Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sindrom pramenstruasi (PMS) mampu menyebabkan beberapa simptom yang menyerupai tanda-tanda kehamilan.

Tanda-tanda kehamilan bakal ibu boleh dikelirukan oleh simptom PMS seperti sakit pinggang, perubahan mood, sakit kepala dan beberapa lagi gejala lain.

Disebabkan itu, sebilangan wanita mengalami kesukaran untuk menentukan sama ada mereka bakal ‘datang bulan’ atau hamil.

Pun begitu, simptom-simptomnya mungkin kelihatan sama, namun masih terdapat perbezaan kecil terutamanya bagi yang positif mengandung.

Apa perbezaannya? Kalau anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, baca artikel ini sampai habis ya!

Persamaan PMS & tanda-tanda kehamilan

Bagi kebanyakan wanita, tanda-tanda dan gejala awal kehamilan boleh menyerupai simptom ketika didatang haid atau PMS.

Sebenarnya, adalah sukar untuk mengenal pasti daripada gejala awal sahaja jika seseorang wanita hamil atau mengalami simptom yang berkaitan dengan haid.

Untuk pemahaman yang lebih lanjut, ini tanda-tanda dan gejala umum yang mempunyai persamaan antara kehamilan dan PMS:

  • Sakit kepala & belakang

Sakit kepala boleh menjadi salah satu gejala kehamilan, tetapi kebanyakan wanita juga mengalami isu sakit kepala atau migrain sebelum kedatangan haid atau PMS.

Ia mungkin agak mengelirukan kerana gejala ini boleh berlaku ketika PMS, tetapi ia juga boleh menjadi gejala kehamilan.

Ini kerana perubahan hormon boleh menyebabkan sakit kepala dan sakit belakang pada awal kehamilan dan sebelum haid.

  • Perubahan mood

artis korea

Perubahan mood adalah perkara yang sering terjadi ketika PMS serta awal kehamilan.

Selain itu, perubahan ini boleh merangkumi kemurungan, kegelisahan, mudah marah, dan mood berubah.

Tetapi, gejala PMS ini biasanya akan hilang sebaik sahaja haid bermula.

Walau bagaimanapun, jika perubahan mood berterusan bersama dengan kelewatan menstruasi, ini mungkin menjadi petunjuk kehamilan.

Di samping itu, jika seseorang wanita menunjukkan perasaan sedih yang berterusan, ia mungkin boleh disebabkan oleh kemurungan.

Kira-kira 10% wanita hamil di seluruh dunia mengalami gangguan kesihatan mental, kemurungan.

  • Sembelit

Hormon progesteron boleh menyebabkan gangguan pencernaan termasuk sembelit.

Ini kerana tahap progesteron meningkat pada separuh kedua kitaran haid dan sembelit boleh terjadi pada wanita sedang PMS.

Bukan hanya berlaku ketika kedatangan awal haid, perubahan hormon saat awal kehamilan juga boleh menyebabkan sembelit.

Penyelidikan menunjukkan sembelit mempengaruhi hingga 38% wanita sepanjang kehamilan, tetapi ia juga mempengaruhi kebanyakan wanita sebelum dan semasa haid.

Bagi wanita hamil, kemungkinan besar mereka mengalami sembelit pada 2 trimester pertama, sementara wanita dengan masalah usus yang berkaitan PMS biasanya akan kembali pulih setelah haid bermula.

  • Kesakitan payudara

Semasa PMS, pembengkakan dan kesakitan payudara boleh berlaku pada separuh kedua kitaran haid.

Kesakitannya boleh jadi berperingkat daripada ringan sehingga parah, dan para wanita pada usia subur cenderung untuk mengalami gejala yang lebih teruk.

Manakala ketika awal kehamilan, payudara anda mungkin terasa sakit dan sensitif apabila disentuh.

Bukan itu sahaja, payudara juga mungkin terasa lebih kenyal dan padat.

Kesakitan dan pembengkakan buah dada ini biasanya akan berlaku selama 1 sehingga 2 minggu setelah positif hamil.

  • Kekejangan

Bagi mereka yang mengalami PMS, senggugut, iaitu kekejangan boleh berlaku dalam tempoh 24 sehingga 48 jam sebelum haid.

Setelah itu, rasa sakit mungkin akan berkurang sepanjang tempoh haid dan akhirnya menghilang dengan sendiri pada penghujung menstruasi.

Usah risau kerana kekejangan disebabkan haid seringkali berkurangan selepas kehamilan pertama anda atau dengan peningkatan usia.

Di samping itu juga, kekejangan akan lebih kerap berlaku terhadap sebilangan wanita yang bakal memasuki usia menopaus.

Pada awal kehamilan pula, seseorang wanita mungkin mengalami kekejangan yang ringan.

Kekejangan ini mungkin terasa sama seakan kekejangan ringan yang dialami semasa haid, tetapi ia lebih tertumpu pada perut dan pinggang bahagian bawah.

Peringatan! Sekiranya anda mempunyai sejarah keguguran, jangan abaikan gejala ini.

Cuba untuk berehat dan sekiranya kekejangan tersebut tidak berkurangan atau reda, segera berbincang dengan doktor anda.

PMS & tanda-tanda kehamilan: Ini perbezaannya!

tanda hamil 1 minggu

Tompokan darah yang ringan kadangkala berlaku sekitar masa implantasi embrio ke dalam rahim pada awal kehamilan.

Perkara ini dikenali sebagai pendarahan implantasi dan ia tidak sama dengan pendarahan berat yang mungkin dialami oleh beberapa wanita pada awal haid.

Gejala-gejala tersebut lebih bersifat kehamilan, dan ia tidak berlaku disebabkan oleh haid atau PMS.

  • Lewat atau tidak datang haid: Ketiadaan haid adalah antara tanda utama kehamilan
  • Pendarahan atau kekejangan implantasi: Pendarahan dan kekejangan yang sangat ringan semasa implantasi embrio di dalam rahim ketika awal kehamilan boleh berlaku. Ia juga sangat berbeza dengan aliran haid yang normal
  • Keputihan: Peningkatan pengeluaran estrogen ketika kehamilan boleh menyebabkan kepada peningkatan keputihan
  • Areola atau puting payudara bertambah gelap: Warna gelap atau pembesaran areola boleh berlaku seawal satu atau 2 minggu setelah proses persenyawaan pada awal kehamilan. Ia juga boleh berkembang semasa kehamilan dan tidak menjadi gejala PMS mahupun haid

Konklusinya…

Dapat dirumuskan, cukup penting untuk wanita mengenal pasti punca simptom-simptom yang dialami.

Sekiranya hamil, lebih cepat anda mengetahuinya, maka semakin cepat perawatan yang betul dapat dilakukan.

Justeru, kaedah terbaik untuk mengetahui perbezaan antara gejala PMS dan kehamilan awal adalah dengan melakukan ujian kehamilan.

Tambahan itu, ia juga berguna untuk mengesan sebarang perubahan gejala yang berlainan daripada corak yang biasa berlaku.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan, pastikan anda berjumpa doktor atau golongan yang lebih pakar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

"IUD boleh terkeluar kalau 'main' ganas sangat? Takutnya!" Sejauh mana kebenaran kenyataan berkaitan alat pencegah kehamilan ini? Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 11/01/2021 . 3 minit bacaan

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Penjagaan Ibu 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Apabila menimbang berat badan hari-hari biasa hasilnya normal sahaja, tetapi ketika 'datang bulan', angka terus naik! Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

menangis emosi perempuan ketika haid

Bukan Saja-saja! Menangis, Moody @ Marah Ketika Haid Itu Bersebab! Tapi Jangan Buat Alasan Pula Ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
posisi rahim

Condong Ke Hadapan Atau Belakang, Mana Satu Posisi Rahim Normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan