backup og meta

Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindar Serangan Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 22/08/2023

    Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindar Serangan Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

    Sudah terhantuk, baru tengadah. Ia tidak akan berlaku sekali sahaja jika anda tak cuba beberapa cara mengatasi serangan jantung yang seterusnya.

    Banyak langkah yang anda boleh amalkan selepas serangan jantung, tetapi ini 5 pilihan utama penulis dari perkongsian Dr Patrick O’Gara, Pakar Kardiologi dari Harvard-affiliated Brigham and Women’s Hospital.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

    Cara mengatasi serangan jantung, elakkan yang kedua!

    #1 Ketahui simptom amaran serangan itu

    “Perkara utama yang saya sampaikan kepada pesakit adalah oleh kerana anda sudah melalui proses ini, ia sangat penting untuk anda dan ahli keluarga mengenali simptom serangan jantung sehingga anda dapatkan pertolongan kecemasan,” kata Dr. O’Gara.

    Setiap minit sangat berharga untuk mengelakkan kerosakan berpanjangan daripada sakit jantung, jadi rawatan segera sangat mustahak.

    Tanda dan gejala sakit jantung termasuklah:

    • Sakit dada dan/atau sesak nafas ketika melakukan aktiviti mahupun berehat
    • Sakit dada yang merebak ke bahagian lengan kiri, bahu, leher, rahang dan belakang badan
    • Berpeluh dengan banyak
    • Rasa loya dan muntah
    • Berdebar-debar
    • Pening

    cara mengatasi serangan jantung

    Namun begitu, simptom berbeza antara satu sama lain. Oleh sebab itu, ia sangat penting untuk anda mengenali simptom dan mengetahui cara mengatasi serangan jantung yang anda rasai pada serangan pertama.

    #2 Ikuti pelan perubatan anda

    Selepas discaj daripada wad, anda akan keluar dari hospital dengan beg yang penuh dengan ubatan. Ah, malasnya hendak makan pelbagai jenis bentuk ubat ini!

    Memang agak rumit untuk anda memahami dan menjaga semua pil yang diberikan kepada anda.

    Akan tetapi, Dr O’Gara mengatakan ubat-ubatan yang diberikan bukanlah atas tujuan bersahaja.

    Masing-masing mempunyai keperluan sendiri seperti menjaga stent anda supaya sentiasa terbuka, menurunkan tahap kolesterol tinggi dan tekanan darah serta mengawal degupan jantung anda.

    Cara mengatasi seranan jantung ini penting untuk kesihatan anda pada tahap awal serangan.

    Anda boleh menggunakan bekas ubatan yang dilabel sepenuhnya untuk anda membezakan jenis ubat, dan meletakkan penggera pada telefon bimbit anda ketika hendak memakan ubat.

    Jika anda masih ragu-ragu akan ubatan anda, sila berunding kembali dengan doktor anda untuk informasi yang lebih lanjut.

    Cara mengatasi serangan jantung #3 Perubahan gaya hidup

    cara mengatasi serangan jantung

    Sebagai sebahagian daripada rancangan pemulihan selepas serangan pertama, perubahan gaya hidup memainkan peranan yang paling penting.

    Jika anda merokok sebelum sakit jantung, jadikanlah berhenti merokok sebagai keutamaan anda. Berbincang dengan doktor anda untuk langkah-langkah berhenti merokok yang sesuai dengan anda.

    Selain itu, diet yang sihat dan seimbang sangat baik untuk jantung anda. Gantikan pemakanan yang berlemak tepu tinggi kepada makanan yang kaya dengan omega-3 seperti ikan salmon.

    Bukan sahaja baik untuk jantung, malah ia juga baik untuk perkembangan otak anda.

    Perubahan gaya hidup yang lain adalah melakukan aktiviti fizikal secara berkala dan belajar untuk mengawal tekanan darah dan gula anda.

    Pengawalan gula dan tekanan darah yang baik akan membantu menurunkan risiko kardiovaskular anda lantas menjadi salah satu cara mencegah serangan jantung.

    #4 Ikuti program pemulihan jantung

    Dr O’Gara juga menekankan kepentingan program pemulihan jantung selepas seminggu atau dua minggu didiscaj daripada hospital.

    Program khas ini membantu anda mengembangkan rutin senaman dalam pantauan pakar, perubahan diet dan membimbing gaya hidup selepas serangan pada organ ini.

    Di samping itu, anda juga akan mendapat sokongan daripada orang lain yang telah melalui pengalaman yang serupa dengan anda.

    Sesetengah program juga menawarkan kumpulan untuk ahli keluarga juga. Selalunya, pelan kesihatan anda akan membiayai fasa pertama pemulihan jantung anda.

    cara mengatasi serangan jantung

    #5 Berkomunikasi dengan pasukan penjagaan kesihatan anda

    Selepas terkena, anda tidak akan berjumpa dengan doktor anda sahaja untuk tahu cara mengatasi serangan jantung.

    Terdapat banyak lagi pegawai kesihatan lain yang akan berhubung untuk membantu anda seperti pegawai dietetik, fisiologi, farmasi dan sebagainya.

    Mereka bertanggungjawab untuk mengawasi penjagaan dan kesejahteraan anda.

    Selalunya, pasukan penjagaan kesihatan anda akan berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyediakan pelan kesihatan terbaik untuk anda.

    Namun begitu, anda harus ketahui dengan siapa anda harus rujuk ketika mempunyai masalah.

    Pemulihan akan menjadi lebih berkesan jika anda membawa pasangan atau ahli keluarga untuk berbincang dengan pasukan penjagaan kesihatan anda.

    Mereka mampu memberikan sokongan dengan membantu anda mengurus ubat-ubatan, penerapan perubahan gaya hidup dan menyesuaikan diri dengan rutin kesihatan baru anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 22/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan