Prosedur Perubatan yang Kejam Pada Masa Lalu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Anda fikir bahawa menjalani pembedahan merupakan sesuatu yang menakutkan? Tunggu sehingga anda melihat apa yang telah dilakukan doktor zaman dahulu kepada pesakit mereka apabila sinar sains ketika itu tidak cukup terang untuk menerangi semua ketidakcekapan perubatan.

Pembekaman

Beribu tahun dahulu, orang mempercayai bahawa tubuh badan manusia mengandungi empat elemen: kuning hempedu, hitam hempedu, kahak dan darah. Penyakit-penyakit ini terjadi apabila sesetengah darah dalam badan menjadi tidak baik. Banyak penyakit yang telah didiagnos sebagai kes darah berlebihan. Penyelesaiannya agak mudah. Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak darah yang membuatkan anda sakit, mengapa tidak memotong sahaja vena dan membiarkan semua penyakit jahat itu berdarah keluar? Adakah darah anda mengalir keluar terlalu perlahan? Dapatkan beberapa bantuan lintah.

Kini, terima kasih kepada sains, kita semua mengetahui apa yang berlaku apabila anda mengalirkan darah seperti itu. Walau bagaimanapun, ketika itu pembekaman dianggap sebagai penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit berkisar daripada sakit tekak sehingga wabak. Meskipun kematiannya disebabkan oleh kehilangan darah.

Tebuk tengkorak

Tebuk tengkorak berkemungkinan merupakan satu bentuk pembedahan paling tertua dalam sejarah manusia. Tebuk tengkorak merujuk kepada pengamalan menebuk lubang dalam tengkorak bagi merawat penyakit. Para pengamal kuno menganggap orang yang sakit dimiliki oleh syaitan. Bagi membebaskan mereka daripada penyakit, mereka harus menebuk lubang pada tengkorak agar syaitan itu dapat keluar. Sesetengah saintis melihat tebuk tengkorak sebagai satu jenis pembedahan yang digunakan untuk merawat epilepsi, sakit kepala, bisul, darah beku dan kepatahan disebabkan trauma di kepala – tiada perbezaan yang besar daripada apa yang dilakukan pakar bedah pada hari ini. Tambahan pula, ramai pesakit sebenarnya telah selamat daripada rawatan yang menggerunkan dan hidup untuk menceritakan kisah mereka.

Merkuri

Merkuri telah digunakan secara kerap sebagai rawatan semua dalam satu pada zaman purbakala. Ia juga dikatakan dapat memanjangkan jangka hayat dan daya hidup. Kedua cecair merkuri dan merkuri sulfida dipuji sebagai eliksir. Sesetengah orang sampai sanggup ke tahap meminum posyen yang diperbuat daripada merkuri, sulfur dan arsenik untuk mencapai keabadian dan keupayaan untuk berjalan di atas air. Malangnya, ia tidak berhasil. Sekurang-kurangnya bagi Maharaja China, Qin Shi Huang dikatakan meninggal dunia kerana memakan pil kekal yang diperbuat daripada merkuri.

Merkuri juga pernah diberikan kepada penghidap penyakit yang diperoleh melalui aktiviti seks. Walaupun logam berat mungkin membantu merawat jangkitan, tidak ramai pesakit yang berjaya menikmati keberkesanannya. Hal ini kerana memandangkan hati dan buah pinggang telah rosak disebabkan oleh keracunan merkuri yang membawa maut. Oleh itu, tahniah kepada anda, meskipun anda sedikit mati, kini anda bebas dari sifilis!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    tradisi melayu

    Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan
    Bekam Alternatif Rawatan yang Berkesan

    Bekam: Alternatif Rawatan yang Berkesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/08/2019 . 8 minit bacaan