Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Anda pasti?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Menjalani kuarantin diri merupakan antara cara membendung penularan coronavirus, khususnya jika anda baru pulang dari negara-negara yang dilanda COVID-19. Ada 195 negara, jom ketahui senarainya!
Hari ini (24 Mac 2020), merupakan hari ke-7 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Kerajaan Malaysia. Rata-rata antara kita memahami sebab perintah tersebut diisytiharkan, namun terdapat segelintir yang masih dengan sikap mementingkan diri!
Malah kita juga disarankan untuk melaksanakan jarak sosial dalam komunikasi dan perhubungan sosial harian. Semuanya itu adalah untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Melaporkan sejarah perjalanan juga antara cara untuk membantu mengekang peningkatan kes di antara individu. Kenapa?
Ini kerana jika anda mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang terkena jangkitan wabak ini, anda berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19. Oleh sebab itu tempoh kuarantin diri selama 14 hari perlu dilakukan.
Tetapi bagaimana untuk mengetahui jika tempat yang anda lawati atau kunjungi adalah negara dilanda COVID-19?
Sehingga ke hari ini, terdapat 195 negara di seluruh dunia terkesan dengan wabak coronavirus yang berasal dari Wuhan, China ini. Setakat ini 16, 496 kematian dilaporkan dari seluruh negara yang terlibat.
Berikut dikongsikan senarai wilayah dan negara dilanda COVID-19:
Artikel berkaitan:
Artikel berkaitan:
Sekiranya anda mengalami simptom berkaitan COVID-19, dapatkan pemeriksaan segera. Ini terutamanya jika anda pernah berkunjung ke negara dilanda COVID-19 atau kontak dengan individu positif wabak ini.
Cara terbaik, maklumkan hospital, klinik kesihatan atau pusat perubatan berhampiran terlebih dahulu. Ini kerana terdapat protokol yang perlu diikuti bagi mengekang penularan wabak COVID-19 daripada menjangkiti dan merebak kepada individu lain.
Ini adalah 1 tanggungjawab dan tindakan penting dalam membendung penularan jangkitan coronavirus daripada terus meningkat. Sementara menunggu keputusan pemeriksaan diperolehi, kuarantin diri anda dengan sebaiknya.
Jangan pentingkan diri dengan bergerak bebas ke luar rumah seperti pasar raya, kedai makan atau sebagainya.
Dalam mengekang penularan wabak ini, sudah tentu aspek penjagaan kebersihan diri adalah 1 perkara paling penting untuk dilakukan oleh setiap individu.
Pastikan anda mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 saat. Penggunaan gel pembersih tangan juga dibolehkan ketika memerlukan. Tetapi pastikan tangan tiada kotoran, okay?
Paling utama, cuci tangan anda sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan bilik air serta selepas bersin dan batuk.
[mc4wp_form id=”115319″]
Sepanjang tempoh PKP ini, bataskan pergerakan anda. Jika tidak penting atau tiada keperluan seperti melibatkan masalah perubatan, duduklah di rumah.
Kalau tidak sihat walaupun tidak membabitkan simptom COVID-19, lakukanlah kuarantin diri di rumah. Ia boleh membantu mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan.
Penjagaan aspek kesihatan juga harus diutamakan sepanjang tempoh PKP. Amalkan pengambilan makanan seimbang serta lakukan senaman secara berkala. Senaman apa yang boleh dilakukan? Naik turun tangga atau lompat bintang di dalam rumah? Cubalah.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://www.worldometers.info/coronavirus/countries-where-coronavirus-has-spread/ / Accessed on Mac 24, 2020
https://www.worldometers.info/coronavirus/ / Accessed on Mac 24, 2020
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/cases-updates/world-map.html / Accessed on Mac 24, 2020
https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/events-as-they-happen / Accessed on Mac 24, 2020
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen