1 daripada 7 lelaki berisiko untuk terkena penyakit yang berbahaya ini. Jadi, adalah sangat penting untuk kita semua tahu apa tanda tanda kanser prostat yang utama! Adakah anda juga tinggi risiko?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
1 daripada 7 lelaki berisiko untuk terkena penyakit yang berbahaya ini. Jadi, adalah sangat penting untuk kita semua tahu apa tanda tanda kanser prostat yang utama! Adakah anda juga tinggi risiko?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Walaupun kebanyakan kes kanser prostat tidak menimbulkan masalah kesihatan yang serius, sebilangan kecil daripadanya boleh menjadi sangat serius.
Masalah yang paling biasa pada lelaki dengan kanser prostat yang serius ditunjukkan apabila anda membuang air kecil.
Tanda-tanda dan simptom kanser prostat juga boleh disebabkan oleh keadaaan kesihatan.
Adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor jika terdapat simptom yang tidak normal.
Antara tanda-tanda dan simptom kanser prostat adalah:
Tanda dan simptom lewat berlaku apabila kanser berkembang lebih besar atau merebak ke bahagian badan yang, termasuk organ lain.
Selain melihat tanda-tanda kanser prostat, anda harus menjalani ujian peperiksaan kanser dengan kerap.
Jika disyaki kanser, ahli perubatan akan mengesahkan jika ada kewujudan tumor atau tidak, dan jenis kanser itu.
Proses diagnosis mungkin kelihatan lama dan mengecewakan, tetapi penting bagi doktor untuk menolak kemungkinan sebab lain bagi masalah kesihatan sebelum membuat diagnosis kanser.
Diagnosis tanda-tanda kanser prostat termasuk:
Kanser prostat boleh dicegah dengan memilih gaya hidup yang baik. Pilih diet rendah lemak!
Makanan yang mengandungi lemak termasuk daging, kacang, minyak dan produk tenusu, seperti susu dan keju.
Makan lebih banyak lemak daripada sumber tumbuhan berbanding haiwan.
Dalam kajian yang melihat pengambilan lemak dan risiko kanser prostat, lemak daripada haiwan kemungkinan besar dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat.
Produk haiwan yang mengandungi lemak termasuk daging, lemak khinzir dan mentega.
Makan ikan berlemak seperti salmon dan tuna juga kerana ia mengandungi asid lemak omega-3, sejenis asid lemak yang dikaitkan dengan penurunan risiko kanser prostat.
Sekiranya anda tidak makan ikan pada masa ini, anda boleh mempertimbangkan menambahkannya pada diet anda.
Dalam pada itu, sila kurangkan pengambilan jumlah produk tenusu yang anda ambil setiap hari.
Menerusi kajian, lelaki yang makan banyak produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt setiap hari mempunyai risiko kanser prostat.
Tetapi hasil kajian telah bercampur-campur, dan risiko yang dikaitkan dengan produk tenusu dianggap kecil.
Jika anda mempunyai berat badan yang sihat, berusaha untuk mengekalkannya dengan bersenam dan memilih diet sihat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Senaman boleh membantu anda mengekalkan berat badan, atau ia boleh membantu menurunkan berat badan anda.
Kajian mengenai senaman dan risiko kanser prostat kebanyakannya menunjukkan bahawa lelaki yang bersenam mungkin mempunyai kurang risiko kanser prostat.
Selain itu, senaman mempunyai banyak manfaat kesihatan lain dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser lain.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen