Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group

Profil

Profesor Madya Dr Norsham Juliana merupakan seorang pakar kesihatan yang kini berkhidmat sebagai pensyarah kanan dalam bidang fisiologi perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi di universiti yang sama.

Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Perubatan Dalaman) daripada universiti yang sama. Beliau juga telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang nutrisi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kajian beliau banyak berkaitan dengan bidang fisiologi jantung dan juga krononutrisi. Profesor Madya Dr Norsham Juliana telah banyak menerbitkan hasil kajiannya di beberapa buah jurnal, prosiding, buku dan juga media-media arus perdana.

Selain mengajar dan menyelia pelajar-pelajar perubatan di USIM, beliau juga terlibat dengan tugasan yang sama di beberapa buah Universiti Awam lain seperti Universiti Teknologi MARA dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dengan Kepujian

    Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Ijazah Sarjana Sains Perubatan (Perubatan Dalaman)

    Universiti Kebangsaan Malaysia

  • Ijazah Doktor Falsafah (Nutrisi)

    Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGALAMAN

  • Penyelidik bersama bagi Diamond Study yang merupakan ujian klinikal melibatkan pesakit cantuman pintasan arteri koronari

    Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur

  • Editor bagi Me Books Asia yang merupakan ebook kanak-kanak yang berkaitan kesihatan

    Me Books Asia Sdn Bhd

  • Ahli Jawatankuasa Pengarang SciFed Journal of Food and Dairy Research

    SciFed

Artikel Pakar Terbaru