Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

COVID Akhirnya Ragut 2 Nyawa, Orang Tua Lebih Berisiko? INI Sebab Kena Elak Perhimpunan Besar

COVID Akhirnya Ragut 2 Nyawa, Orang Tua Lebih Berisiko? INI Sebab Kena Elak Perhimpunan Besar

*Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila layarinya di sini.

Peningkatan mendadak kes positif virus korona baharu (COVID) di Malaysia kini menjadi mimpi ngeri. Ini berikutan apabila dua daripada kira-kira 600 individu yang disahkan positif, menghembuskan nafas terakhir pada hari ini (17 Mac 2020).

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan langkah seterusnya bagi mencegah kemaraan wabak COVID di Malaysia.

Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).

Adakah perlaksaan perintah yang dianggap sebagai separa lockdown itu mampu menurunkan kadar jangkitan COVID?

Kini, kita telah mencatatkan dua kes kematian COVID di Malaysia. Apakah tindakan lain yang boleh diambil oleh kerajaan bagi membendung wabak ini dan mengelakkan lebih banyak kematian? Baca artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Golongan tua catat kematian COVID di Malaysia yang pertama

covid

Virus korona baharu sememangnya terkenal dengan kecenderungannya untuk menjangkiti dan menyebabkan komplikasi pada golongan tua.

Mereka yang mempunyai penyakit kronik turut berisiko untuk mengalami keadaan tersebut.

Malang bagi kes ke 358 yang merupakan seorang lelaki berwarganegara Malaysia, kerana dia termasuk dalam golongan tua dengan sejarah penyakit kronik.

Kedua-dua faktor tersebut menyebabkan sistem imunnya menjadi lemah lantas mudah untuk dijangkiti oleh virus pandemik tersebut.

Artikel berkaitan:

Pesakit telah mengalami simptom batuk, demam dan sukar bernafas sejak 7 Mac 2020. Dia telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 dan dimasukkan ke dalam hospital setelah disahkan positif ujian saringan COVID.

Sepanjang berada di hospital, pesakit telah mengalami kemerosotan tahap kesihatan lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Pada 17 Mac 2020, pesakit menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tersebut. Pesakit telah direkodkan sebagai kematian COVID di Malaysia yang pertama.

Gelombang kedua wabak virus korona baharu telah meningkat secara mendadak berikutan kegagalan kawalan penularan melalui kempen basuh tangan dan pemakaian topeng muka.

covid
Gambar oleh OurWorldInData – Dilesenkan Oleh Creative Common (CC BY)

Di negara-negara lain seperti China, jumlah kematian golongan tua terutamanya bagi mereka yang berusia 80 tahun dan ke atas adalah antara yang tertinggi.

Kes kematian COVID di Malaysia jelas menunjukkan bahawa golongan tua perlu diberikan perhatian yang lebih apabila disahkan positif jangkitan COVID.

Namun, adakah ini bermakna mereka yang berusia 40 tahun dan ke bawah boleh menarik nafas lega? Jawapannya, tidak.

Bermulanya di perhimpunan tabligh, jangkitan COVID-19 meragut satu nyawa

virus korona

Kes kematian kedua, yang merupakan kes ke 178 yang didiagnosis dengan positif COVID, merupakan lelaki warganegara Malaysia yang berusia 34 tahun.

Dia telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac 2020. Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh 16,000 peserta dan kira-kira 14,000 merupakan rakyat Malaysia.

Selepas perhimpunan tersebut tamat, kumpulan tabligh tersebut diberikan prioriti bagi menjalani ujian saringan COVID. Setakat ini, 478 daripada 673 individu yang disahkan positif merupakan peserta yang hadir ke perhimpunan tabligh tersebut.

Berdasarkan daripada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, jelas menunjukkan bahawa kehadiran individu ke majlis keramaian meningkatkan potensi untuk virus COVID menular.

Walaupun, secara amnya mereka yang berusia 40 tahun dan ke bawah biasanya mengalami simptom ringan, namun, bukan semua akan melalui perkara yang sama.

Artikel berkaitan:

Pelbagai jenis faktor boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan tahap keterukan jangkitan COVID.

Oleh sebab banyak lagi maklumat berkenaan dengan virus tersebut masih samar, kita tidak sepatutnya ambil ringan akan hal ini.

Rancangan kerajaan bagi melakukan Perintah Kawalan Pergerakan merupakan satu langkah yang dianggap penting bagi membendung jangkitan ini.

Pesakit telah mengalami simptom demam pada 5 Mac 2020. Dia telah mendapatkan rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac dan disahkan positif virus korona. Sepanjang tempoh di hospital, keadaan kesihatannya merosot dan dia telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi.

Namun, apakan daya, pesakit menghembuskan nafas terakhir seterusnya merekodkan kematian COVID di Malaysia yang kedua pada 17 Mac 2020.

Konklusi

virus korona

Ini merupakan saat kritikal bagi semua rakyat Malaysia. Penulis ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa (kes 178 dan 358) atas pemergian ahli keluarga tercinta.

Tindakan kerajaan yang tampak drastik ini sebenarnya bertujuan untuk memelihara keharmonian sejagat. Anda masih boleh bergerak ke luar untuk membeli barang keperluan asas maka tidak perlulah panik.

Apa yang anda perlu ingat adalah amalan jarak sosial dan kepatuhan terhadap perintah kawalan pergerakan dapat menyelamatkan nyawa dan berpotensi untuk membendung wabak COVID.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Laman Sesawang Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. TERKINI: 2 kematian pertama akibat COVID-19. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666231/terkini-2-kematian-pertama-akibat-covid-19). Diakses pada 17 Mac 2020.
  3. KKM tiada jumlah terkini peserta ijtimak tabligh. (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665320/kkm-tiada-jumlah-terkini-peserta-ijtimak-tabligh). Diakses pada 17 Mac 2020.
  4. Aging changes in immunity. (https://medlineplus.gov/ency/article/004008.htm). Diakses pada 17 Mac 2020.
  5. Inform police if you need to travel inter-state, says IGP. (https://www.theedgemarkets.com/article/inform-police-if-you-need-travel-interstate-says-igp). Diakses pada 17 Mac 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 08/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x