Rawat Sakit Gigi Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Gigi bongsu atau gigi geraham merupakan gigi yang paling akhir untuk tumbuh. Namun, kebanyakan individu mengambil keputusan untuk mengeluarkan gigi bongsu tersebut kerana tidak tahan rasa sakit gigi yang dilalui.

Rasa sakit yang dirasai boleh mengakibatkan emosi menjadi tidak menentu. Jadi bagaimana untuk merawatnya? Ikuti artikel ini untuk pilihan rawatan yang mungkin dapat membantu.

  1. Berkumur

Antara kaedah rawatan yang popular untuk sakit gigi adalah berkumur dengan air garam. Gunakan campuran garam dengan air suam untuk membantu menjaga gusi agar lebih sihat dan membunuh bakteria berbahaya.

Kaedah yang turun disaran oleh doktor gigi ini juga merupakan satu cara yang amat mudah dan efektif dalam membantu melegakan kesakitan.

  1. Ais

Jika kesakitan ini disebabkan bengkak, anda boleh menggunakan ais untuk membantu melegakannya. Bungkuskan ais pada sehelai tuala bersih atau gunakan pek ais dan letakkan di kawasan yang bengkak. Cara ini juga membantu melegakan kerengsaan.

  1. Bunga cengkih

sakit gigi

Kajian menunjukkan bunga cengkih membantu melegakan kesakitan gigi. Anda boleh menggunakan bunga cengkih itu sendiri atau minyak yang dihasilkan dari bunga cengkih.

Jika menggunakan bunga cengkih, kepitkannya di antara gigi yang menyebabkan kesakitan tanpa menggigitnya. Biarkan sehingga kesakitan berkurangan. Bagi yang memilih menggunakan minyak bunga cengkih, letakkan beberapa titis minyak ke atas kapas dan letakkannya pada gigi yang sakit, biarkan sehingga rasa sakit itu berkurangan.

  1. Aloe vera

Sesuai digunakan untuk memberikan kelegaan dan mengurangan kerengsaan pada bahagian yang sakit. Ia turut membantu merawat gusi yang terluka ketika proses gigi tumbuh. Anda boleh meletakkan gel aloe vera pada belakang mulut.

  1. Teh

Jika anda mengalami gusi bengkak, anda boleh gunakan uncang teh. Ia sesuai digunakan kerana sifatnya yang anti-radang yang terkandung dalam asid tannic.

Cara yang untuk menggunakan kaedah ini adalah dengan membancuh secawan teh dan sejukkan ia ke dalam peti sejuk, bersama uncang teh yang dibiarkan di dalam cawan tersebut.  Apabila air itu menjadi sejuk, ambil uncang teh dan letakkan di dalam mulut, di atas gusi yang bengkak.

  1. Daun jambu batu

sakit gigi

Daun jambu batu sangat berkesan untuk merawat kesakitan anda. Ia mengandungi anti-spasm, bersifat antibakteria dan membasmi kuman.

Ambil sehelai daun jambu dan kunyahkan secara perlahan-lahan di dalam mulut. Air yang keluar dari daun itu akan memberi kesan dalam beberapa minit. Cara lain, anda boleh ambil 5-7 helai daun dan rebuskan dalam periuk selama 5 minit. Setelah sejuk, gunakan air rebusan itu untuk berkumur.

  1. Serbuk penaik

Ia bukan sahaja membantu merawat bengkak, tetapi serbuk penaik juga boleh melegakan kesakitan. Campurkan sedikit ubat gigi bersama serbuk penaik, dan letakkan pada bahagian gigi yang sakit.

  1. Daun pudina

Dikenali antara ubat penahan sakit yang baik. Ia bersifat anestetik yang akan mengurangkan kesakitan dan menghapuskan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan jangkitan, malah ia mempunyai aroma segar semulajadi.

Anda boleh memilih menggunakan daun pudina segar dan letakkan pada kawasan yang sakit selama 20 minit dan kesakitan akan berkurang. Jika anda ingin menggunakan ekstrak daun pudina, titiskannya pada kapas dan letakkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama beberapa minit.

  1. Timun

Timun juga boleh membantu melegakan kesakitan, cuma ia tidak memiliki fungsi anti-jangkitan. Basuh timun dan letakkan di dalam peti ais, apabila ia sejuk, potong ia dan letakkan pada bahagian yang sakit.

Tip tambahan

Berikut adalah beberapa tip untuk mengelakkan kesakitan gigi anda menjadi bertambah teruk:

  • Jauhi makanan yang keras dan sarat dengan gula
  • Perbanyakan minum air
  • Berus gigi setiap kali selepas makan
  • Jika masih sakit, anda boleh dapatkan ubat seperti ibuprofen di farmasi

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Gigi Cantik & Mulut Berbau Harum Tentunya Jadi Idaman, Ini 7 Cara Pantas Untuk Jaga Kesihatan Mulut

    Tahukah anda bahawa kesihatan gigi dan mulut perlu dijaga dengan sebaiknya mengikut 7 cara yang disenaraikan ini. Baca lanjut di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 20/09/2018 . 2 minit bacaan

    Apa Itu Kaviti?

    Definisi Apa itu kaviti? Kaviti atau kerosakan gigi berlaku apabila zarah gula dari makanan yang menggalakkan bakteria dalam plak menghasilkan asid dan menyerang enamel gigi. Ketumpatan plak mengekalkan asid ini ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 05/09/2018 . 2 minit bacaan

    Gigi Anak Berkarat Dan Rongak, Ini 5 Cara Mencegah Kerosakan Gigi Kanak-Kanak

    Risau bila tengok gigi kanak kanak rongak dan berlubang. Ibu ayah boleh mencegahnya dengan beberapa petua berkesan ini di rumah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/08/2018 . 2 minit bacaan

    5 Punca Gigi Sensitif

    Adakah anda pernah mengalami “pembekuan otak” dengan hanya minum segelas air? Adakah ais krim hampir tidak boleh ditahan kerana sakit gigi? Secara keseluruhannya, kepekaan gigi boleh membawa kepada perasaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 31/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit gigi berdenyut

    Kenapa Kalau Sakit Gigi Boleh Demam? Ini Punca Sebenarnya! Jangan Dibiarkan, Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit gigi

    Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan

    Hakisan Gigi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 31/12/2018 . 2 minit bacaan
    tumbuh gigi bongsu

    Adakah Semua Orang Akan Tumbuh Gigi Bongsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 02/10/2018 . 2 minit bacaan