Berita Baik: Saintis Guna Plasma Darah Bekas Pesakit COVID-19 Rawat Kes Positif, BERJAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Walaupun kebanyakan pesakit wabak virus korona baharu (COVID-19) hanya mengalami simptom ringan, tapi sebahagian kecil daripada mereka terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk terus hidup.

Ujian yang melibatkan penggunaan vaksin dan ubat antiviral untuk melawan COVID-19 sedang berjalan.

Namun, ia tidak akan boleh digunakan oleh orang awam sehingga disahkan selamat.

Prosedur tersebut mungkin memakan masa sekurang-kurangnya setahun. Sementara itu, jumlah mereka yang disahkan positif wabak sedang meningkat ke angka 2 juta.

Apabila jumlah kes positif meningkat, jumlah mereka yang mengalami simptom teruk turut meningkat. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia mempengaruhi kadar kematian bagi sesebuah negara.

Di Malaysia, jumlah mereka yang telah disahkan positif adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

58,847

Disahkan

9,196

Sembuh

341

Kes Kematian
Peta sebaran

Terbaru, sekumpulan doktor di Wuhan telah menemui kaedah baharu yang boleh menyelamatkan pesakit yang mengalami simptom teruk.

Ia melibatkan penggunaan plasma darah pesakit. Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Penggunaan plasma darah untuk bantu pesakit COVID-19 teruk

covid

Walaupun wabak pandemik COVID-19 sudah bertapak lebih daripada 4 bulan di seluruh dunia, namun masih tiada lagi protokol rawatan yang dianggap berkesan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan beberapa jenis ubat termasuklah ubat HIV, ubat malaria dan ubat antiviral remdesivir yang dianggap berpotensi merawat wabak tersebut.

Namun, fasa ujian klinikal baru sahaja bermula dan ia akan memakan masa yang agak lama. Sementara menunggu keputusan ujian tersebut, doktor di seluruh dunia menggunakan pelbagai protokol rawatan. 

Kebanyakannya hanya bersifat konservatif.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, satu kajian yang dijalankan di Wuhan berkaitan dengan rawatan COVID-19 memberi sinar harapan kepada mereka yang mengalami simptom teruk.

Baca juga:

Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!

10 pesakit yang terlibat mengalami simptom yang serius. Keputusan jangkitan COVID-19 mereka telah disahkan oleh ujian RNA virus.

Kesemua pesakit tersebut telah diberikan 1 dos plasma darah pesakit yang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19

Setiap dos mengandungi 200 ml plasma darah dan sukatan antibodi pemusnah (neutralizing antibody titers) berada pada nisbah 1:640.

Simptom mereka beransur-ansur hilang selepas 3 hari proses transfusi plasma darah itu dilakukan.

Pusat Kajian Teknologi Kejuruteraan Nasional di Wuhan telah menganggap perkara ini sebagai satu langkah yang boleh menyelamatkan nyawa mereka yang mengalami simptom teruk.

Namun, ia tidak boleh dipreskripsikan sewenang-wenangnya memandangkan kajian yang dijalankan hanyalah melibatkan 10 pesakit.

Penggunaan plasma darah untuk rawat wabak bukan perkara baharu

plasma darah

Kajian yang melibatkan penggunaan plasma darah turut diulangi oleh sekumpulan doktor di Hospital Shenzhen. Mereka menggunakan protokol rawatan tersebut kepada 5 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

Dalam tempoh masa 10 hari, kesemua pesakit beransur sembuh. 3 daripada 5 kes tersebut tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan untuk hidup. Laporan ini telah diterbitkan di Jurnal terkemuka, Persatuan Perubatan Amerika.

Asas kepada penemuan tersebut adalah, penggunaan plasma darah pesakit yang baru sembuh boleh meningkatkan keupayaan sistem imun golongan yang berisiko untuk melawan COVID-19.

Namun, seperti yang penulis sebutkan, kajian yang dilakukan hanya berskala kecil. Kebaikan penggunaan plasma atau kesan sampingan yang mungkin timbul tidak dapat diperoleh melalui kajian tersebut.

Baca juga:

Penggunaan plasma darah pesakit untuk merawat jangkitan bukanlah satu prosedur baharu. Ia pernah digunakan ketika wabak pandemik selesema Sepanyol pada tahun 1918.

Konsep yang dipegang adalah, darah pesakit yang sembuh mempunyai antibodi pemusnah yang mampu memusnahkan virus wabak. 

Proses transfusi plasma darah kepada pesakit yang sedang mengalami jangkitan atau berisiko untuk mendapat jangkitan dapat memberikan pelindungan tambahan.

Berdasarkan kepada kejayaan doktor di Wuhan menggunakan kaedah ini, doktor di Amerika Syarikat bakal menerapkan protokol yang sama. 

Di Britain, Perkhidmatan Darah Nasional sudah membuat ujian saringan darah bagi mengesan plasma darah yang kaya dengan antibodi pemusnah. Ia bakal digunakan dalam ujian klinikal kelak.

Alternatif kepada vaksin yang masih belum tersedia

plasma darah

Terdapat perbezaan di antara vaksin dan penggunaan plasma darah pesakit yang telah sembuh.

Pemberian vaksin bertujuan untuk merangsang penghasilan antibodi oleh pemilik badan.

Penggunaan plasma darah pula akan memberikan antibodi secara langsung kepada penerima.

Profesor David Tappin, seorang felo pengkaji di Universiti Glasgow bertekad untuk mencari bukti saintifik berkaitan dengan penggunaan plasma darah pesakit yang telah sembuh.

Jika ia benar, penggunaannya boleh:

  1. Menghindarkan pekerja barisan hadapan daripada jangkitan virus.
  2. Mengelakkan pesakit daripada menjadi bertambah teruk.
  3. Membantu meringankan penderitaan individu yang mengalami simptom teruk.

Walaupun kajian di Wuhan telah menunjukkan dapatan yang positif tanpa sebarang komplikasi, tapi fasa ujian klinikal rasmi perlu dijalankan bagi menentukan profil keselamatan kaedah tersebut.

Bukan semua yang sembuh boleh menjadi sumber plasma darah yang sesuai.

Jika tidak dibuat dengan berhati-hati, penggunaan darah pesakit boleh menyebabkan jangkitan kuman selain COVID-19.

Konklusi

Keputusan berkenaan dengan penggunaan plasma darah untuk merawat pesakit virus korona baharu boleh dikira menakjubkan.

Prosedur tersebut pernah digunakan ketika wabak selesema Sepanyol sedang berlangsung, maka besar kemungkinan ia turut berkesan untuk wabak COVID-19.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Wabak koronavirus masih membelenggu seluruh dunia. Malah kes-kes mental dilihat semakin mencanak naik, tidak terkecuali gangguan stres pasca trauma (PTSD).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/11/2020 . 3 minit bacaan

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Jika nak kurus, diet pasti menjadi perkara pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda mengenai diet mengikut golongan darah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    penutup mulut dan hidung

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    wabak penyakit dan pelajar

    Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan