banner

Ujian Risiko

Subot Icon

Ujian Risiko Penyakit Kardiovaskular

Subot Icon

Ujian Risiko Fibrilasi Atrium

Subot Icon

Ujian Risiko Strok

Pakar Kami

avatar
badge

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi

avatar
badge

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum

avatar
badge

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am

Soalan-Soalan Lazim (FAQs)

Apakah itu penyakit kadiovaskular?

Icon Chevron

Penyakit kadiovaskular merupakan terma umum yang mencakupi penyakit-penyakit melibatkan jantung dan saluran darah. Penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian di Asia. Namun, penyakit ini sebenarnya boleh dicegah!

Apakah penyebab penyakit kadiovaskular?

Icon Chevron

Penyebab utama masalah ini ialah aterosklerosis. Aterosklerosis terjadi apabila plak terbentuk pada dinding saluran darah dan menghadkan aliran darah.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan risiko penyakit kadiovaskular?

Icon Chevron

Penyakit kardiovaskular boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Amalan ini boleh menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol untuk mencegah peyakit jantung atau saluran darah.

Apakah kaitan antara kolesterol dan kesihatan jantung?

Icon Chevron

Terdapat 2 jenis kolesterol: HDL & LDL. HDL berperanan untuk mengangkut keluar lemak keluar dari badan dan LDL pula mengumpulkan lemak di dalam badan. LDL juga dikenali sebagai kolesterol jahat kerana boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat.

Bagaimanakah saya boleh memilih makanan mesra jantung?

Icon Chevron

Diet seimbang yang rendah kandungan garam dan lemak tepu boleh memastikan jantung kekal sihat. Makanan lain yang boleh membantu ialah: -Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran -Utamakan pengambilan bijirin penuh -Ambil hanya lemak yang sihat seperti minyak zaitun -Pilih makanan yang rendah lemak

Apakah gaya hidup yang sesuai untuk memelihara kesihatan jantung saya?

Icon Chevron

Gaya hidup yang boleh menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah untuk memelihara kesihatan jantung ialah: -Diet yang sihat dan seimbang -Mengekalkan berat badan yang unggul -Selalu bersenam dan melakukan aktiviti fizikal -Berhenti merokok dan tidak mengambil minuman beralkohol

Apakah tanda-tanda amaran serangan jantung?

Icon Chevron

Antara tanda-tanda amaran atau gejala-gejala serangan jantung ialah: -Sakit dada -Sesak nafas -Pitam atau pengsan -Sakit pada bahagian leher, rahang dan belakang badan -Sakit bahu atau lengan

Apakah perbezaan penyakit jantung dalam kalangan lelaki dan perempuan?

Icon Chevron

Meskipun lelaki dan wanita berkongsi faktor risiko yang sama, struktur jantung dan saluran darah berbeza antara kedua-dua jantina ini. Kajian menunjukkan wanita selalunya mengalami simptom yang unik berbanding lelaki seperti ketidakhadaman, sesak nafas dan sakit pada bahagian belakang badan. Selain itu, wanita juga mempunyai faktor risiko yang berbeza daripada lelaki seperti: - Paras testosteron yang tinggi sebelum menopaus -Cenderung untuk menghidap masalah darah tinggi semasa menopaus -Penyakit autoimun seperti atritis reumatoid -Stres dan kemurungan Kurangnya kesedaran terhadap faktor-faktor risko di atas antara penyebab wanita tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Apakah kaitan antara strok dan penyakit jantung?

Icon Chevron

Strok boleh disebabkan oleh darah beku atau saluran darah yang pecah. Penyakit jantung berkait rapat dengan strok kerana tekanan darah yang tinggi merosakkan saluran darah, mengakibatkan pembentukan plak dan menyekat aliran darah ke otak.

Apakah yang bakal terjadi apabila penyakit jantung terbiar tidak dirawat?

Icon Chevron

Jika penyakit jantung tidak dirawat, risiko kematian akan meningkat. Meskipun seseorang itu terselamat daripada serangan jantung, jangka hayat individu tersebut akan tetap terjejas. Kualiti hidup pesakit juga akan terjejas akibat sesak nafas dan sebagainya.

Fakta mengenai kesihatan jantung

Icon Chevron

Berikut merupakan fakta-fakta mengenai kesihatan jantung: -Saiz jantung ialah seperti satu genggaman tangan -Jantung berdenyut sekitar 115,000 kali setiap hari -jantung boleh terus berdenyut meskipun dikeluarkan daripada badan -Kehidupan yang bahagia boleh mencegah risiko serangan jantung -Ikan paus merupakan haiwan yang mempunyai jantung terbesar

Saya masih mempunya persoalan yang tidak terjawab. Apakah yang patut saya lakukan?

Icon Chevron

Anda boleh klik link ini https://hellodoktor.com/penyakit-jantung/ untuk membaca artikel-artikel lain mengenai kesihatan jantung!

Peranan Alat Kesihatan