Virus Novel Korona Rosakkan Organ? Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Tidak dinafikan bahawa jangkitan virus boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman manusia walaupun ia tidak selalu berlaku. Wabak virus novel korona (COVID-19) yang melanda sejak Disember 2019 telah membunuh lebih daripada 2,000 individu.

Kebanyakan kes kematian tersebut berpunca daripada kegagalan organ. Oleh sebab itulah peningkatan kepada jumlah kes positif agak membimbangkan. Berikut adalah statistik semasa kes positif COVID-19 di Malaysia.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

69,095

Disahkan

9,196

Sembuh

375

Kes Kematian
Peta sebaran

Artikel ini akan membincangkan kesan jangkitan virus novel korona (COVID-19) terhadap organ di dalam tubuh badan manusia. 

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Sasaran utama jangkitan virus novel korona

virus novel

Pembaca tentu dapat meneka organ mana yang menjadi sasaran utama virus ini, kan? Paru-paru merupakan organ tersebut. Oleh sebab itulah mereka yang dijangkiti mengalami masalah kesukaran bernafas.

Virus ini tersebar melalui titisan yang keluar sewaktu individu yang berjangkit bersin atau batuk. Mereka yang terjangkit boleh mengalami demam dan batuk. Jika serius, ia boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti jangkitan paru-paru. Untuk memahaminya dengan lebih mudah, sila tonton video di bawah ini.

Bagaimana Virus Korona Wuhan Boleh Menyebabkan Anda Sakit?

Bagaimana cara Virus Korona Wuhan ni merebak? Tengok video ini bagi memahami cara virus ini tersebar dan menjangkiti manusia.Ketahui senarai hospital yang boleh mengendalikan virus ini di sini: http://bit.ly/2Gzx8dQ#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Tuesday, February 4, 2020

Maklumat berkenaan dengan paten jangkitan virus novel korona diadaptasi berdasarkan maklumat kajian yang pernah dijalankan ke atas virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV) pada tahun 2003. 

Virus ini berupaya untuk menyerang paru-paru melalui 3 proses: Replikasi virus, proses tindak balas berlebihan daripada sistem pertahanan badan dan kemusnahan sel paru-paru.

Walau bagaimanapun, bergantung kepada tahap kekuatan sistem pertahanan badan anda, bukan semua individu akan melalui ketiga-tiga proses ini. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), komplikasi kegagalan paru-paru hanya berlaku pada 25% pesakit yang didiagnosis dengan jangkitan SARS.

Jika dilihat dalam konteks virus novel korona pula, 82% kes positif yang didiagnosis melibatkan simptom ringan. Namun coraknya hampir sama dengan virus SARS-CoV. Di bawah ini adalah antara simptom-simptom yang boleh anda alami jika dijangkiti virus ini.

virus novel

Replikasi virus novel korona

Apabila virus korona menjangkiti paru-paru, ia akan mempengaruhi dua sel utama, sel yang menghasilkan mukus (lendiran) dan sel rambut yang dikenali sebagai silia. Menurut Matthew Frieman, Profesor Perubatan dari Universiti Maryland, virus korona ‘gemar’ membunuh sel silia.

Ini berikutan sel tersebut bertanggungjawab menolak keluar cecair lendiran (mukus) yang memerangkap habuk dan virus. Jika sel silia mati, lendiran tersebut akan berkumpul menyebabkan simptom kesukaran bernafas. 

Pada masa yang sama, virus tersebut akan terus bertambah melalui proses replikasi.

Tindak balas berlebihan sistem pertahanan badan

Apabila berlakunya proses fisiologi dalam fasa pertama, sistem pertahanan badan akan menghantar sel imun untuk membunuh virus dan memberikan ruang kepada sel paru-paru agar pulih semula.

Artikel berkaitan:

Tindakan sistem imun kebiasaannya akan tertumpu pada kawasan yang mempunyai virus sahaja. Namun, kadangkala, sistem tersebut boleh bertindak secara berlebihan. Ini bermakna ia akan membunuh segala sel yang ada termasuklah sel sihat menyebabkan lebih banyak kerosakan pada struktur paru-paru anda.

Kemusnahan paru-paru

Apabila jumlah sel paru-paru yang musnah meningkat, pesakit akan mengalami kegagalan fungsi pernafasan. Mereka akan menghadapi kecederaan kekal pada organ tersebut dan risiko untuk mati tinggi jika sampai kepada tahap ini. 

Menurut WHO, paru-paru individu yang dijangkiti oleh virus novel korona akan kelihatan seperti sarang lebah (honeycomb). Ia sama seperti mereka yang pernah dijangkiti SARS dan mengalami kegagalan fungsi paru-paru.

Virus novel korona turut menjangkiti sistem gastrousus

organ

Jangan anggap virus novel korona hanya menjangkiti paru-paru. Virus dalam keluarga coronaviridae memang terkenal dengan kebolehan mereka untuk menyebabkan simptom gastrousus seperti cirit-birit.

Sepanjang wabak virus novel korona ini sedang berlangsung, segelintir daripada mereka yang disahkan positif mengalami simptom gastrousus sebelum simptom kesukaran bernafas.

Mesti anda hairan kan? Kenapa virus yang menyebabkan masalah pernafasan mengganggu sistem gastrousus? Bukankah kedua-duanya merupakan sistem yang berbeza?

Apabila virus masuk ke dalam tubuh individu, ia akan mencari reseptor pada permukaan sel yang sesuai sebelum boleh menyebabkan jangkitan. Reseptor ini ibarat lubang kunci. Tanpa kunci yang sesuai, sel tidak akan membuka laluan kepada virus untuk masuk ke dalam.

Artikel berkaitan:

4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu

Jika dilihat pada sel SARS dan MERS (sindrom pernafasan timur tengah) sebelum ini, mereka boleh mengakses pintu masuk yang terletak pada permukaan sel di laluan gastrousus. Keadaan tersebut akan menyebabkan cirit-birit. 

Saintis percaya bahawa reseptor yang digunakan oleh SARS turut boleh diakses oleh virus novel korona. Kajian yang telah diterbitkan pada laman Jurnal Perubatan England Baharu juga telah mengesahkan kehadiran virus novel korona di dalam sampel najis yang dikaji.

Kegagalan organ hati dan buah pinggang

virus novel

Antara organ yang bekerja keras mengekalkan keseimbangan badan dalam melawan virus novel korona adalah hati dan buah pinggang. Kerosakan kedua-dua organ tersebut merupakan komplikasi yang dialami oleh mereka yang dijangkiti oleh SARS-CoV, MERS-CoV dan yang terbaharu, COVID-19.

Apabila virus sudah memasuki salur darah, ia boleh pergi ke mana-mana sahaja. Oleh sebab hati dan buah pinggang mempunyai banyak salur darah, ia memudahkan virus novel korona untuk menyebabkan simptom.

Artikel berkaitan:

Kegagalan buah pinggang dialami oleh 6% pesakit yang dijangkiti oleh SARS, manakala MERS pula menyebabkan masalah ini pada 25% individu yang dijangkiti. 

Apa yang lebih menakutkan lagi adalah, menurut kajian yang diterbitkan di laman Jurnal Buah Pinggang Antarabangsa pada tahun 2005, 91.7% pesakit SARS yang mengalami kegagalan buah pinggang, mati.

Bagaimana pula dengan kegagalan hati? Adakah ia merupakan punca utama kepada kematian pesakit. Kebanyakan ahli akademik tidak pasti akan hal ini. Biasanya, apabila jangkitan ini sudah merebak ke organ hati, ia turut melibatkan sistem lain juga seperti buah pinggang, jantung dan sebagainya.

Konklusi

Jangkitan virus novel korona boleh menyebabkan perubahan fisiologi yang ketara di dalam badan. Perkara ini akan mempengaruhi fungsi organ seperti paru-paru, hati, buah pinggang dan organ gastrousus.

Cara terbaik bagi mengelakkan jangkitan ini adalah dengan mengamalkan langkah pencegahan seperti yang telah disarankan oleh WHO. Jika anda mengalami simptom selesema, dapatkan pemeriksaan kesihatan sekarang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

    Perihal keselamatan anak adalah perkara yang tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi dalam situasi jangkitan COVID-19 ini. Jom ketahui cara penjagaannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 16/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

    Kajian terbaru mendedahkan lelaki lebih banyak terkena tempias virus corona berbanding wanita. Klik artikel untuk ketahui sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Wabak koronavirus masih membelenggu seluruh dunia. Malah kes-kes mental dilihat semakin mencanak naik, tidak terkecuali gangguan stres pasca trauma (PTSD).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/11/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

    Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Jaga Mulut! Jika Ada Orang Yang Anda Kenal Dijangkiti COVID-19, Lakukan 5 Hal Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    penutup mulut dan hidung

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    wabak penyakit dan pelajar

    Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan