Kedegilan Anda Boleh Membunuh Orang Tersayang! HADKAN Pergerakan Hingga 31 Mac 2020!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Saban hari, kes individu positif jangkitan virus korona baharu (COVID-19) di negara kita kian membimbangkan. Sehingga tanggal 18 Mac 2020, lebih dari 600 kes telah dicatatkan. Lebih memilukan lagi, sudah terdapat dua kes kematian yang melibatkan rakyat tempatan akibat penularan virus ini.

Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia wajarlah menyambut baik tindakan kerajaan yang telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Ini sebagai usaha kerajaan untuk mengelakkan penularan virus korona di Malaysia daripada terus berleluasa.

Perintah yang boleh diumpamakan sebagai separa lockdown ini harus kita patuhi serta ikuti untuk mengelakkan diri dan ahli keluarga menjadi mangsa.

Pun begitu, masih ramai individu yang berdegil dan tidak mahu akur dengan perintah ini! Adakah kalian tahu akan bahaya yang menanti?

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

27,805

Disahkan

9,196

Sembuh

236

Kes Kematian
Peta sebaran

Ramai pilih balik kampung di ambang COVID-19

virus korona

Sejurus sahaja pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mei 2020, mungkin kita menyangka bahawa orang ramai akan mula mengehadkan pergerakan dan kuarantin diri di rumah.

Pun begitu, apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Orang ramai dilihat berpusu-pusu ke stesen pengangkutan awam khususnya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Baca juga:

4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu

Ekoran itu, pihak polis telah mengeluarkan satu borang rentas negeri khas untuk diisi oleh individu yang ingin bergerak ke luar negeri bagi membendung pergerakan dan perhimpunan beramai-ramai ini.

Sekali lagi, usaha ini telah menemui jalan buntu kerana ramai individu memenuhi balai-balai polis di sekitar Malaysia untuk mendapatkan borang terbabit bagi membolehkan mereka pulang ke kampung.

Pada 17 Mei 2020, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah menarik balik arahan tersebut.

Ia hanya akan memburukkan lagi situasi penularan COVID-19

virus korona

Meskipun pihak berkuasa Malaysia telah memberi kebenaran untuk orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing pada waktu kritikal ini, namun ia adalah tindakan yang tidak wajar untuk kita semua lakukan.

Ini kerana pergerakan atau perhimpunan secara beramai-ramai hanya akan memburukkan lagi situasi penularan virus korona di Malaysia. Ia tidak seharusnya terjadi dan sesuatu perlu dilakukan untuk membendungnya.

Artikel berkaitan:

Menurut seorang ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, pergerakan dan perhimpunan secara beramai-ramai mesti dielakkan.

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar. Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan”, jelas beliau lagi.

Rakyat Malaysia, tolong hadkan pergerakan anda!

COVID-19

Pun begitu, segala perintah atau nasihat yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak ini seolah-olah tidak memberi kesedaran kepada orang ramai yang dilihat masih lagi berdegil!

Masih ramai individu yang membanjiri jalan raya atau pasar raya untuk memborong semua bekalan barangan mentah sehingga menghabiskan stok tanpa menghiraukan orang lain.

Tidak kurang juga individu yang mengambil kesempatan untuk melancong ke luar negara hanya kerana tiket penerbangan yang murah tanpa memikirkan bahaya yang menanti.

Kedegilan inilah yang akan membuat risiko penularan wabak COVID-19 ini menjadi lebih teruk. Sewajarnya, kita semua haruslah menghormati, mematuhi dan mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan baik agar pandemik yang sedang dialami oleh satu dunia ini dapat dikawal dengan segera.

Antara perkara yang mesti kita buat adalah kuarantin diri di dalam rumah meskipun anda tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala. Ikuti langkah yang telah diperakui oleh Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) ini:

  • Elakkan sentuhan dengan orang lain atau haiwan peliharaan
  • Bersihkan segala perabot dan barangan yang terdapat di dalam rumah
  • Amalkan rutin mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer
  • Hindarkan berkongsi barangan peribadi dengan orang lain
  • Hubungi pihak hospital sekiranya anda mengesyaki diri telah dijangkiti

Akhir kata, penulis ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kes penularan COVID-19 ini. Ayuhlah kita sama-sama mengelak, mencegah dan melawan pandemik ini daripada terus berleluasa!

Tip Menjaga Social Distancing di rumah

Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.

Posted by Hello Doktor on Friday, March 27, 2020

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan