backup og meta

Khasiat Jambu Batu, Membekalkan Tenaga & Nutrien Yang Cukup Untuk Tubuh!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 16/05/2022

    Khasiat Jambu Batu, Membekalkan Tenaga & Nutrien Yang Cukup Untuk Tubuh!

    Tahukah anda bahawa terdapat banyak manfaat jambu batu terhadap kesihatan tubuh badan? Benarkah? Jom ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Nutrisi yang terkandung dalam buah jambu batu

    Sebenarnya, jambu batu itu adalah antara sumber tenaga, serat, vitamin dan mineral yang terbaik.

    Buah jambu ini mengandungi banyak nutrien bermanfaat seperti vitamin C, A, E, B-vitamin, selain kalium, fosforus, magnesium, kalsium, natrium, dan zink.

    Berikut merupakan komposisi setiap nutrien bagi setiap 100 gram hidangan jambu batu:

    • Air: 80.8 gram
    • Tenaga: 68 kcal
    • Protein: 2.55 gram
    • Jumlah lipid (lemak): 0.95 gram
    • Karbohidrat: 14.32 gram
    • Serat: 5.4 gram
    • Gula: 8.92 gram
    • Kalsium: 18 miligram
    • Zat besi: 0.26 miligram
    • Magnesium: 22 miligram
    • Fosforus: 40 miligram
    • Kalium: 417 miligram
    • Natrium: 2 miligram
    • Zink: 0.23 miligram
    • Vitamin C, jumlah asid askorbik: 228.3 miligram
    • Thiamin: 0.07 miligram
    • Riboflavin: 0.04 miligram
    • Niacin: 1.08 miligram
    • Vitamin B-6: 0.11 miligram

    Manfaat yang boleh anda dapat jika ambil!

    manfaat jambu batu

    Sembelit

    Selain buah-buahan lain, jambu batu juga adalah sumber serat pemakanan yang paling kaya.

    Selain itu, bijinya adalah julap (pencuci perut) yang hebat.

    Dengan manfaat ini, jambu batu menyokong pencernaan manusia dengan menggalakkan usus yang sihat dan membersihkan sistem perkumuhan.

    Disebabkan hal ini, orang ramai boleh mengelakkan masalah sembelit.

    Kedua-dua sifat ini membantu pembentukan pergerakan usus yang sihat, membantu mengekalkan air dalam tubuh dan menjaga saluran usus anda agar kekal berada dalam tahap yang baik.

    Dikatakan bahawa sembelit boleh membawa kepada 72 jenis kesakitan, oleh itu sebarang sumber makanan untuk meredakan sembelit sudah tentu amat bermanfaat untuk anda.

    Kesihatan keseluruhan anda terkesan dengan pencernaan yang baik, dan yang lebih penting, dengan perkumuhan yang betul.

    Penggunaan buah jambu ini dapat memastikan kedua-dua hal tersebut berjalan dengan lancar.

    Tekanan darah tinggi

    Jambu batu menghalang pemekatan saluran darah dan pada masa sama mengurangkan kolesterol dalam darah.

    Oleh itu, ia membantu dalam mengawal tekanan darah.

    Penyelidikan yang diterbitkan dalam American Journal of Cardiology mendapati bahawa jambu ini membantu mengurangkan kadar kolesterol dan tekanan darah dalam kalangan peserta kajian.

    Buah ini juga sangat kaya dengan kandungan serat dan sifat hipoglisemik, yang juga bermanfaat untuk membantu mengurangkan tekanan darah.

    manfaat jambu batu

    Manfaat jambu batu terhadap penyakit diabetes

    Seperti dinyatakan di atas, jambu batu mengandungi sedikit gula; dengan itu, ia benar-benar boleh membantu orang yang mengalami diabetes.

    Di samping itu, serat dalam jambu batu boleh mengawal tahap gula dalam darah dengan mengawal cara badan manusia menyerap gula.

    Buah jambu ini mengandungi kandungan serat pemakanan yang tinggi, yang mempunyai kesan yang bermanfaat untuk menurunkan tahap glukosa darah dalam tubuh.

    Kajian terbaru yang dijalankan terhadap model haiwan menunjukkan bahawa dengan memakannya boleh membantu mencegah risiko diabetes jenis 2.

    Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 mengenai bukti daripada hasil kajian klinikal dan kajian haiwan menunjukkan bahawa teh daun jambu dapat membantu memperbaiki kerintangan insulin dan menurunkan kadar gula darah.

    Manfaat ini mungkin disebabkan oleh sebatian dalam ekstrak daun jambu batu yang membantu penyerapan glukosa secara sederhana selepas seseorang itu makan.

    Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan keseluruhan skop manfaatnya.

    Manfaat jambu batu terhadap penyakit kanser

    Salah satu manfaat terbesar jambu batu adalah buah-buahan tropika ini boleh mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser.

    Minyak daun jambu batu berfungsi lebih baik daripada kebanyakkan ubat-ubatan boleh didapati dalam menghalang pertumbuhan canerous.

    Antioksidan yang kuat lycopen menunjukkan kejayaan sengit dalam melawan kanser prostat, kanser payudara dan kanser mulut.

    Tambahan pula, kuasa besar vitamin C juga terkandung dalam jambu batu.

    Vitamin dan antioksidan ini menyediakan rangsangan terbaik untuk sistem imun, menyokong melawan percambahan radikal bebas – punca utama kanser.

    manfaat jambu batu

    Penjagaan kulit

    Jambu batu mempunyai keupayaan anti-penuaan.

    Memakan buah dan daun jambu batu yang tidak matang (masih muda) boleh mencerahkan dan menegangkan kulit. 

    Antioksidan lain seperti vitamin A, B, C dalam jambu batu boleh membantu orang ramai mengelakkan penuaan pra-matang.

    Kandungan semulajadi vitamin C dalam jambu ini adalah empat kali lebih tinggi berbanding daripada yang terdapat dalam buah oren.

    Vitamin C terkenal dengan fungsinya dalam membantu meningkatkan sistem imun.

    Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2006, antioksidan dalam buah ini membantu mempertahankan tubuh terhadap perkembangan radikal bebas dalam tubuh.

    Ini sangat penting kerana ua merupakan salah satu penyebab utama yang mengakibatkan keadaan kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung dan kanser.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 16/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan