Perlumbaan Hasilkan Vaksin COVID-19, Saingan Sengit Beri Manfaat Pada Pengguna

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sejak virus korona baharu menakluki dunia, pelbagai jenis spekulasi tersebar berkenaan dengan cara penyebaran dan puncanya.

Komuniti sains juga kian obses mencari penyelesaian melalui penghasilan vaksin dan ubat antiviral.

Perlumbaan penghasilan vaksin ini walaupun mempunyai agenda yang tersendiri dapat memberi kebaikan kepada manusia secara umum.

Apabila gandingan saintis dan ahli perniagaan kian kompetitif, ini dapat memberikan daya tolakan kepada pihak terlibat untuk bertindak.

Mereka terpaksa bersengkang mata, mencari vaksin berkesan untuk kepentingan diri (nama syarikat, populariti) dan populasi awam.

Statistik kes di Malaysia, seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

10,276

Disahkan

9,196

Sembuh

128

Kes Kematian
Peta sebaran

Saingan sengit hasilkan vaksin virus korona baharu

Angka jangkitan di seluruh dunia setakat penghujung April 2020 telah melebihi 3 juta.

Lonjakan jumlah kes tersebut diikuti dengan jumlah kematian yang sudah melebihi 200,000 individu.

Kebanyakan daripada kes kematian melibatkan golongan yang berisiko tinggi. 

Adakah ini bermakna orang tua, ibu hamil atau mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imuniti badan tidak selamat untuk keluar rumah?

Jawapannya, TIDAK sama sekali!

Jika anda amalkan langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, kerap basuh tangan dan tutup mulut ketika bersin atau batuk, ini akan mengurangkan potensi penularan. 

Anda mungkin berminat:

vaksin

Selain alternatif yang dinyatakan di atas, vaksin virus korona juga boleh menjadi langkah terbaik bagi menghindari jangkitan virus ini.

Namun penghasilannya mungkin memakan masa memandangkan protokolnya melibatkan beberapa peringkat ujian.

Beberapa buah syarikat besar seperti Johnson & Johnson, Inovio, Novavax dan Moderna telah mula menghasilkan vaksin bagi membendung penularan wabak virus korona baharu

Mereka disokong oleh beberapa pertubuhan swasta seperti The Coalition for Epidemic Preparedness and Innovations (CEPI) melalui sumbangan wang dan sumber lain.  

Saingan sengit ini boleh memberikan kebaikan kepada pengguna, memandangkan setakat ini jangkitan virus korona tidak mempunyai protokol rawatan yang spesifik.

Teknologi canggih mempercepatkan penghasilan vaksin virus korona

Pada tahun 2002, apabila wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) menular, saintis mengambil masa 20 bulan bagi mendapatkan susunan genetik dan menghasilkan vaksin.

Apabila vaksin tersebut sudah tersedia, wabak SARS berjaya dikawal. Begitu juga situasi yang akan berlaku dengan virus korona baharu.

Tanpa vaksin, jumlah mereka yang bakal dijangkiti akan meningkat diikuti dengan jumlah kematian. 

Baca juga:

Berita Baik, Ujian Pertama Vaksin COVID-19 Pada Manusia Sudah Bermula!

Kebanyakan vaksin menggunakan virus lemah atau mati bagi menggalakkan sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi.

Namun vaksin virus korona yang bakal dikeluarkan oleh salah satu agensi di Amerika Syarikat menggunakan pendekatan unik.

Ia mengeksploitasi penciptaan vaksin berteraskan “pengutus kimia” yang mempunyai maklumat penghasilan protein dipanggil sebagai asid ribonukleik (RNA).

Ini bermakna, vaksin tersebut mempunyai protein berasaskan virus korona, tapi ia bukan virus itu sendiri.

Konsep ini akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi bagi membasmi protein tersebut, namun disebabkan ia bukan virus korona, ia merupakan alternatif yang selamat.

Kelak, apabila anda dijangkiti oleh virus korona baharu, badan anda boleh menghasilkan antibodi dengan kadar yang cepat.

Terdapat juga teknologi lain yang menggunakan konsep yang berbeza namun efektif dalam melawan jangkitan virus korona.

Ujian makmal mengesahkan prosedur tersebut berkesan dalam melindungi badan terhadap virus berbahaya seperti virus Ebola, SARS-CoV dan MERS-CoV.

Singapura dan China sertai perlumbaan vaksin dunia

vaksin

Seperti syarikat atau pertubuhan khas lain di seluruh dunia, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) juga tidak senang duduk.

Mereka telah bekerjasama dengan syarikat terapeutik Arcturus yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk mencipta vaksin COVID-19 mereka sendiri.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Penyakit Berjangkit, Profesor Ooi Eng Eong, ujian klinikal akan dimulakan seawal Ogos 2020.

Walaupun banyak pihak yang mengharapkan produksi vaksin boleh dipercepatkan dalam masa beberapa bulan, namun tindakan tersebut boleh mengundang padah.

Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan vaksin yang dihasilkan oleh mereka selamat daripada kesan sampingan teruk.

Sekiranya ujian fasa haiwan telah disahkan selamat, ia boleh terus diuji pada subjek manusia.

Sementara itu, di Wuhan, China sedang memenangi perlumbaan global apabila dua vaksin ciptaannya merupakan antara yang terawal diluluskan untuk menjalani ujian klinikal.

Syarikat Sinopharm telah menghasilkan 50,000 dos bagi memulai ujian tersebut.

Untuk fasa seterusnya, syarikat farmaseutikal gergasi itu berupaya untuk menghasilkan kira-kira 100 juta dos setahun.

Konklusi

virus korona

Hakikat yang perlu kita telan adalah penghasilan vaksin, ujian dan pengesahan status selamat memerlukan masa yang lama.

Walaupun sampai satu saat perintah kawalan pergerakan (PKP) perlu diberhentikan, ia tidak bermakna wabak COVID-19 telah hilang.

Tanpa vaksin, kita tidak mempunyai alternatif selamat maka langkah pencegahan masih perlu diamalkan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

Selepas PKP, lebih ramai rakyat Malaysia yang ambil berat terhadap kesihatan diri. Tambah lagi, ramai yang makin cakna menggunakan teknologi telekesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Berita, Berita Tempatan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Benarkah topeng muka kain tidak efektif dan boleh mengakibatkan kes positif COVID-19 meningkat semula? Ini yang anda perlu tahu kalau tak nak PKP berulang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Gopoh Beli Hand Sanitizer Online, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli (Tak Boleh Wangi!)

Penggunaan sanitizer boleh menggantikan air dan sabun bagi membasmi virus korona baharu. Namun, adakah produk baharu yang dikeluarkan selamat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 06/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pelitup muka

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
coronavirus di malaysia

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
penghantaran makanan

Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan
virus korona baharu adalah

Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan