Jangan Serbu Hospital, Ini Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Jalani Ujian Saringan COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Ujian saringan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menghalang penularan wabak virus korona baharu (COVID-19).

Jumlah kes positif di seluruh dunia sudah hampir mencecah 1.5 juta individu.

Jika tiada tindakan lanjut terutamanya oleh pihak berkuasa dari negara yang paling terkesan seperti Amerika Syarikat, ia bakal mencecah 2 juta tidak lama lagi.

Konsep uji, kuarantin dan rawat merupakan salah satu cara yang boleh diguna pakai bagi mengesan kes positif dan mengasingkan mereka daripada populasi umum.

Negara seperti Korea Selatan yang berkeupayaan untuk menghasilkan 100,000 unit kit ujian sehari mempunyai kelebihan sumber dalam melawan COVID-19. 

Mereka telah mengeksport sejumlah kit ujian bagi memperkuatkan sistem perlaksanaan ujian saringan di seluruh dunia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menerima kit ujian tersebut.

Di Malaysia, statistik berkenaan dengan jumlah kes COVID-19 adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,225

Disahkan

9,196

Sembuh

193

Kes Kematian
Peta sebaran

Kriteria bagi mereka yang wajib melakukan ujian saringan COVID-19

ujian saringan

Oleh sebab jumlah kit ujian agak terhad, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan keutamaan kepada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19.

Antaranya adalah:

Mereka yang tiada simptom tidak digalakkan hadir ke hospital untuk tujuan ujian saringan. Ini berikutan risiko jangkitan yang tinggi sekiranya mereka berada di lokaliti tersebut.

Namun begitu, KKM telah bekerjasama dengan syarikat swasta terpilih bagi membolehkan orang awam untuk membuat ujian saringan di rumah.

Artikel berkaitan:

Curiga Alami Simptom COVID-19, JANGAN PANIK! KKM Sedia Khidmat Pemeriksaan Di Rumah

Walau bagaimanapun, kos ujian perlu ditanggung oleh individu tersebut sendiri. Antara syarikat yang terlibat dengan kerjasama tersebut adalah seperti berikut:

  1. Bookdoc
  2. Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
  3. Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
  4. Qualitas Medical Group Sdn Bhd
  5. Gleneagles Kuala Lumpur
  6. Pantai Hospital Kuala Lumpur
  7. Pantai Hospital Cheras
  8. Pantai Hospital Klang
  9. Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka
  10. Twin Tower Medical Centre, KLCC 
  11. DoctorOnCall

Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut perlu melawat laman web syarikat berkenaan dan memuat naik maklumat berkaitan.

Ujian saringan bagi kontak rapat COVID-19

ujian saringan

Mereka yang terdedah dengan individu yang disahkan positif COVID-19, perlu menjalani ujian saringan walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.

Virus korona baharu merupakan sejenis virus yang agak licik. Ia mampu untuk tinggal dorman di dalam badan tanpa menyebabkan apa-apa simptom selama 14 hari.

Individu yang melalui fasa tersebut akan berasa sihat namun mereka boleh menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

Bagi memahami konsep kontak rapat untuk tujuan ujian saringan, KKM telah membahagikan kepada 4 kategori:

  1. Mereka yang terdedah kesan daripada aktiviti penjagaan kesihatan seperti kakitangan barisan hadapan, pelawat dan pesakit di dalam wad yang sama dengan pesakit COVID-19.
  2. Individu yang bekerja bersama dengan pesakit COVID-19, mereka yang berkongsi bilik atau duduk sekelas dengan pesakit tersebut.
  3. Mereka yang menaiki kenderaan bersama dengan pesakit COVID-19.
  4. Mereka yang tinggal serumah dengan pesakit COVID-19.

covid

Aktiviti pengesanan kontak rapat akan dijalankan dengan teliti  dan ia dilakukan melalui kaedah temubual, siasatan dan proses mengenal pasti.

  1. Temubual – Proses ini dilakukan di antara pesakit dan doktor. Mereka akan menyenaraikan lokasi perjalanan berserta dengan interaksi dan kontak pesakit dalam tempoh 14 hari yang lepas.
  2. Siasatan – Pasukan kesihatan akan menjejaki kenalan atau individu yang disenaraikan oleh pesakit. Siasatan akan dibuat berkenaan dengan interaksi dan hubungan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
  3. Proses kenal pasti – Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan, individu yang diselidiki akan dikenal pasti jika mereka merupakan kontak rapat kepada pesakit. 

Jika kontak rapat yang disiasat mempunyai simptom COVID-19, mereka akan menjalani ujian saringan dan dihantar ke hospital untuk tujuan isolasi.

Kalau individu tersebut sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala, mereka turut akan menjalani ujian COVID-19. Bezanya adalah proses kuarantin akan dijalankan di rumah selama 14 hari.

Apa yang perlu saya buat selepas menjalani ujian COVID-19?

Bergantung kepada keadaan tempat tinggal anda, perintah kuarantin akan dijalankan sama ada di rumah anda sendiri atau di wad sementara menunggu keputusan.

Sekiranya rumah anda tidak sesuai untuk dijadikan tempat kuarantin, anda perlu menjalani proses isolasi di hospital.

Baca juga:

Antara kriteria bagi rumah yang sesuai selepas menjalani ujian saringan adalah seperti berikut:

  1. Pesakit mempunyai bilik berasingan dengan individu lain yang dilengkapi dengan bilik air sendiri.
  2. Boleh mendapatkan keperluan harian seperti makanan dan mempunyai kenderaan sekiranya berlaku keadaan kecemasan.
  3. Mampu untuk mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang berisiko mengalami simptom teruk sekiranya dijangkiti seperti orang tua.

Konklusi

covid

Ujian saringan perlu dijalankan kepada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan wabak.

Mereka yang tidak memenuhi kriteria boleh membuat ujian melalui syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Selepas selesai menjalani ujian, individu tersebut perlu dikuarantinkan selama 14 hari untuk tujuan keselamatan.

Protokol ini telah ditetapkan di dalam garis panduan KKM dan sekiranya ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Bagaimana Nak Faham Keputusan Ujian Pap Smear, Tak Normal Bermakna Ada Kanser Serviks?

    Ujian saringan pap smear penting bagi mengesan kanser serviks. Walau bagaimanapun, keputusan tidak normal tidak bermakna anda mempunyai kanser tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    pelitup muka

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan