backup og meta

Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 23/06/2021

    Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Pasti kini ramai yang gembira dengan berita pemberian vaksin atau imunisasi oleh kerajaan. Setelah setahun lebih bergelut dengan COVID-19, ramai yang boleh menarik nafas lega mengenangkan hidup yang mungkin kembali normal tidak lama lagi.

    Namun, di dalam kegembiraan kita menyambut Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan tangan terbuka, sejauh manakah anda tahu mengenai vaksin yang diberikan?

    Untuk pengetahuan anda, bukan vaksin daripada Pfizer-BioNTech sahaja yang akan digunakan di Malaysia. Sebenarnya ada 4 pengeluar vaksin COVID-19 lain iaitu AstraZeneca, Sinovac, CanSino Biologics dan Sputnik V.

    Buat masa ini, hanya vaksin daripada Pfizer-BioNTech sahaja yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021.

    Manakala, empat lagi calon vaksin keluaran pengeluar yang lain masih sedang diproses untuk kelulusan NPRA.

    Sebelum kita meneruskan pembacaan, mari lihat statistik terkini COVID-19 di Malaysia:

    [covid_19]

    Pemberian vaksin atau imunisasi COVID-19 di Malaysia

    Setakat 28 Disember 2020, vaksin daripada AstraZeneca berserta dua lagi vaksin iaitu Janssen dan Novavax sedang melalui fasa ketiga percubaan klinikal secara besar-besaran.

    Tetapi, bermula Februari ini, vaksin daripada kelima-lima pembekal ini akan diterima secara berperingkat untuk diagihkan kepada semua rakyat Malaysia.

    Disebabkan Malaysia telah memasuki fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, marilah kita kenali dengan lebih lanjut mengenai vaksin yang bakal kita terima nanti!

    Baca juga:

    1. Vaksin Pfizer-BioNTech

    Vaksin Pfizer-BioNTech merupakan vaksin jenis mRNA yang berasal dari Amerika Syarikat. Menurut FDA, vaksin ini sesuai digunakan untuk individu yang berumur 16 tahun ke atas.

    Vaksin ini telah digunakan di pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Bahrain, Kanada dan banyak lagi.

    Selain itu, info lanjut yang anda perlu tahu mengenai vaksin ini adalah:

  • Bilangan dos: 2
  • Tahap keberkesanan: 95%
  • Suhu penyimpanan: -75°C
  • Peratus penduduk dilindungi: 502
  • 2. Vaksin AstraZeneca

    Pemberian vaksin

    Vaksin AstraZeneca merupakan sejenis vaksin vektor virus yang berasal dari United Kingdom. Berbeza dengan vaksin Pfizer-BioNTech, vaksin ini boleh disimpan di dalam peti sejuk biasa.

    Oleh sebab itu, vaksin ini lebih mudah untuk diedarkan kepada orang ramai, lebih-lebih lagi yang berada di kawasan pedalaman.

    Info lanjut berkaitan vaksin AstraZeneca ialah:

    • Bilangan dos: 2
    • Tahap keberkesanan: 62%-90%
    • Suhu penyimpanan: 2-8°C
    • Peratus penduduk dilindungi: 20%

    Baca juga:

    3. Vaksin Sinovac

    Berbeza dengan dua vaksin di atas, vaksin Sinovac yang dibangunkan oleh sebuah syarikat biofarmaseutikal di Beijing ini menggunakan virus nyahaktif untuk mendedahkan sistem imun badan terhadap virus COVID-19.

    Namun, disebabkan ia menggunakan partikel virus yang mati, mereka yang menerima suntikan tidak akan mendapat sebarang penyakit yang serius. Vaksin ini juga mempunyai:

    • Bilangan dos: 2
    • Tahap keberkesanan: 50.4%-91.25%
    • Suhu penyimpanan: 2-8°C
    • Peratus penduduk dilindungi: 18.75%

    4. CanSino Biologics

    Vaksin ini merupakan satu-satunya vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan di Malaysia. Namun, vaksin ini merupakan vaksin kedua yang diluluskan selepas vaksin yang dihasilkan oleh Johnson and Johnson.

    Vaksin CanSino Biologics dilaporkan mempunyai:

    • Bilangan dos: 1
    • Tahap keberkesanan: 65.7%
    • Suhu penyimpanan: 2-8°C
    • Peratus penduduk dilindungi: 10.9%

    5. Sputnik V

    Pemberian vaksin

    Vaksin Sputnik V dari Rusia ini mampu memberikan perlindungan sebanyak 92% daripada COVID-19. Ia juga berfungsi dengan cara yang lebih kurang sama dengan vaksin AstraZeneca dari UK.

    Walau bagaimanapun, apa yang berbeza mengenai vaksin ini ialah perbezaan formula untuk dos pertama dan kedua.

    Walaupun berbeza formula, vaksin Sputnik V masih disahkan berkesan dengan kesan sampingan yang tidak serius semasa percubaan klinikal.

    • Bilangan dos: 2
    • Tahap keberkesanan: 91.6%
    • Suhu penyimpanan: -20°C
    • Peratus penduduk dilindungi: 10%

    Semua vaksin selamat digunakan

    Walaupun vaksin yang tiba di Malaysia mempunyai spesifikasi yang berbeza-beza, semuanya telah disahkan selamat untuk penggunaan umum.

    Walau bagaimanapun, itu tidak bermaksud kita perlu berhenti melakukan amalan untuk mencegah COVID-19. Amalan seperti basuh tangan dan sebagainya perlu diteruskan supaya virus ini dapat dikekang daripada terus merebak.

    coronavirus

    Oleh sebab itu, jangan risau. Tidak kiralah apa jua vaksin yang anda terima, anda akan menerima perlindungan daripada wabak COVID-19 pada masa hadapan. 

    Malah, kesan sampingan vaksin COVID-19 juga bersifat ringan dan sementara.

    Selain itu, sudahkah anda mengemaskini aplikasi MySejahtera? Kini, rakyat Malaysia sudah boleh membuat pendaftaran untuk menerima pemberian vaksin atau imunisasi COVID-19 di peranti mudah alih anda!

    [mc4wp_form id=”115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 23/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan