backup og meta

Tak Semua Orang Boleh Minum Kopi, Pesakit Anemia Jadi Lebih TERUK Jika Ambil Kafein!

Tak Semua Orang Boleh Minum Kopi, Pesakit Anemia Jadi Lebih TERUK Jika Ambil Kafein!

Minum kopi awal pagi sudah menjadi kewajipan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Namun, ada kerisauan timbul apabila kopi dikatakan salah satu penyebab anemia. Jadi boleh ke individu darah rendah minum kopi?

Daripada kopi segera hinggalah ke kopi mahal yang dijual di kedai-kedai, semuanya mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Seluruh dunia, pakar menganggarkan sebanyak 2.25 bilion cawan kopi diminum setiap hari.

Tapi, benarkah kopi boleh sebabkan anemia? Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.

Fahami penyebab anemia?

Anemia ialah satu keadaan di mana individu mengalami kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang cukup ke seluruh badan.

Individu yang mengalami anemia akan rasa penat dan lemah sepanjang hari.

Namun, bukan semua keadaan anemia adalah kekal. Ada juga jenis anemia yang bersifat sementara dan boleh diperbaiki dengan diet yang betul.

Walau bagaimanapun, rasa penat tidak selalunya menandakan anda menghidap anemia. Sebagai contoh, normal untuk anda rasa penat selepas menderma darah.

Namun, tidak normal untuk anda rasa penat sepanjang masa. Jika anda runsing dengan keadaan anda, berjumpalah dengan doktor untuk sesi konsultasi.

darah rendah minum kopi

Boleh ke orang darah rendah minum kopi?

Jangan risau ya penggemar kopi! Minum kopi tidak akan timbulkan apa-apa masalah kepada orang yang normal.

Namun, kepada orang yang kurang darah, anda dinasihatkan untuk elak daripada minum kopi ataupun teh.

Menurut jurnal PLoS ONE, wanita yang baru melahirkan anak dan juga sedang mengandung tidak digalakkan untuk minum kopi atau teh untuk kurangkan risiko anemia.

Kopi dan teh mengandungi polyphenol, sejenis antioksidan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam badan manusia.

Tambah lagi, efek ini akan jadi lebih teruk jika kopi atau teh tersebut diminum bersama-sama dengan makanan yang mengandungi zat besi.

darah rendah minum kopi

Sebuah kajian mendapati bahawa minum kopi bersama makanan seperti roti akan mengurangkan kadar penyerapan zat besi sebanyak 60-90%.

Semakin kuat kopi tersebut, semakin kuranglah amaun zat besi yang boleh diserap oleh badan.

Menurut Cleveland Clinic, anda disarankan untuk tunggu dalam 1 hingga 3 jam selepas makan sebelum minum kopi untuk kurangkan kesan ini.

Selain itu, anda perlu tahu bahawa kafein tidak akan mengganggu penyerapan zat besi dalam badan anda. Namun, anda perlu beringat untuk tidak mengambil kafein dalam kadar yang berlebihan!

Oleh itu, jika anda berniat untuk tukar kopi anda kepada decaf coffee, ia kemungkinan besar tidak akan berhasil.

Anda mungkin juga berminat:

Orang darah rendah minum kopi: Polyphenols punyai kebaikan tersendiri

Walaupun polyphenols boleh sebabkan individu yang menghidap anemia mengalami masalah kekurangan darah yang lebih teruk, namun antioksidan ini sebenarnya ada banyak kebaikan yang anda mungkin tidak tahu!

Kopi merupakan minuman yang paling banyak mengandungi polyphenol. Bahan ini juga membuatkan kopi mempunyai rasanya yang tersendiri.

Jika individu darah rendah minum kopi secara sederhana boleh membantu sistem pencernaan. Selain itu, kopi juga telah terbukti dapat mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes tahap 2 dan juga sesetengah jenis kanser.

Kajian juga mendapati bahawa individu yang minum sebanyak 1-5 cawan kopi boleh kurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 15 peratus.

Patutkah anda kurangkan minum kopi?

darah rendah minum kopi

Setakat ini, jika individu darah rendah minum kopi bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Kafein bukanlah penyebab anemia dan ia tidak akan buatkan anda kekurangan darah secara tiba-tiba.

Namun, golongan yang berisiko seperti wanita hamil atau baru lepas bersalin,  pengamal diet vegetarian dan juga mereka yang mempunyai masalah seperti radang usus besar digalakkan untuk mengurangkan pengambilan kopi.

Walau bagaimanapun, orang yang kurang darah boleh menikmati kopi dengan syarat:

Perkara-perkara di atas boleh bantu untuk kurangkan efek kopi terhadap kadar penyerapan zat besi dalam badan anda.

Boleh jika anda sebagai individu darah rendah minum kopi ingin sekali-sekala, tapi ikuti tip yang kami berikan di atas ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. 2017. Live Longer, Healthier Through Coffee? Studies Find a Link. July 19. Accessed July 23, 2020. https://health.clevelandclinic.org/living-longer-healthier-through-coffee-studies-find-a-link/.
  2. Coffee and Health. 2019. EXPERT REPORT: Coffee, polyphenols and cardiovascular disease. March. Accessed July 23, 2020. https://www.coffeeandhealth.org/wp-content/uploads/2019/03/Coffee-polyphenols-and-CVD-report_FINAL_150319.pdf.
  3. Family Doctor. 2017. What is anemia? May 24. Accessed July 23, 2020. https://familydoctor.org/condition/anemia/.
  4. Kumera, Gemechu, Kalkidan Halle, Nurlign Abebe, Tefera Marie, and Tewodros Eshste. 2018. “Anemia and its association with coffee consumption and hookworm infection among pregnant women attending antenatal care at Debre Markos Referral Hospital, Northwest Ethiopia.” PLoS ONE.
  5. Mayo Clinic. 2019. Anemia. August 16. Accessed July 23, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anemia/symptoms-causes/syc-20351360#:~:text=Anemia%20is%20a%20condition%20in,you%20feel%20tired%20and%20weak.
  6. Mayo Clinic. 2020. Does coffee offer health benefits? February 26. Accessed July 23, 2020. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/coffee-and-health/faq-20058339.
  7. McGill University. 2019. Is coffee having an effect on my iron absorption? May 10. Accessed July 23, 2020. https://www.mcgill.ca/oss/article/can-coffee-inhibit-absorption-iron.

Versi Terbaru

29/07/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kopi Mungkin Mengelakkan Penyakit Parkinson

Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan