6 Fakta Mengejutkan Mengenai Fisioterapi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda mungkin tahu bahawa fisioterapi biasanya dianggap untuk merawat kesakitan dan membantu anda kembali berfungsi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa fakta mengejutkan yang anda tidak tahu mengenai pilihan rawatan ini.

Fakta #1: Anda tidak memerlukan preskripsi doktor

Anda tidak memerlukan preskripsi daripada doktor untuk mengambil bahagian dalam program fisioterapi. Kadang-kadang, anda berjumpa mereka untuk mendapatkan bantuan perubatan selepas kemalangan atau kecederaan. Dan doktor anda mungkin mencadangkan anda mendapatkan fisioterapi jika masalah itu dapat diselesaikan tanpa pembedahan. Ini tidak bermakna anda memerlukan preskripsi doktor apabila anda mahu fisioterapi.

Fakta #2: Fisioterapi mempunyai dua bentuk utama

Fisioterapi bukan sahaja bermakna senaman. Fisioterapi termasuk banyak jenis yang diklasifikasikan kepada dua bentuk utama iaitu bentuk pasif dan bentuk aktif. Fisioterapi pasif adalah satu bentuk latihan di mana perkara/sesuatu dilakukan kepada anda. Fisioterapi pasif termasuk terapi haba atau sejuk, urut, manipulasi manual, akupunktur, ultrabunyi, daya tarikan penyahmampatan, atau rangsangan elektrik.

Fisioterapi berentuk aktif adalah di mana anda melakukan senaman/latihan khusus. Latihan ini termasuk latihan regangan dan kekuatan, penyesuaian berimpak rendah. Latihan regangan dan kekuatan membuatkan otot anda lebih kuat yang memberikan lebih banyak sokongan pada kawasan yang terjejas. Penyesuaian berimpak rendah membantu menggalakkan aliran darah untuk membantu proses penyembuhan. Latihan boleh dilakukan di rumah atau di pusat kesihatan di bawah pengawasan.

Fakta #3: Fisioterapi boleh melibatkan pendidikan

Anda mungkin berfikir bahawa fisioterapi hanya termasuk senaman atau aktiviti fizikal, atau sesuatu seumpamanya. Walau bagaimanapun, fisioterapi biasanya termasuk pendidikan dan latihan dalam mencegah kecederaan, melakukannya di rumah; menggunakan alat sokongan seperti tongkat dan kerusi roda; atau menyelesaikan aktiviti harian anda. Atau anda boleh bertanya apa yang merunsingkan mengenai keadaan anda serta program fisioterapi anda.

Fakta #4: Terdapat pelbagai bidang

Fisioterapi boleh membantu dalam pelbagai bidang seperti:

  • Penjagaan luka. Ia membantu menggalakkan bekalan darah untuk menggalakkan proses penyembuhan.
  • Penjagaan kanser. Ini membantu anda jika kanser itu sendiri atau rawatan kanser mengehadkan pergerakan anda.
  • Pembedahan tulang belakang. Selepas pembedahan tulang belakang, Ia mungkin disyorkan untuk membantu anda pulih dengan lebih cepat, menjaga kestabilan anda, mendapatkan semula kekuatan, dan melegakan kesakitan.
  • Masalah muskuloskeletal seperti sakit pada otot, tendon, ligamen, sendi, tulang.
  • Strok.
  • Kecederaan otak.

Fakta #5: Tidak semua orang boleh mendapatkan fisioterapi

Walaupun fisioterapi berkesan, selamat, dan dianggap sebagai rawatan bukan pembedahan yang pertama untuk melegakan kesakitan, tidak semua orang boleh mendapat manfaat daripada pilihan ini. Anda tidak sepatutnya mempunyai fisioterapi dalam beberapa kes:

  • Anda mempunyai patah tulang atau tumor, dan fisioterapi di bahagian tertentu tubuh boleh menjejaskan penyembuhan tulang patah dan membuat tumor semakin parah.
  • Anda mengandung dan daya tarikan penyahmampatan boleh menjejaskan kawasan abdomen anda.

Fakta #6: Ahli fisioterapi membantu anda dengan program fisioterapi

Siapa yang merancang program fisioterapi sendiri? Siapa fisioterapi pasif kepada anda? Siapa yang membantu anda melakukan latihan dengan betul? Ia adalah ahli fisioterapi anda.

Mereka akan bercakap dengan anda tentang simptom, batasan dan keperluan anda. Kemudian mereka merancang pelan rawatan anda. Pelan anda mungkin termasuk fisioterapi pasif dan aktif. Ahli fisioterapi anda akan membantu anda melegakan kesakitan dan bengkak, dan memulihkan fungsi fizikal anda.

Fisioterapi mungkin tidak asing dengan anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak tahu bahawa fisioterapi mempunyai banyak fakta yang mengejutkan. Mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan rawatan ini boleh memberi anda peluang yang lebih tinggi untuk program rawatan yang berjaya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    rawatan fisioterapi

    Jangan Biarkan! Jika Sering Sakit Belakang, Ini Mungkin Petanda Anda Perlukan Rawatan Fisioterapi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    yoga

    Tingkatkan Kualiti Tidur Dengan Yoga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/12/2019 . 4 minit bacaan