Suami KANTOI Curang Apabila ‘Bawa’ Balik Virus COVID-19 Pada Isteri, Adoi!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Seluruh dunia kini sedang dilanda pandemik wabak COVID-19 yang akan terus mengganas jika kita gagal mengawalnya dengan baik.

Negara kita juga tidak terkecuali. Berikut adalah statistik kes terkini di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Ketika virus korona baharu ini sedang berleluasa, macam-macam cerita yang kita dengar.

Terbaharu, ada satu kes seorang lelaki yang kantoi main kayu tiga dengan isterinya sehingga terkena COVID-19!

Adakah cerita ini benar atau sekadar rekaan?

Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

Main kayu tiga belakang isteri

seks virtual

Seorang lelaki yang sudah berkahwin didapati positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin selama beberapa hari selepas membuat kunjungan ke Itali bersama perempuan simpanannya.

Lelaki warganegara UK yang berusia lingkungan 30-an itu membuat pengakuan bahawa dia berlaku curang di belakang isterinya kepada penyelia kesihatan awam di utara negara itu.

Apa yang lebih mengejutkan, isteri kepada lelaki itu tidak tahu suaminya main kayu tiga!

Selepas disiasat, didapati bahawa isteri malang itu sedang menjalani kuarantin di rumah mereka dan menyangka suaminya itu masih berada di UK untuk bekerja.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Kedegilan Anda Boleh Membunuh Orang Tersayang! HADKAN Pergerakan Hingga 31 Mac 2020!

Lelaki positif COVID-19 akibat main kayu tiga?

Kisah yang agak lucu dan tragis dalam masa yang sama ini bermula apabila lelaki tersebut menipu isterinya dengan mengatakan dia terpaksa membuat lawatan kerja di sekitar negara sahaja.

Selepas mendapat green light dari isteri, dia terus menghubungi kekasih gelapnya dan mengajaknya untuk terbang ke Itali ekoran harga tiket penerbangan yang sedang murah akibat penularan virus korona baharu.

Sekembalinya ke UK, dia mengalami beberapa simptom COVID-19 berlaku iaitu demam, selesema dan sakit tekak.

Dia yang agak risau dengan keadaan dirinya itu kemudiannya telah pergi ke klinik untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.

Berikut adalah antara simptom lain virus korona baharu:

covid

Hasilnya, doktor mengesahkan dia dijangkiti virus korona baharu dan dia perlu memberitahu setiap cerita mengenai perjalanannya ke Itali itu.

Inilah yang membuatkan lelaki ini kantoi.

Pengakhiran kepada cerita ini dikatakan si suami yang curang dan perempuan simpanannya itu terpaksa menjalani kuarantin selama beberapa hari.

Apa yang memilukan, isterinya juga sudah diberitahu tentang perlakuan sumbang suaminya dan terpaksa juga menjalani kuarantin.

Jangan keluar negara ketika pandemik COVID-19!

covid

Pengajaran yang boleh kita perolehi melalui kisah ini adalah jangan berlaku curang dengan pasangan anda.

Lihat sahaja lelaki ini, dia telah dijangkiti oleh COVID-19 gara-gara nafsu.

Namun, itu hanyalah sekadar selitan sahaja.

Pengajaran sebenar yang perlu kita belajar adalah jangan keluar negara ketika virus korona baharu ini sedang giat tersebar lebih-lebih lagi ke negara yang terjejas teruk seperti Amerika Syarikat, Itali, Perancis, China dan lain-lain.

Jangan disebabkan oleh harga tiket penerbangan yang murah, anda terpedaya lantas membuat keputusan yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Pun begitu, ada sesuatu yang boleh dipuji terhadap kelakuan lelaki ini.

Tidak, ia bukanlah tentang kecurangannya itu.

Dia wajar dipuji kerana pantas mendapatkan diagnosis dan rawatan sebaik sahaja mengesyaki simptom COVID-19 wujud pada dirinya.

Selain itu, dia juga tidak menipu sejarah perjalanan seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

Dia juga memberitahu dengan tepat lokasi dan teman semasa melancongnya itu.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Akhir kata, perbuatan main kayu tiga ini memang tidak wajar dilakukan lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 ini sedang melanda.

Anda hanya akan membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain.

Sebaik-baiknya, ikutilah perintah kerajaan untuk kekal duduk di rumah dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar semua nyawa yang anda sayangi akan selamat. #stayathome

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil Positif COVID-19 Balik Kampung, Apa Langkah Kena Buat Jika Mak Buyung Dijangkiti?

Kita sedar risiko jangkitan coronavirus kepada individu. Tetapi bagaimana pula jika seorang ibu hamil positif COVID-19, adakah kesannya lebih bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

Sakit Tekak Biasa Atau Disebabkan COVID-19? Ini Cara Kenal Pasti Simptom Jangkitan Coronavirus

Pelbagai jenis simptom telah dikaitkan dengan jangkitan virus korona baharu, antaranya adalah demam, sakit tekak dan batuk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 01/06/2020

Sifar Kes Baharu 7 Hari Berturut-Turut, Ini Kejayaan New Zealand Basmi Wabak COVID-19

Kes baharu COVID-19 di New Zealand sudahpun mencecah angka sifar. Beberapa negara di Asia juga menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

Baru-baru ini, laporan kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% ekoran perintah berkurung yang dikenakan oleh kerajaan sepanjang musim COVID. Kenapa ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 29/05/2020

Artikel lain untuk anda

seks dengan kondom

Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020
pandemik covid-19

Ada Yang Baik Semasa Pandemik COVID-19, Pakar Kata Ramai Orang Lebih GEMBIRA, Ini Sebabnya…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020
kondom bocor

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
tempat kerja

Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020