backup og meta

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pergi Ke Sesi Yoga Pertama? Pakai Baju Sesuai!

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 07/11/2023

    Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pergi Ke Sesi Yoga Pertama? Pakai Baju Sesuai!

    Apabila anda mendengar perkataan “yoga” atau sesi yoga pertama anda makin hampir, apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda?

    Adakah tubuh yang boleh lentur dengan posisi pelik yang sukar dipercayai dia atas tikar yoga?

    Atau, mungkin juga rasa sakit dan ekspresi muka yang membingungkan apabila cuba untuk menyeimbangkan gaya yoga dan pernafasan?

    Atau badan yang kurus dalam pakaian sukan dengan label jenama seperti-buah pada pakaian tersebut?

    Atau mungkin anda membayangkan seseorang yang duduk dengan tangan di atas paha, dengan gaya ekspresi muka yang tenang dan relaks tetapi dalam postur menegak?

    Jika anda pernah membayangkan adegan-adegan tersebut, sebenarnya, anda tidak keseorangan.

    Mungkin anda sudah lama terfikir untuk sesi yoga pertama, tetapi anda teragak-agak untuk datang ke studio yoga. Ini kerana anda fikir tubuh anda tidak cukup fleksibel untuk melakukan yoga.

    Jika anda berada dalam golongan ini, teruskan membaca artikel ini bagi mendapatkan pemahaman yang terang mengenai yoga.

    Apa yang patut anda lakukan apabila anda mula melakukan yoga sebagai salah satu rutin harian anda?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.

    sesi yoga pertama

    Berfikiran terbuka terhadap dunia baru

    Mengapa ini menjadi salah satu senarai yang perlu anda lakukan apabila ingin mula melakukan yoga?

    Apabila anda sudah menanam idea ini di fikiran anda, seperti anda tidak cukup fleksibel, tidak cukup kurus, tidak cukup muda, ataupun tidak cukup yakin untuk menghadiri kelas yoga.

    Ia kerana gaya yang dilakukan sukar untuk anda. Maka, penting untuk anda menggalakkan diri datang ke sesi atau kelas yoga dengan hati terbuka, bahawa anda akan mencuba sesuatu yang baru, yang memerlukan anda menyesuaikan diri.

    Ini boleh membantu anda mengurangkan beban apabila anda melihat peserta lain melakukan gaya yang sukar dengan cara pro.

    Tanamkan dalam minda anda bahawa yoga bukanlah suatu pertandingan. Perkara paling penting adalah anda perlu meluangkan masa di atas tikar untuk berlatih yoga.

    Perkara lain yang perlu anda ingat adalah yoga boleh diamalkan oleh semua golongan: dari muda hingga tua atau dari kurus sehinggalah golongan yang gemuk.

    Semakin anda rasa bahawa anda tidak fleksibel, semakin perlu anda memasuki sesi yoga pertama.

    Cubalah pelbagai jenis yoga yang ada

    sesi yoga pertama

    Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dan merasakan yoga tidak sesuai untuk anda, cuba pelbagai jenis yoga lain adalah perkara paling utama yang perlu anda ingat.

    Terdapat pelbagai sebab di sebaliknya. Seperti jika anda mempunyai personaliti dinamik tetapi anda cuba melakukan yoga Hatha, iaitu satu yoga dengan pergerakan perlahan, atau jika anda seorang yang relaks, tetapi anda cuba melakukan yoga Vinyasa, yang merupakan satu yoga dengan pergerakan pantas.

    Praktikkan etika ketika sesi yoga pertama

    Tepati masa, tutup telefon atau biarkannya dalam mod senyap, dan jika anda datang berteman ke kelas tersebut, perlahankan suara anda apabila bercakap, walaupun sebelum kelas bermula.

    Jika terdapat sebarang hal penting yang memerlukan anda untuk meninggalkan kelas lebih awal, jangan lupa untuk meminta kebenaran daripada tenaga pengajar anda sebelum kelas bermula.

    Jangan segan untuk memberitahu pengajar anda bahawa ini adalah pertama kali anda melakukan yoga.

    Anda juga boleh mengucapkan terima kasih kepada pengajar anda jika anda seronok melakukan sesi yoga pertama, atau jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh bertanyakan kepada pengajar selepas habis kelas.

    Pakai pakaian yang selesa

    Jangan rasa rendah diri jika anda tidak memakai kostum yoga yang berjenama. Perkara paling penting adalah anda rasa selesa dengan pakaian anda.

    Juga, jangan lupa juga untuk membawa tuala kecil atau air botol untuk memastikan anda tidak mengalami dehidrasi semasa sesi yoga pertama anda.

    sesi yoga pertama

    Jangan ragu-ragu guna alat penyokong yoga

    Selain tikar yoga yang selalunya disediakan oleh studio yoga (termasuk dalam kos sesi/ kelas). Terdapat beberapa studio yang menyediakan alat penyokong yoga lain, seperti blok dan tali pengikat.

    Alat penyokong ini boleh membantu anda menyadur dengan gaya-gaya yoga yang masih belum anda kuasai.

    Jika anda meletakkan alat penyokong yoga di sebelah tikar yoga, pengajar biasanya akan mengajar anda menggunakan alat tersebut semasa sesi yoga pertama.

    Jika anda ingin berlatih yoga dengan serius, adalah amat disyorkan jika anda mendapatkan tikar yoga berkualiti tinggi. Ia umpama pelaburan terbaik untuk latihan yoga anda yang akan datang.

    Ya, penting untuk anda menghargai usaha anda untuk datang ke studio, berlatih dan berpeluh selama lebih daripada satu jam.

    Ingatlah bahawa jika anda menjalani yoga dengan kerap, ia akan membawa perubahan kepada anda baik dari segi fizikal dan juga mental.

    Jadi, jangan lupa untuk mengumpul maklumat tentang jadual kelas yoga anda dan letakkan dalam kalendar anda.

    Anda boleh mendapatkan pakej yoga untuk penjimatan, dan sudah tentu untuk mendorong anda kembali mengamalkan kelebihan yoga secepat mungkin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 07/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan