backup og meta

10 Sebab Ini PUNCA Gigi Anda Kuning, Tapi Usah Risau, Ada Cara Nak Cegah!

10 Sebab Ini PUNCA Gigi Anda Kuning, Tapi Usah Risau, Ada Cara Nak Cegah!

Perubahan warna gigi adalah satu keadaan biasa yang boleh terjadi disebabkan pelbagai punca. Namun berita baiknya, ada cara untuk merawat dan mencegah gigi berubah warna.

Apa itu perubahan warna gigi?

Gigi berubah warna adalah apabila keadaan warna pada gigi bertukar. Ia tidak lagi kelihatan putih seperti yang sepatutnya. 

Gigi anda mungkin menjadi gelap, bertukar warna daripada putih ke warna yang berbeza atau timbul bintik-bintik putih atau hitam.

Perubahan warna gigi mungkin disebabkan oleh: 

# Ekstrinsik. Berpunca daripada sesuatu yang menyentuh gigi anda.

# Intrinsik. Disebabkan oleh sesuatu di dalam gigi atau tubuh anda.

# Berkaitan dengan usia. Perubahan yang berlaku disebabkan peningkatan umur.

Punca gigi berubah warna

Terdapat beberapa penyebab perubahan warna gigi, termasuk:

1. Makanan atau minuman

Kopi, teh, minuman berkarbonat, wain serta sesetengah buah-buahan dan sayuran – seperti epal dan kentang – boleh mengotorkan gigi.

2. Penggunaan tembakau

Tabiat merokok atau mengunyah tembakau juga boleh mengakibatkan gigi berubah warna.

3. Amalan penjagaan kebersihan gigi yang buruk

Tidak memberus dan flos gigi serta membilas mulut dengan secukupnya untuk menyingkirkan plak dan kekotoran.

4. Masalah kesihatan

Beberapa penyakit boleh mempengaruhi enamel (permukaan gigi yang keras) dan dentin (bahan asas di bawah enamel) boleh menyebabkan perubahan warna gigi.

perubahan warna gigi

Rawatan untuk keadaan tertentu juga boleh mempengaruhi warna pada gigi. Contohnya, radiasi kepala dan leher serta kemoterapi boleh menjadi salah satu puncanya. 

Selain itu, jangkitan tertentu pada ibu mengandung turut boleh menyebabkan gigi berubah warna pada si kecil dengan menjejaskan perkembangan enamel.

5. Ubat-ubatan 

Pemberian antibiotik tetracycline dan doxycycline pada anak di bawah usia 8 tahun yang masih dalam proses tumbesaran gigi boleh menjadi punca ia berubah warna. 

Ubat kumur yang mengandungi chlorhexidine dan cetylpyridium chloride juga boleh mengotorkan gigi.

Antihistamin, ubat antipsikotik dan ubat untuk tekanan darah tinggi juga penyebab gigi bertukar warna. 

6. Bahan pergigian

Sesetengah bahan yang digunakan dalam pergigian, seperti pemulihan amalgam (amalgam restorations), terutamanya bahan yang mengandungi sulfida perak, boleh menjadi punca gigi menjadi kelabu-kehitaman.

7. Penuaan

Seiring pertambahan usia, lapisan luar enamel pada gigi akan hilang. Keadaan ini akan menampakkan warna semula jadi dentin.

8. Genetik 

Terdapat sesetengah individu mempunyai enamel secara semula jadi lebih cerah atau lebih tebal berbanding yang lain.

9. Persekitaran

Fluorida berlebihan sama ada daripada sumber persekitaran – kadar fluorida tinggi secara semula jadi di dalam air – atau penggunaan berlebihan bahan atau produk dengan kandungan fluorida, boleh menyebabkan perubahan warna gigi. 

10. Trauma

Sebagai contoh, kerosakan gigi yang disebabkan jatuh boleh mengganggu pembentukan enamel pada anak kecil semasa proses pertumbuhan gigi.

Trauma juga boleh menyebabkan gigi berubah warna bagi individu dewasa.

perubahan warna gigi

Perubahan warna gigi berdasarkan warnanya

Berikut antara punca gigi berubah warna:

Kuning: Seiring bertambahnya usia, permukaan enamel putih gigi anda boleh merosot. Bahagian kuning dalam gigi akan jelas kelihatan.

Coklat: Tembakau, minuman seperti teh atau kopi, dan tabiat menggosok yang buruk menyebabkan kerosakan gigi, sekali gus menjejaskan warnanya.

Putih: Semasa gigi awal tumbuh, terlalu banyak fluorida boleh menyebabkan bintik-bintik putih. 

Ini disebut fluorosis dan ia berlaku apabila gigi bersentuhan dengan terlalu banyak fluorida daripada air minum atau penggunaan ubat kumur mahupun ubat gigi.

Hitam: Kerosakan gigi atau tooth pulp necrosis boleh menjadikan gigi anda menjadi kelabu atau hitam. 

Pendedahan kepada mineral seperti besi, mangan, atau perak dalam persekitaran industri atau daripada sebarang makanan tambahan boleh menyebabkan garis hitam pada gigi.

Ungu: Wain merah dapat mengotorkan enamel gigi dengan warna minuman.

Langkah pencegahan

Beberapa perubahan gaya hidup dapat membantu mencegah perubahan warna gigi:

  • Sekiranya anda penggemar kopi atau perokok, pertimbangkan untuk mengurangkan atau berhenti terus
  • Tingkatkan kebersihan gigi anda dengan memberus, flos dan menggunakan ubat kumur setiap hari
  • Pastikan gigi anda dibersihkan oleh doktor gigi setiap 6 bulan
  • Sekiranya warna gigi anda berubah tanpa penjelasan dan wujud gejala lain, buat janji temu dengan doktor gigi 

Merawat perubahan warna gigi

Pilihan rawatan untuk memutihkan gigi boleh berbeza-beza bergantung kepada penyebab perubahan warna.

Ia mungkin termasuk:

  • Perubahan teknik memberus dan flos gigi
  • Mengelakkan makanan dan minuman yang menyebabkan kotoran pada gigi
  • Menggunakan produk pemutihan daripada farmasi
  • Mendapatkan produk pemutihan yang dibeli daripada doktor gigi
  • Prosedur pemutihan di klinik – gunakan kepekatan hidrogen peroksida yang lebih tinggi untuk pemutihan gigi berbanding dengan produk di rumah. Rawatan di klinik bertindak balas dengan cepat dan kesannya biasanya bertahan lebih lama daripada kaedah lainperubahan warna gigi
  • Ikatan (bonding). Doktor gigi atau prosthodontis meletakkan bahan tertentu pada gigi yang berubah warna untuk menukar warna atau bentuknya
  • Veneer. Proses pemasangan lapisan nipis (veneer) pada permukaan depan gigi untuk mengubah warna atau bentuk

Satu keadaan biasa

Perubahan warna gigi adalah perkara biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kerana pelbagai sebab.

Kekotoran yang menjadi punca gigi berubah warna biasanya dapat dihilangkan atau dikurangkan dengan produk atau prosedur pemutihan gigi.

Rujuklah kepada doktor gigi untuk mengetahui cara penyelesaian terbaik untuk gigi anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Way to cure or prevent staining. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10958-tooth-discoloration. Accessed on Feb 4, 2021. 
  2. Teeth discoloration.https://www.healthhub.sg/a-z/diseases-and-conditions/88/teeth_discoloration. Accessed on Feb 4, 2021.  
  3. Tooth discoloration causes and treatment. https://www.freshdentalcare.co.uk/post/tooth-discoloration-causes-and-treatments. Accessed on Feb 4, 2021.  
  4. Practical tips combat tooth discoloration. https://biomedj.org/dental-oral-care/practical-tips-combat-tooth-discoloration/. Accessed on Feb 4, 2021. 
  5. Dental oral. https://eprints.manipal.edu/1970/1/21._Nig_Dent_J._2010_etio_discolo.pdf . Accessed on Feb 4, 2021. 

Versi Terbaru

03/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Buat 11 Perkara Penting Ini Untuk Elak Gigi Si Manja Cepat Rosak & Berlubang!

Malu Ada Gigi Bengkok Dan Senget? Jangan Risau! Ada Rawatan Luruskan Gigi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan