Mesin ATM Beras Bantu Golongan B40? Bagusnya Kalau Ada Banyak Di Malaysia, Lagi-lagi Masa PKP Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Ramai pihak yang terkesan angkara COVID-19, apatah lagi pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Malahan, ramai juga yang hilang punca pendapatan. PKP juga memberikan impak yang amat besar terhadap golongan berpendapatan rendah atau lebih dikenali sebagai golongan B40. 

Untuk mengetahui berkenaan virus COVID-19 dengan lebih lanjut, ikuti penerangannya melalui video di bawah ini.

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Hello Doktor 发布于 2020年2月15日周六

Bagi golongan B40 yang biasanya bergantung kepada punca pendapatan secara harian, mereka mungkin putus bekalan makanan memandangkan tidak menerima gaji sepanjang fasa PKP berlangsung.

Oleh itu, beberapa usaha digerakkan oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara bagi membantu golongan B40 ini.

Antaranya dengan menyumbangkan pek makanan secara terus kepada keluarga-keluarga yang dikenal pasti.

Pada saat wabak COVID-19 menular dan jarak sosial diamalkan, apa kata jika kita memulakan inisiatif yang lebih inovatif dalam menyampaikan bantuan seperti yang dilakukan di Vietnam. Apakah ia?

Statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Mesin ATM beras untuk golongan B40

Baru-baru ini, seorang usahawan dari Vietnam, Hoang Tuan Anh, telah mencipta satu mesin ATM beras yang boleh beroperasi selama 24 jam.

Tujuannya hanyalah satu- menyediakan beras kepada golongan yang terjejas akibat ketiadaan wang untuk membeli sumber makanan sepanjang lockdown berlangsung di negara itu

Mesin tersebut akan memberikan sebanyak 1.5 kilogram beras kepada setiap penerimanya.

Selain di Ho Chi Minh City, mesin ATM beras juga telah dipasang di beberapa bandar besar yang lain seperti Hanoi, Hue dan juga Danang. 

Sementara itu, untuk memahami siapakah golongan yang berisiko dijangkiti COVID-19, sila lihat kepada infografik di bawah ini.

golongan b40

Pada ketika ini, negara Vietnam sedang menjalankan fasa lockdown yang bermula sejak 31 Mac yang lalu.

Sejak itu, banyak perusahaan kecil terpaksa diberhentikan operasinya buat sementara waktu dan ribuan pekerja juga hilang pekerjaan.

Namun, sejak mesin ATM beras ini muncul, ia telah mampu mengukirkan senyuman kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat ketiadaan punca pendapatan semasa lockdown ini dilaksanakan. 

Mesin ATM beras di masjid

Inovasi seperti ini bukan hanya wujud di Vietnam, tetapi juga di beberapa negara jiran lain seperti Indonesia.

Terbaharu, sebuah masjid yang terletak di Kabupaten Tabalong, Indonesia turut menyediakan mesin yang sama bagi golongan yang susah untuk mendapatkan bekalan beras.

Masjid Al Mukhlisin yang terletak di Kelurahan Mabuun, Kabupaten Tabalong ini telah bekerjasama dengan sebuah syarikat, PT Pamapersada Nusantara untuk menyiapkan mesin ATM beras.

Usaha ini dilakukan sejurus selepas wabak COVID-19 melanda negara tersebut dan lockdown mengambil tempat.

Artikel berkaitan:

4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu

Mesin itu boleh diakses dengan menggunakan kad khusus yang akan diimbas terlebih dahulu sebelum penerimanya boleh mendapatkan beras.

Mesin tersebut akan mengeluarkan sebanyak 2.5 kilogram beras untuk seorang penerima, dan hanya boleh diambil sebanyak sekali dalam seminggu.

Bantuan beras pula disumbangkan oleh pihak syarikat, para dermawan serta jemaah di masjid tersebut.

Usaha ini juga dijalankan sebagai satu cara untuk membantu mereka yang putus bekalan beras pada saat lockdown dilaksanakan bagi menyekat penularan wabak COVID-19 di seluruh negara itu.

Adakah mesin ATM beras pernah ada di Malaysia?

golongan b40

Ya, inisiatif seperti ini juga pernah dilaksanakan di Malaysia sebelum ini.

Pada Februari 2019, sebuah masjid di Kuala Lumpur telah mengambil idea mesin ATM beras dari Indonesia ini untuk diadaptasikan pula di Malaysia. 

Mesin ATM beras tersebut terletak di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah dianggap sebagai mesin ATM beras pertama yang seumpamanya di Malaysia.

Tujuannya adalah untuk membantu memudahkan golongan B40 yang kebanyakannya golongan asnaf untuk mendapatkan bekalan beras. 

Artikel berkaitan:

Kaedah yang digunakan juga adalah mirip dengan sistem mesin ATM beras yang terdapat di Indonesia.

Penerima perlu mengimbas kad mereka pada sensor mesin. Kemudiannya, mesin tersebut akan mengeluarkan sebanyak 2 kilogram beras bagi setiap penerima.

Selain mengeluarkan beras, mesin ini juga menerima sumbangan orang ramai dalam bentuk wang untuk tujuan pembelian beras.

Mereka yang berminat boleh membuat sumbangan dengan cara mendepositkan wang tunai melalui slot khas wang yang terdapat pada mesin ini.

Masih banyak ATM beras diperlukan pada waktu PKP

atm beras

Pada saat wabak COVID-19 ini melanda, amatlah sesuai jika idea mesin ATM beras ini dipasang di kawasan-kawasan yang didiami ramai golongan B40. 

Apatah lagi pada waktu PKP sedang berlangsung, ramai daripada golongan B40 ini sebenarnya sudah terputus bekalan makanan selain tidak mempunyai punca pendapatan buat sementara waktu.

Cuba kita bayangkan, si ibu yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu pada hari-hari biasa, tidak dapat meneruskan kerjanya pada waktu PKP sedang berlangsung.

Barang dapur semakin susut hari demi hari bahkan wang simpanan yang dimilikinya juga semakin habis.

Oleh itu, jika pelaksanaan mesin ATM beras ini dapat diperbanyakkan dan diperluaskan, ia sememangnya amat membantu golongan B40 ini.

Mereka tidak perlu lagi menunggu bantuan makanan untuk tiba ke rumah mereka kerana boleh mendapatkan sendiri beras di mesin ATM ini pada waktu mereka memerlukannya.

Selain itu, kewujudan mesin ATM ini juga sebenarnya mampu mengelakkan keciciran dalam pemberian sumbangan atau bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kredit gambar: Giam Dau Kinh Te

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca artikel berkaitan:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan