa akan datang.
#2 Cegah jangkitan kulat pada faraj: Yogurt
Yogurt juga bersifat probiotik secara semula jadi. Ini bererti terdapat banyak bakteria sihat di dalamnya.
Menurut pakar, makan yogurt dapat membantu memasukkan bakteria sihat ke dalam badan.
Ini akan membantu mewujudkan persekitaran faraj yang seimbang, dan dapat membantu melawan bakteria jahat.
Untuk mendapatkan faedah sepenuhnya, makan sekurang-kurangnya satu hidangan yogurt setiap hari.
#3 Minyak tea tree
Minyak ini dikatakan mempunyai sifat antibakteria dan antikulat yang dapat membantu merawat masalah vaginosis bakteria.
Cara penggunaannya, minyak pati ini perlu dicairkan dengan minyak pembawa seperti kelapa, badam, atau minyak zaitun.
Pilih minyak yang anda tidak alah kepadanya dan campurkan 5 sehingga 10 titis minyak tea tree dalam 1 auns minyak pembawa.
Namun ingat, jangan sesekali gunakan minyak ini tanpa mencampurkannya dengan minyak pembawa terlebih dahulu kerana ia boleh membakar kulit.
Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan minyak ini bagi merawat jangkitan kulat pada faraj, termasuk mencampurkannya dengan minyak kelapa (atau minyak pembawa lain) dan merendam tampon di dalamnya.
Kemudian, masukkan tampon ke dalam faraj dan keluarkan selepas 1 jam. Keluarkannya lebih awal sekiranya berlaku kerengsaan.
Ulangi langkah ini beberapa kali sehari, tetapi jangan pula anda tertidur dengan tampon berada di dalam miss V ya!
#4 Seluar dalam daripada kapas
Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti spandeks hanya akan menyebabkan kelembapan berlaku hingga mengganggu keseimbangan faraj.
Justeru, ia boleh menyebabkan berlakunya pembiakan bakteria dan memburukkan lagi jangkitan faraj bakteria yang sedia ada.
Untuk membantu masalah vaginosis bakteria anda sembuh dengan cepat dan mengelak ia daripada terjadi, pakailah seluar dalam yang diperbuat daripada kapas agar membolehkan kulit untuk bernafas, sekali gus dianggap sebagai antara petua hilangkan jangkitan kulat.
#5 Asid borik bantu rawat jangkitan kulat pada faraj
Kapsul asid borik boleh digunakan untuk merawat masalah vaginosis bakteria.
Menurut pakar, kapsul asid borik ini boleh dimasukkan ke dalam faraj setiap malam selama 2 minggu untuk merawat masalah tersebut.
Ia juga selamat digunakan di dalam faraj dan didapati berkesan seperti beberapa rawatan perubatan yang lain.
Walau bagaimanapun, harus anda ingat bahawa asid borik tidak boleh dan toksik untuk dimakan.
Justeru, ia harus dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan. Ia juga tidak selamat digunakan oleh wanita hamil.
#6 Makan lebih banyak vitamin C
Apakah cara merawat faraj pedih? Apa petua hilangkan jangkitan kulat?
Vitamin C juga dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah jangkitan kulat pada faraj dengan menurunkan pH miss V dan mencegah kerengsaan.
Kajian menunjukkan tablet vitamin C dapat membantu memulihkan atau mengekalkan mikroflora dan pH faraj yang sihat.
Tambahkan makanan kaya vitamin C dalam diet harian, dan sekiranya ingin mengambil suplemen ini pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.
#7 Jangan douche miss V anda
Sebilangan wanita mungkin menggunakan teknik douche (mencuci atau membersihkan bahagian dalam faraj dengan air atau campuran cecair lain) kerana mereka percaya ia menjadikan faraj lebih bersih.
Realitinya, ia akan mengganggu keseimbangan semula jadi bakteria di dalam miss V dan meningkatkan kemungkinan berlakunya jangkitan.
#8 Amalkan seks selamat
Menurut pakar, penggunaan kondom dapat mengurangkan risiko berlakunya vaginosis bakteria.
Tabiat bertukar-tukar pasangan seksual boleh meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan ini.
Disebabkan itu, pastikan anda sentiasa mengamalkan safe sex dengan sentiasa memakai kondom terutamanya apabila melakukannya dengan orang baru dikenali!
#9 Amalkan kebersihan yang baik
Mengamalkan kebersihan tubuh badan yang baik terutamanya pada bahagian intim, akan dapat membantu merawat dan mencegah potensi jangkitan bakteria.
Setelah selesai melakukan ‘urusan’ di tandas, pastikan bahagian faraj dan dubur betul-betul dikeringkan menggunakan kain yang bersih.
Tukar pad atau tampon anda beberapa kali sehari ketika haid, dan sentiasa bersihkan alat permainan seks dengan sabun serta air panas.
Risiko dan komplikasi jangkitan kulat pada faraj
Sekiranya rawatan di rumah tidak berfungsi, masalah vaginosis bakteria bakal berlanjutan dan bertambah buruk jika tidak dirawat.
Mempunyai kawasan kulit yang kasar di dalam dan di sekitar faraj akan meningkatkan sejumlah risiko, termasuk:
- Peningkatan risiko dijangkiti HIV jika terdedah kepada virus
- Peningkatan risiko kelahiran pramatang sekiranya hamil
- Peningkatan risiko dijangkiti jangkitan seksual lain (IMS)
- Perkembangan penyakit radang pelvis (PID)
Kesimpulan
Oleh itu, sekiranya rawatan secara semula jadi tidak berkesan buat anda, usah buang masa lagi dan segera bertemu doktor sebelum ia bertambah parah.
[embed-health-tool-ovulation]