Kenal Pasti Apa Yang Merangsang Anda Merokok

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Membuat keputusan untuk berhenti merokok adalah satu keputusan yang besar dan amat mencabar. Perokok dikelilingi dengan perangsang yang banyak dan akan memberi kesan kepada usaha mereka untuk berhenti. Setiap perokok mempunyai perangsang tersendiri dari  aktiviti harian seperti keluar bersama kawan, menenangkan diri sehingga mengelakkan stres. Kenal pasti perangsang yang mendorong anda untuk merokok bagi membantu proses berhenti merokok.

Apa perangsang kepada merokok?

Biasanya, apabila seseorang mula merokok, tabiat merokok tersebut akan mempunyai hubungan rapat dengan keadaan lain. Pada asasnya, terdapat empat perangsang utama yang mungkin dialami oleh semua perokok:

  • Perangsang emosi:

Apabila berurusan dengan tekanan atau insiden emosi, ramai orang tidak dapat menahan diri dari merokok. Perangsang ini akan mengingatkan anda kepada perasaan yang anda dapat apabila merokok untuk meningkatkan mod anda atau untuk memudahkan emosi yang tidak menyenangkan itu. Oleh itu, kesan emosi, baik negatif mahupun positif, boleh menjadi perangsangnya.

Dalam usaha untuk menangani perangsang emosi, anda boleh mula dengan mengambil nafas dalam-dalam secara berterusan untuk menenangkan badan dan mengurangkan keinginan. Anda boleh mendengar beberapa muzik kegemaran bagi meringankan fikiran dan menyegarkan jiwa anda. Juga, lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan-jalan, naik dan turun tangga boleh membantu meningkatkan tenaga anda dan mengurangkan ketagihan. Menjadi aktif adalah cara yang sangat berkesan untuk meningkatkan tenaga dan melepaskan endorfin yang akhirnya akan mengubah mod anda.

  • Perangsang pola:

Setiap aktiviti harian yang membuatkan anda rasa ingin merokok dikenali sebagai perangsang pola. Sebagai contoh, beberapa perangsang pola yang biasa termasuk merokok selepas makan, selepas melakukan hubungan seks, semasa memandu, menonton TV atau minum kopi.

Untuk mengendalikan perangsang pola, anda perlu mencari sesuatu yang boleh menggantikan aktiviti yang datang bersama-sama dengan merokok. Anda perlu mencari pengganti seperti gula-gula getah atau makanan ringan berbanding merokok. Juga, sentiasa sibukkan diri dengan membersihkan pinggan mangkuk selepas makan atau membaca semasa minum kopi. Untuk menghilangkan perangsang ini, mengubah rutin anda adalah kuncinya.

  • Pencetus sosial:

Dalam beberapa keadaan, anda perlu merokok untuk menyambung atau memperbaiki hubungan dengan orang lain. Tetapi bertemu dengan perokok lain turut akan merangsang anda untuk merokok juga. Untuk mengelakkan pencetus sosial, anda perlu bermula dengan mengelakkan diri dari mengambil bahagian dalam pertemuan yang memerlukan anda untuk merokok atau anda perlu menolak ajakan mereka yang menghulurkan puntung rokok. Bbanyak tempat-tempat awam yang melarang merokok seperti pawagam. Apabila berada di luar, anda harus mengelakkan tempat-tempat yang boleh merangsang anda untuk merokok.

  • Perangsang penarikan:

Ini adalah perangsang yang paling serius yang mendorong perokok lama untuk merokok secara berterusan. Apabila badan menyesuaikan diri dengan dos nikotin (bahan utama dalam tembakau) yang tetap, berhenti dari pengambilannya boleh menyebabkan simptom penarikan dan membuatkan perokok tidak dapat menahan keinginan untuk merokok. Beberapa tanda perangsang penarikan termasuk keinginan untuk merokok, memerlukan sesuatu di dalam mulut dan tangan atau selalu terbau tembakau di sekitarnya. Jika anda ketagih kepada nikotin, anda boleh menggunakan terapi penggantian nikotin. Walau bagaimanapun, kaedah alternatif ini tidak dapat membantu anda sepenuhnya dalam menghilangkan keinginan tersebut.

Mengendalikan perangsang bukanlah sesuatu yang mudah. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda boleh mengenal pasti perangsang anda sendiri, anda sudah berada di separuh jalan untuk berhenti merokok. Cuba beberapa helah yang dicadangkan di atas untuk mengelakkan kecenderungan untuk merokok. Ia mungkin akan membantu anda melengkapkan perjalanan yang sukar ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rawatan Dan Pencegahan Untuk Kanser Perut, Jangan Terleka Dengan Pemakanan Yang Tak Sihat

    Ada pelbagai cara untuk merawat atau menghilangkan sakit akibat kanser perut. Selalunya, rawatan yang sering digunakan ialah terapi dan pembedahan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Ada 19 Faktor Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut, Ubah Gaya Pemakanan Anda Sekarang!

    Anda selalu sakit pada bahagian perut? Mungkin punca dan penyebab rasa sakit perut yang anda alami mungkin disebabkan oleh kanser perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Usah Risau Jika Anda Didiagnosis Dengan Kanser Perut, Ini Semua Pemeriksaan Yang Boleh Dibuat

    Doktor akan melakukan pemeriksaan atau ujian pada kawasan perut untuk mengesan kehadiran kanser. Artikel ini akan mengupas rawatan kanser dengan lengkap.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Alami Sakit Perut Keterlaluan? Kenali 11 Simptom Kanser Perut Yang Mungkin Terlepas Pandang

    Kanser perut mempunyai pelbagai tanda dan simptom yang anda perlu ketahui. Salah satu simptomnya ialah sakit perut yang berpanjangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hari polio sedunia

    Malaysia Pernah Jadi Negara Bebas Polio, Tapi Jangan Anggap Kita Sudah Selamat, Wajib Ambil Vaksin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    nasi konjac

    Ingin Cepat Kurus Dengan Cara Yang Sihat? Gantikan Nasi Dengan Konjac Bermula Hari Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    tumbuh jambang

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan