home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Tabiat Mengunyah Ais Baik?

Adakah Tabiat Mengunyah Ais Baik?

Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya. Malah, ia mungkin menjadi tabiat yang tidak boleh dihentikan. Kebanyakan yang mengunyah ais ini ingin berasa lebih segar dan membantu mengelakkan mulut kering. Walaubagaimana pun, tanpa anda sedari tabiat itu mungkin menyebabkan masalah kesihatan tertentu.

Faktor keinginan mengunyah ais

i. Pagophagia

Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais. Keinginan boleh berterusan dan sering berlangsung selama lebih daripada sebulan. Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica. Pica sering bersama gangguan mental lain seperti autisme dan skizofrenia, dan memberikan keinginan orang ramai untuk makanan sesuatu yang tiada nilai pemakanan/nutrisi yang sebenar.

Walaupun kanak-kanak pada umumnya lebih cenderung untuk mengidap nafsu pica, pagofagia boleh menjejaskan orang dewasa dan kanak-kanak.

ii. Kekurangan zat besi (Anemia)

Sesetengah penyelidik percaya ada kaitan antara anemia kekurangan zat besi dan keinginan ais, tetapi sebabnya masih tidak jelas.

Satu kajian mengenai penghidap anemia yang kekurangan zat besi mendapati bahawa 13 dari 81 peserta mempunyai tanda-tanda pagophagia. Bagi sesetengah individu ini, mengambil suplemen iron bagi menghapuskan keinginan ais mereka.

Penyelidikan tambahan menunjukkan bahawa suplemen zat besi juga boleh memberikan kelegaan daripada simptom pica yang lain.

iii. Masalah emosi

Beberapa isu emosi juga boleh mendorong kepada tabiat mengunyah ais. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami tekanan boleh mengunyah ais untuk menenangkannya.

Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) juga boleh menjadi puncanya. OCD adalah keadaan kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku kompulsif atau fikiran yang obsesif.

iv. Dehidrasi

Dehidrasi ringan juga boleh menyebabkan orang mengidamkan ais ais. Kiub ais sejuk boleh melembapkan mulut dan bibir kering selain menghilangkan rasa dahaga. Ia juga boleh membantu menurunkan suhu badan pada hari yang panas.
Simptom dehidrasi ringan adalah dahaga dan air kecil berwarna gelap. Sesiapa yang mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk, seperti kejang atau rasa pening perlu mendapatkan rawatan segera.

Kesan mengunyah ais

i. Masalah gigi

Mengunyah ais dalam kuantiti yang banyak boleh merosakkan enamel gigi dan menyebabkan keretakan atau serpihan gigi. Ini boleh menyebabkan masalah lanjut seperti kepekaan yang lebih tinggi terhadap suhu dan kesakitan.

Orang yang terus mengunyah ais mungkin memerlukan rawatan pergigian untuk membaiki rongga dan menggantikan tampalan yang hilang.

ii. Komplikasi anemia

Komplikasi yang boleh menyebabkan anemia termasuk:

  • Pembesaran atau kegagalan jantung
  • Komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang atau kelahiran tidak cukup berat
  • Peningkatan risiko jangkitan pada kanak-kanak
  • Pertumbuhan atau perkembangan yang sukar pada kanak-kanak

iii. Masalah pemakanan

Orang yang mempunyai keinginan ais boleh makan lebih banyak ais tanpa mereka sedar. Penambahan gula atau perasa kepada ais boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan masalah lain yang berkaitan penggunaan gula yang berlebihan.

iv. Komplikasi pica

Ais tidak mungkin menyebabkan kerosakan dalaman. Walaubagaimana pun, jika seseorang yang mempunyai pica juga memakan non-food item, ini boleh menyebabkan masalah dalaman yang teruk, seperti:

  • Jangkitan
  • Masalah usus
  • Keracunan
  • Tersedak
  • Halangan terbentuk dalam usus

Tip Mencegah keinginan ais

1. Makan makanan kaya zat besi

Makanan kaya zat besi memberikan hemoglobin protein kepada sel darah merah, dan penting untuk membekalkan sel tisu dengan oksigen. Untuk merawat kardiovaskular, disyorkan untuk mengambil spirulina, daging yang diberi makan rumput, lentil, bayam, sardin, kacang hitam, pistachio, kismis, dan coklat gelap.

2. Terapi tingkah laku kognitif

Walaupun penyebab sebenar keadaan pagophagia tidak diketahui, tekanan dan kesihatan jiwa seseorang dikaitkan dengan tingkah laku tersebut. Kaunseling boleh membantu menghalang keinginan ais menerusi terapi tingkah laku kognitif.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Eating Ice: Is It Bad or Good for You? https://www.doctorshealthpress.com/food-and-nutrition-articles/is-eating-ice-bad-for-you/ Accessed on July 13, 2018.

9 Reasons You Need to Stop Chewing Ice ASAP https://www.rd.com/health/conditions/chewing-ice/ Accessed on July 13, 2018.

Is it bad to eat ice? https://www.medicalnewstoday.com/articles/321999.php Accessed on July 13, 2018.

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 13/07/2018
x