
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Sememangnya kes positif COVID-19 ini tidak mengenal sesiapa pun. Tidak kira apa latar belakang sekalipun; sama ada anda seorang rakyat biasa, berjawatan tinggi, malah yang mempunyai kedudukan, anda turut berisiko untuk mendapat jangkitan tanpa disedari.
Statistik terkini kes COVID-19 di Malaysia setakat ini:
155,095
9,196
594
Putera Charles sah positif COVID-19
The Prince of Wales, Putera Charles yang merupakan pewaris takhta diraja Britain, telah disahkan positif jangkitan COVID-19 baru-baru ini. Beliau yang kini telah berumur 71 tahun, telah menunjukkan simptom-simptom ringan tetapi dikatakan masih berada dalam kesihatan yang baik.
Berikut merupakan antara simptom-simptom jangkitan COVID-19:
Isteri kepada Putera Charles, Camilla turut menjalani ujian saringan namun beliau disahkan negatif jangkitan tersebut. Kedua-dua pasangan diraja ini kini sedang menjalani pengasingan diri di Istana Balmoral, Scotland.
Kemungkinan dijangkiti daripada individu lain
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kediaman rasmi mereka berdua, Clarence House, ujian saringan yang dijalani oleh kedua-dua pasangan ini telah dilakukan oleh National Health Service di Aberdeenshire, Scotland.
“Amat mustahil untuk menentukan dari mana Putera Charles mendapat jangkitan tersebut memandangkan beliau banyak terlibat dengan pertemuan awam sejak beberapa minggu yang lalu,” tambah Clarence House dalam kenyataan tersebut.
Putera Charles dan isterinya akan mengikuti nasihat kerajaan dengan melakukan pengasingan diri secara berasingan di istana tersebut memandangkan hanya Putera Charles sahaja yang disahkan positif COVID-19.
Berikut merupakan cara yang perlu dilakukan untuk elakkan daripada dijangkiti COVID-19:
Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus
Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus
Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020
Acara terakhir sebelum disahkan positif COVID-19
Acara terakhir yang dihadiri oleh Putera Charles sebelum disahkan jangkitan tersebut ialah sebuah resepsi dan makan malam pada 12 Mac 2020. Resepsi dan makan malam tersebut telah diadakan di Mansion House, London sebagai satu usaha bantuan kebakaran hutan yang berlaku di Australia.
Pada 11 Mac, beliau telah menghadiri satu acara Prince’s Trust di London yang dihadiri oleh ramai selebriti. Namun, beliau beramah mesra dengan mereka tanpa berjabat tangan atau sebarang sentuhan fizikal.
Beliau juga telah menghadiri satu upacara istiadat pengurniaan bintang-bintang kebesaran di Istana Buckingham beberapa hari sebelum itu. Semasa beliau di sana, Putera Charles telah menyapa dan beramah mesra bersama penerima-penerima bintang kebesaran, tetapi dengan cara tanpa sentuhan fizikal.
Beliau juga dikatakan telah menghadiri beberapa mesyuarat lain dan kesemua individu yang menghadiri mesyuarat itu juga telah melakukan ujian saringan.
Artikel berkaitan:
- Ada Masalah Tak Boleh Bau? Segera Ke Hospital, Ini Mungkin Tanda Anda Dijangkiti Covid-19
- JANGAN Bersalam, Bersentuh Untuk Cegah Penularan COVID-19!
United Kingdom antara negara yang paling terjejas dengan kes positif COVID-19
Sehingga tarikh artikel ini ditulis, sebanyak 424 kematian telah dicatatkan berlaku di United Kingdom dengan lebih 8,000 kes positif COVID-19. Rekod kematian tertinggi dalam sehari setakat ini adalah sebanyak 89 kematian.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Artikel berkaitan:
- 195 Tempat Dilanda Wabak COVID-19, Sila Kuarantin Diri Jika Pernah Ke Tempat Ini #StayAtHome
- Kalau Pergi Jumpa Doktor Kerana COVID-19, Jangan Sorok/Tipu Sejarah Perjalanan Anda: Ini AKIBATNYA!
- Jarak Sosial Senjata Utama Perangi COVID-19, Ini 29 Langkah Cegah Virus- PASTI BERHASIL!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.