Jangan lupa, pakai pelitup muka ketika keluar rumah. Jaga jarak dan pastikan anda basuh tangan dengan sabun secara kerap.
Perlukah wanita hamil melakukan ujian COVID-19? Jawapannya ialah ya, lebih-lebih lagi jika anda mengalami simptom-simptom COVID-19.
Jika anda mengalami sebarang simptom atau telah terdedah dengan individu yang dijangkiti, hubungi doktor secepat mungkin. Doktor akan memberikan nasihat yang sesuai dengan kondisi anda.
Paling penting, ibu perlulah fokus pada diri sendiri dan bayi. Jika anda mempunyai masalah kesihatan lain, seperti rasa gelisah yang luar biasa, dapatkan khidmat kaunseling. Mereka mungkin dapat membantu.
Baca juga:
Kesan COVID kepada ibu mengandung

Sebenarnya, risiko ibu hamil untuk menghidap COVID-19 adalah rendah.
Namun, mereka yang dijangkiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami simptom yang lebih teruk. Oleh sebab itu, kesan COVID kepada ibu mengandung adalah lebih serius.
Bukan itu sahaja, wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 juga berisiko melahirkan bayi pramatang iaitu sebelum minggu ke-37 kehamilan. Malah, risiko keguguran juga semakin tinggi.
Ibu mengandung yang mempunyai penyakit lain seperti diabetes akan mempunyai risiko masalah kesihatan yang lebih tinggi disebabkan jangkitan COVID-19.
Jika dijangkiti COVID-19, ibu hamil akan dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.
Anda juga mungkin perlu mengambil ubat-ubatan tertentu untuk mengurangkan demam, kesakitan dan batuk.
Namun, jika anda mengalami simptom yang teruk, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk pemantauan rapi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen