Suami Isteri Bersenggama Manfaatkan PKP, Tapi Bolehkah Ia Sebarkan COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, dunia kini sedang berhadapan dengan pandemik wabak COVID-19 yang sangat teruk dan negara kita juga tidak terkecuali.

Berikut merupakan statistik terkini mengenai penularan virus korona baharu di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

29,441

Disahkan

9,196

Sembuh

246

Kes Kematian
Peta sebaran

Berbagai-bagai mitos mengenai wabak COVID-19 ini telah tersebar di media sosial dan media masa.

Ada yang mengatakan ia boleh dibunuh dengan air panas, alkohol dan macam-macam jenis makanan.

Artikel berkaitan:

5 Mitos MEREPEK Tentang COVID-19 Yang Masih Dipercayai Ramai, Tolong Berhenti!

Selain itu, timbul juga banyak cerita mengenai cara ia tersebar.

Meskipun sudah jelas ia boleh berpindah dari manusia ke manusia melalui udara, titisan dan sentuhan, namun terdapat pelbagai lagi anggapan lain.

Terbaharu, telah timbul cakap-cakap yang mengatakan hubungan seks boleh menyebarkan jangkitan virus korona baharu ini antara individu.

Adakah ia benar? Mari kita sama-sama bongkarkan jawapannya!

Wad bersalin penuh 9 bulan selepas tempoh kuarantin COVID-19?

pemeriksaan-pranatal-ketika-covid-19-teruskan-atau-tunda

Disebabkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah memasuki gelombang kedua, Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendungnya dari terus berleluasa.

Ekoran itu, orang awam diminta untuk kekal berada di rumah dan hanya keluar untuk urusan yang penting sahaja.

Hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan harian serta ubatan.

Ramai yang berjenaka dengan mengatakan 9 bulan selepas tempoh PKP ini, wad bersalin akan penuh kerana suami isteri yang berkuarantin di rumah kerap melakukan hubungan intim untuk mengisi waktu lapang mereka.

Baca juga:

Kenyataan ini mungkin ada benarnya jika difikirkan secara logik akal.

Pun begitu, ada anggapan yang mengatakan hubungan seks mungkin boleh sebarkan wabak COVID-19 tanpa kita sedari.

Adakah benar hubungan seks sebar virus korona baharu antara individu?

Bagaimana hubungan seks sebar virus korona baharu?

lanjutan

Persoalan ini sangat mengganggu fikiran setiap suami isteri di luar sana.

Adakah hubungan seks boleh menyebarkan virus ini? Bagaimana dengan seks oral? Atau sekadar foreplay?

Menurut Kristin Englund, Pakar Penyakit Berjangkit di Cleveland Clinic, sehingga kini penyelidik masih mencari jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan ini.

Jadi, beliau tidak dapat memberi kata putus sama ada cecair yang dikeluarkan dari alat kemaluan seperti air mazi atau mani boleh menyebarkan virus korona baharu ini atau tidak.

Namun, boleh dikatakan hubungan kelamin sangat berisiko tinggi untuk menyebarkan wabak COVID-19.

Ini kerana seks itu sendiri adalah satu perbuatan yang memerlukan sentuhan atau kontak rapat antara individu.

Aktiviti seperti bercium mulut sudah tentu akan memindahkan air liur antara individu.

Maka tidak hairanlah jika hubungan seks juga boleh menyebarkan virus korona baharu ini sesama manusia.

Jadi, adalah sangat penting untuk kalian benar-benar mengenali pasangan anda meskipun sudah berkahwin bertahun lamanya.

Pastikan mereka tidak terdedah dengan sebarang risiko jangkitan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bersenggama.

Suami isteri perlu pastikan pasangan bebas COVID-19

gelombang kedua covid

Hakikatnya, hubungan intim sangat berisiko tinggi untuk menyebarkan virus korona baharu ini jika pasangan sudah terjangkiti.

Namun, janganlah ini dijadikan alasan anda untuk tidak lagi bersama pasangan pula ya?

Kalian masih lagi boleh menjalinkan hubungan intim asalkan pasangan anda:

  • Tidak menunjukkan sebarang simptom/gejala
  • Mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kekal berada di rumah
  • Mengamalkan jarak sosial 1 meter ketika berada di luar rumah
  • Mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan menggunakan air, sabun dan hand sanitizer
  • Telah mengunjungi klinik/hospital dan terbukti negatif COVID-19

Berikut adalah simptom & komplikasi virus COVID-19 yang kalian wajib tahu:

covid

Jika anda dan pasangan melepasi setiap senarai semak di atas ini, maka kalian berdua tidak perlu lagi risau untuk melakukan hubungan seks!

Seks tiada masalah jika anda setia kepada pasangan

kesilapan seks lelaki

Kita sudah tahu hubungan seks berisiko tinggi untuk menyebarkan wabak COVID-19 ini.

Namun, jika anda betul-betul mengenali pasangan anda, mungkin tiada masalah untuk terus melakukannya.

Jadi, setialah kepada pasangan anda.

Ketahuilah bahawa seks bebas dengan banyak pasangan mungkin meninggikan risiko penularan wabak kerana anda mungkin tidak mengenali individu lain dengan sedalamnya.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mengamalkan langkah kebersihan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 ini dari terus berleluasa.

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Hello Doktor 发布于 2020年2月15日周六

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat permainan seks

Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
suami isteri

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit radang pelvik

Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan