Hipnosis untuk Berhenti Merokok: Berkesan atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan merokok menyebabkan kira-kira 5 juta kematian setahun. Walaupun kebanyakan perokok menyedari masalah kesihatan yang mungkin mereka hadapi, hanya kira-kira 5% daripada mereka mampu berhenti merokok sendiri.

Berhenti merokok memang mencabar. Tetapi ia adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kesihatan anda. Jika lozeng nikotin, tampalan, gula-gula getah, kaunseling, dan kaedah berhenti merokok lain tidak membantu anda,  jangan berputus asa. Tanya doktor jika anda patut mencuba hipnosis. Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa hipnosis boleh membantu sesetengah orang berhenti merokok.

Apa itu Hipnosis?

Hipnosis ditakrifkan sebagai keadaan kesedaran yang diolah di mana anda kelihatan tertidur atau berkhayal. Hipnosis secara klinikal boleh digunakan untuk merawat masalah fizikal atau psikologi tertentu. Sebagai contoh, ia sering digunakan untuk membantu pesakit mengawal kesakitan. Ia juga digunakan dalam pelbagai keadaan lain seperti masalah berat badan, masalah pertuturan, dan masalah ketagihan.

Terdapat perdebatan tentang bagaimana hipnosis berfungsi. Sesetengah orang percaya bahawa apabila anda dihipnotis, anda lebih tenang dan menumpukan lebih banyak perhatian, dan lebih bersedia untuk mendengar cadangan – seperti berhenti merokok.

Walaupun anda kelihatan seperti berkhayal semasa hipnosis, anda bukanlah berada pada keadaan tidak sedarkan diri. Anda masih menyedari persekitaran anda, dan anda tidak boleh dihipnosis untuk melakukan sebarang perkara yang bertentangan dengan kehendak anda. Malah, ujian otak yang dilakukan pada pesakit semasa sesi hipnotisme telah menunjukkan tahap aktiviti neurologi yang tinggi.

Hipnosis untuk berhenti merokok

Semua tabiat kita dikawal oleh minda separuh sedar. Hipnosis memberikan kesan kepada minda separuh sedar anda untuk meninggalkan tabiat anda. Semasa hipnosis untuk berhenti merokok, pesakit sering diminta membayangkan kesan yang tidak menyenangkan daripada merokok. Sebagai contoh, ahli hipnosis mungkin mencadangkan bahawa asap rokok berbau seperti ekzos, atau merokok akan menyebabkan mulut pesakit berasa sangat kering.

Ahli hipnosis akan membantu dengan membuat proses berhenti merokok lebih cepat dan lebih mudah. Sesi ini mengambil masa kira-kira 1.5 hingga 2 jam dan bermula dengan keadaan yang sangat santai. Ahli hipnosis kemudian akan menumpukan perhatian kepada keputusan anda untuk berhenti dan meningkatkan keinginan dan motivasi untuk tidak lagi merokok.

Kebanyakan perokok mencapai batang rokok mereka secara tanpa sedar. Hipnosis klinikal bukanlah kawalan minda, jadi pesakit masih boleh mencapai batang rokok lagi. Apa yang telah berubah ialah tabiatnya telah dilemahkan dan tindakan merokok dikembalikan kepada kawalan sedar, untuk membantu anda mengawal tabiat lama.

Ahli hipnoterapi juga mungkin mengajar hipnosis kendiri untuk perokok, dan kemudian meminta mereka untuk mengulangi kaedah ini tiap kali keinginan untuk merokok berlaku.

Pun begitu, kaedah hipnosis bukanlah berkesan kepada semua orang. Pastikan anda mendapatkan khidmat ahli hipnosis yang berdaftar jika anda ingin mencuba berhenti merokok melalui kaedah hipnosis. Berwaspadalah dengan ahli hipnosis yang memberikan jaminan tidak akan gagal. Sebaliknya, adalah lebih baik jika anda menggabungkan beberapa kaedah berhenti merokok yang berbeza. Boleh jadi, sesi hipnoterapi membantu anda memulakan langkah ke arah berhenti merokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Elak Risiko Bayi Cacat Dengan Buat 11 Perkara Ini, WAJIB Amalkan Sebelum Hamil Lagi!

    Anda dan pasangan merancang untuk hamil? Ada 11 perkara wajib diamalkan sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan bagi mengelakkan risiko kecacatan bayi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 09/07/2020 . 3 minit bacaan

    9 Kaedah Semulajadi Untuk Merawat Tiub Fallopio Tersumbat, Ubah Gaya Hidup Anda Sekarang!

    Masalah sukar hamil mungkin ada kaitan dengan tiub fallopio tersumbat. Namun adakah rawatan semula jadi dapat bantu mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menyusu Badan Pun Boleh Sembelit? Ini Mungkin Puncanya, Cepat Rawat Ye, Mama!

    Mommies susah hati fikirkan punca bayi sembelit walaupun masih menyusu badan? Takpa, Hello Doktor ada cara mengatasi bayi sembelit yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ada 7 Penyakit Yang Sering Dialami Kaum Adam, Beri Perhatian Awal Sebelum Terkena!

    Bagaimana jika anda mengetahui masalah kesihatan yang cenderung untuk dialami diri? Buat kaum lelaki, ini risiko kesihatan patut diberikan perhatian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah pernafasan

    Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    perokok pasif

    Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Tahu Sperma SUBUR Atau TIDAK? Lakukan Kiraan Air Mani, Ini 7 Sebab Kaum Adam Kena Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    menjadi ibu

    Gelaran Ibu Buat Anda Lagi Stres? Silap! Ada Banyak Manfaat Kesihatan Buat Wanita Bergelar Mama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan