backup og meta

Varian Baru COVID Telah Dikesan di Malaysia, Segera Dapatkan Vaksin Booster Anda Sekarang!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/04/2023

    Varian Baru COVID Telah Dikesan di Malaysia, Segera Dapatkan Vaksin Booster Anda Sekarang!

    COVID-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat walaupun kita sudah melalui fasa endemik. Terbaharu, dikatakan terdapat dua lagi varian baru COVID yang muncul di China turut dikesan telah berada di Malaysia. Apakah simptom COVID varian baru ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan COVID-19, anda boleh klik di sini

    Varian baru COVID: Muncul di China, kini di Malaysia

    varian baru covid

    Portal-portal akhbar di seluruh dunia melaporkan bahawa, kini terdapat dua varian baru COVID yang sedang merebak dengan pantas di China iaitu varian BA.5.2 dan juga BF.7.

    Dikatakan bahawa hampir 80% kes-kes jangkitan COVID di China pada masa ini melibatkan dua varian ini.

    Bukan itu sahaja, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, varian-varian tersebut juga sudah dikesan di Malaysia sejak tahun lalu.

    Menurut Dr. Noor Hisham, kedua-dua varian tersebut disenaraikan dalam keluarga varian Omicron BA.5 dan ia bukanlah varian yang berada di bawah pengawasan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

    Berdasarkan sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan baru-baru ini, kedua-dua varian ini sebenarnya sudah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac dan 21 Ogos 2022 lagi.

    Menurut beliau, kemuncak penyebaran varian ini di peringkat global adalah pada sekitar bulan September hingga Oktober 2022.

    Kebanyakan kes jangkitan oleh kedua-dua varian ini pada waktu itu dikesan berlaku di negara-negara seperti China, Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan juga England.

    Pada tahun 2022 sahaja, sebanyak 4,148 kes jangkitan di Malaysia melibatkan varian BA.5.2 manakala hanya 3 kes melibatkan varian BF.7. 

    Apa simptom covid varian baru ini?

    varian baru covid

    Buat masa ini, kebanyakan simptom covid varian baru ini adalah sama sahaja dengan kes jangkitan oleh varian COVID-19 yang lain.

    Antaranya ialah seperti selesema, batuk, demam dan lesu badan. Malah, tiada lagi kes yang serius atau kematian yang direkodkan berpunca daripada kedua-dua varian baru COVID ini.

    Besar kemungkinan adalah disebabkan oleh liputan vaksinasi yang meluas sehingga ia tidak lagi menyebabkan simptom-simptom biasa jangkitan COVID.

    Malah kini, ramai yang dijangkiti COVID dan dalam masa yang sama tidak mempunyai sebarang simptom.

    Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan dos tambahan vaksin COVID-19 dengan segera sebagai langkah perlindungan dan pencegahan awal.

    Selain itu, pastikan anda memakai pelitup muka terutamanya ketika berada di kawasan awam dan tempat-tempat tumpuan orang ramai.

    Jangan risau, KKM sentiasa bersedia

    Menurut Dr. Hisham lagi, situasi pada ketika ini sentiasa berada di bawah pemantauan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Sekiranya terdapat perubahan drastik yang memerlukan pendekatan strategik untuk memelihara kepentingan kesihatan awam, maka ia akan diumumkan dengan segera oleh pihak WHO untuk makluman semua. 

    Dapatkan vaksin booster sekarang!

    varian baru covid

    Sehingga hari ini, hanya separuh daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang layak mendapat vaksin pergi mendapatkan suntikan booster pertama sejak dimulakan pada awal tahun 2022.

    Selain itu, kurang 3% rakyat Malaysia yang pergi mendapatkan suntikan booster kedua yang telah dibuka kepada orang awam sejak bulan November 2022 yang lalu.

    Pengambilan suntikan booster vaksin COVID-19 ini adalah sebagai satu langkah pencegahan yang boleh kita lakukan. Ini untuk mengekang jangkitan varian baru COVID di Malaysia yang mungkin boleh menyebabkan kesan atau simptom yang teruk.

    Sementara vaksin yang disediakan oleh kerajaan Malaysia ini masih percuma, dapatkan suntikan lengkap dan tambahan seperti yang disarankan oleh KKM dengan segera.

    Jika anda mendapatkan keseluruhan suntikan vaksin seperti yang disarankan, anda sepatutnya mempunyai 4 kali rekod suntikan yang boleh dilihat menerusi aplikasi MySejahtera.

    Saranan ini kesemuanya demi kebaikan diri kita sendiri dan juga orang ramai. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan