Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Anda pasti?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Sudah hampir 3 bulan sejak dunia dikejutkan dengan berita berkenaan dengan wabak virus novel korona. Setakat 3 Mac 2020, jumlah individu yang dijangkiti sudah mencecah 90,000 dan angka kematian sudah melebihi 3,000.
Jika anda sering mengikuti perkembangan semasa di Malaysia, sudah tentu anda tahu sebilangan besar daripada mereka yang dijangkiti sudah pulih daripada wabak tersebut.
Namun, kini, terdapat beberapa kes baharu yang menimbulkan ketakutan dan persoalan dalam kalangan individu.
Bila wabak ini akan berakhir? Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berhempas pulas berusaha untuk membendung wabak ini namun kini, negara huru-hara dengan pelbagai jenis situasi berkaitan dengan virus novel korona.
Dahulu, Malaysia hanya mempunyai 22 orang pesakit virus novel korona. KKM telah mengaturkan strategi bagi mengelakkan lebih ramai individu dijangkiti oleh wabak tersebut.
Seramai 22 orang pesakit telah disahkan sembuh, namun jumlah kes telah meningkat sehingga ke 29 orang (3 Mac 2020).
Berikut merupakan ringkasan maklumat berkenaan dengan kes positif jangkitan virus korona menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Artikel berkaitan:
Akan tetapi sejak 2 Mac 2020, ekoran pembubaran kerajaan terdahulu, bekas menteri dan timbalan untuk satu kementerian yang tidak diberitahu nama, mempunyai sejarah kontak dengan pesakit kes ke-26.
Pesakit tersebut bekerja di Khazanah Nasional Berhad dan dia telah disahkan positif pada 2 Mac 2020.
Perkara itu berlaku berikutan kehadiran pesakit tersebut dalam satu majlis penghargaan bagi bekas menteri dan timbalannya. Setakat ini, masih tiada lagi bukti yang menunjukkan kedua-dua bekas ahli kabinet tersebut dijangkiti namun mereka perlu dikuarantinkan bagi mengelakkan penularan wabak.
Virus novel korona mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari. Seseorang individu itu kebiasaannya akan kelihatan sihat sebelum menunjukkan simptom.
Apa yang lebih menakutkan lagi, mereka yang mempunyai virus tersebut boleh menyebarkannya walaupun mereka belum menunjukkan simptom.
Apabila ujian saringan pengesanan sejarah kontak dilakukan, mereka yang terlibat perlu dikuarantin selama 14 hari. Namun, sehingga ke hari ini, KKM masih lagi melakukan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua individu tersebut.
Tindakan ini dilihat sebagai satu keperluan memandangkan kuarantin merupakan langkah yang efektif bagi membendung penularan wabak.
Jika mereka disahkan negatif sekalipun, selagi belum mencapai tempoh masa 14 hari, kuarantin masih lagi merupakan jalan terbaik untuk mengelak penularan wabak. Perkara ini telah ditunjukkan oleh Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Sanjiv Joshi.
Beliau telah disyaki dijangkiti oleh wabak virus novel setelah merawat pesakit kes 29. Walaupun keputusan makmal negatif, Dr Sanjiv dengan sukarelanya menjarakkan diri dari hospital, klinik dan keluarganya untuk tempoh 14 hari.
Tindakan ini mendapat pujian daripada banyak pihak dan Dr Noor Hisham berharap mereka yang disuspek turut meniru tindakan Dr Sanjiv demi kemaslahatan masyarakat awam.
Walaupun insiden wabak di seluruh dunia sudah mula “perlahan”, kita masih perlu mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan. Antaranya adalah:
[mc4wp_form id=”115319″]
Jika anda disyaki menghidap jangkitan wabak, pastikan anda mengkuarantinkan diri anda dalam tempoh 14 hari. Perkara ini penting berikutan ia merupakan tempoh pengeraman virus novel korona.
Seseorang itu boleh menyebarkan virus walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom. Bagi mereka yang negatif, amalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan ini.
Jika anda mempunyai sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif, kuarantinkan diri anda dengan kadar segera.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen