Tular Kes Coronavirus Di KL, JANGAN Pentingkan Diri! Kuarantin Langkah Utama

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/05/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sudah hampir 3 bulan sejak dunia dikejutkan dengan berita berkenaan dengan wabak virus novel korona. Setakat 3 Mac 2020, jumlah individu yang dijangkiti sudah mencecah 90,000 dan angka kematian sudah melebihi 3,000. 

Jika anda sering mengikuti perkembangan semasa di Malaysia, sudah tentu anda tahu sebilangan besar daripada mereka yang dijangkiti sudah pulih daripada wabak tersebut.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

25,742

Disahkan

9,196

Sembuh

221

Kes Kematian
Peta sebaran

Namun, kini, terdapat beberapa kes baharu yang menimbulkan ketakutan dan persoalan dalam kalangan individu.

Bila wabak ini akan berakhir? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berhempas pulas berusaha untuk membendung wabak ini namun kini, negara huru-hara dengan pelbagai jenis situasi berkaitan dengan virus novel korona.

Bilangan mereka yang dijangkiti wabak virus novel meningkat

wabak virus novel

Dahulu, Malaysia hanya mempunyai 22 orang pesakit virus novel korona. KKM telah mengaturkan strategi bagi mengelakkan lebih ramai individu dijangkiti oleh wabak tersebut.

Seramai 22 orang pesakit telah disahkan sembuh, namun jumlah kes telah meningkat sehingga ke 29 orang (3 Mac 2020).

Berikut merupakan ringkasan maklumat berkenaan dengan kes positif jangkitan virus korona menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

  • Kes ke 23 yang membabitkan wanita warganegara Malaysia berusia 53 tahun yang melancong ke Jepun telah disahkan positif pada 27 Februari lepas
  • Kes ke 24 melibatkan seorang wanita warganegara Jepun berusia 41 tahun yang bekerja di Malaysia. Pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun pada bulan Januari dan Indonesia pada bulan Februari
  • Kes ke 25 melibatkan seorang lelaki Itali yang berusia 54 tahun yang berkahwin dengan seorang wanita warganegara Malaysia. Pada 15 Februari hingga 21 Februari, lelaki tersebut telah pergi ke Itali

Artikel berkaitan:

Tiada Simptom Tak Bermakna Selamat! Anda MASIH BOLEH Dijangkiti COVID-19

  • Kes ke 26 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 52 tahun. Dia mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai pada pertengahan bulan Januari 2020
  • Kes ke 27 melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 20 tahun dan bekerja sebagai jururawat pelatih. Dia menjalani latihan sangkutan jangka pendek di sebuah hospital swasta dan disahkan positif semasa merawat kes ke 24
  • Kes ke 28 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 45 tahun. Dia merupakan rakan sekerja pesakit kes ke 25 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Itali. Pesakit ini disahkan positif semasa ujian saringan pengesanan virus novel korona
  • Kes ke 29 melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 35 tahun berikutan sejarah kontak dengan pesakit positif COVID-19. Dia telah ditempatkan sebilik dengan pesakit kes ke 24 yang pada ketika itu tidak mengetahui akan status kesihatannya

Tempoh kuarantin 14 hari perlu diberi penekanan untuk elak penularan wabak virus novel 

wabak virus novel

Akan tetapi sejak 2 Mac 2020, ekoran pembubaran kerajaan terdahulu, bekas menteri dan timbalan untuk satu kementerian yang tidak diberitahu nama, mempunyai sejarah kontak dengan pesakit kes ke-26.

Pesakit tersebut bekerja di Khazanah Nasional Berhad dan dia telah disahkan positif pada 2 Mac 2020.

Perkara itu berlaku berikutan kehadiran pesakit tersebut dalam satu majlis penghargaan bagi bekas menteri dan timbalannya. Setakat ini, masih tiada lagi bukti yang menunjukkan kedua-dua bekas ahli kabinet tersebut dijangkiti namun mereka perlu dikuarantinkan bagi mengelakkan penularan wabak.

Virus novel korona mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari. Seseorang individu itu kebiasaannya akan kelihatan sihat sebelum menunjukkan simptom.

sejarah kontak

Apa yang lebih menakutkan lagi, mereka yang mempunyai virus tersebut boleh menyebarkannya walaupun mereka belum menunjukkan simptom.

Apabila ujian saringan pengesanan sejarah kontak dilakukan, mereka yang terlibat perlu dikuarantin selama 14 hari. Namun, sehingga ke hari ini, KKM masih lagi melakukan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua individu tersebut.

Tindakan ini dilihat sebagai satu keperluan memandangkan kuarantin merupakan langkah yang efektif bagi membendung penularan wabak.

Jika mereka disahkan negatif sekalipun, selagi belum mencapai tempoh masa 14 hari, kuarantin masih lagi merupakan jalan terbaik untuk mengelak penularan wabak. Perkara ini telah ditunjukkan oleh Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Sanjiv Joshi.

Beliau telah disyaki dijangkiti oleh wabak virus novel setelah merawat pesakit kes 29. Walaupun keputusan makmal negatif, Dr Sanjiv dengan sukarelanya menjarakkan diri dari hospital, klinik dan keluarganya untuk tempoh 14 hari.

Tindakan ini mendapat pujian daripada banyak pihak dan Dr Noor Hisham berharap mereka yang disuspek turut meniru tindakan Dr Sanjiv demi kemaslahatan masyarakat awam.

Tips pencegahan jangkitan wabak virus novel 

Walaupun insiden wabak di seluruh dunia sudah mula “perlahan”, kita masih perlu mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan. Antaranya adalah:

  • Basuh tangan menggunakan air dan sabun. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan basuh tangan secara kerap adalah langkah pencegahan paling efektif bagi setiap individu untuk elak wabak virus novel korona
  • Bawa hand sanitizer. Jika anda ingin bergerak ke tempat awam, bawa hand sanitizer bersama. Jika tiada air dan sabun pada suatu lokaliti, gunakan hand sanitizer tersebut. Pastikan anda menggunakan pembersih tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol
  • Elakkan pergi ke tempat awam jika anda mengalami simptom. Sekiranya perlu, pakai topeng jika berada di tempat awam
  • Jika anda mengalami simptom, dapatkan rawatan dengan kadar segera
  • Elakkan daripada melancong ke negara yang mengalami wabak virus novel korona seperti Jepun, Iran dan Korea Selatan

Konklusi

Jika anda disyaki menghidap jangkitan wabak, pastikan anda mengkuarantinkan diri anda dalam tempoh 14 hari. Perkara ini penting berikutan ia merupakan tempoh pengeraman virus novel korona.

Seseorang itu boleh menyebarkan virus walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom. Bagi mereka yang negatif, amalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan ini.

Jika anda mempunyai sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif, kuarantinkan diri anda dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan