Perintah Kawalan Pergerakan, Langkah Efektif Bendung Korona Virus Di Malaysia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Penularan wabak korona virus (COVID-19) semakin menjadi-jadi. Gelombang kedua telah memperlihatkan peningkatan jumlah kes secara mendadak daripada 22 pesakit hingga melebihi angka 500. 

Jika dilihat pada graf jumlah kes baru yang didiagnosis, ia membentuk satu lengkungan pertumbuhan eksponen (exponential growth) yang merupakan tanda peningkatan pesat. 

Ini bermakna, tanpa tindakan susulan, jumlah kes berpotensi untuk meningkat sebanyak dua hingga tiga kali ganda setiap hari

Melihat kepada tanda amaran tersebut, pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan langkah kawalan pergerakan (movement control order) bagi membendung jangkitan korona virus di Malaysia

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

67,169

Disahkan

9,196

Sembuh

363

Kes Kematian
Peta sebaran

Oleh sebab jangkitan pandemik jarang berlaku, arahan ini juga jarang dikeluarkan. Perkara ini menyebabkan ramai netizen yang keliru berkenaan dengan kawalan pergerakan.

Apa maksudnya? Adakah ia sama dengan perintah berkurung (curfew) atau lockdown?

Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Kurang penjelasan berkenaan dengan arahan yang dikeluarkan

korona virus

Setakat ini, pihak atasan hanya mengisukan perintah kawalan pergerakan dan menyenaraikan beberapa aspek yang perlu dipatuhi. Namun, penjelasan terhadap arahan itu sendiri masih samar. 

Berbeza dengan perintah lockdown, penutupan servis yang ada di dalam negara hanya tertumpu kepada perkhidmatan bukan kritikal.

Ini bermakna aspek keperluan manusia masih terjaga namun terbatas.

Rakyat masih lagi boleh pergi membeli barang keperluan di pasar raya namun perlu mengamalkan konsep jarak sosial.

Sistem pendidikan telah ditutup serta-merta di seluruh negara dan pelancong asing akan melalui sekatan kastam.

Mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk bagi mengelakkan penularan jangkitan korona virus di Malaysia.

Baca juga:

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh salah faham di antara konsep lockdown dan kawalan pergerakan, terdapat banyak kiriman di media sosial yang tular dengan perkara ini.

Namun, adakah salah faham ini berpunca daripada sikap mereka sendiri?

Salah faham ini bukan sahaja dialami oleh individu yang tidak berlatarbelakangkan bidang kesihatan.

Pakar juga mempunyai pelbagai jenis intepretasi dengan perintah kawalan pergerakan ini namun mereka faham, ia dilaksanakan bagi mencapai hasil yang sama.

Ada yang menganggap perintah kawalan pergerakan ini sebagai langkah separa lockdown. Terdapat banyak sekatan aktiviti yang dilakukan kepada individu dan jika tiada tujuan penting, mereka tidak dibenarkan berada di luar rumah.

Pergerakan setiap individu perlu berada pada jarak tertentu dan tidak boleh secara berkumpulan.

Berbeza dengan perintah berkurung secara total, setiap individu masih lagi boleh keluar rumah untuk membeli keperluan asas.

Strategi turunkan jumlah kes korona virus di Malaysia

korona virus

Tindakan yang diambil oleh kebanyakan negara di seluruh dunia berkenaan dengan pengisytiharan lockdown atau perintah kawalan pergerakan adalah berdasarkan rumusan matematik dan bukan ramalan semata-mata. 

Saranan jarak sosial yang diajukan adalah untuk menyekat penularan virus berdasarkan kepada keupayaannya untuk ‘melompat’ dari satu individu kepada individu yang lain pada kadar yang cepat.

Dalam model jangkitan, secara idealnya, kecenderungan peningkatan graf perlu berada pada jumlah individu yang sembuh berbanding dengan individu yang dijangkiti.

Dalam situasi tersebut, kita boleh simpulkan bahawa langkah pencegahan yang diambil berkesan.

Walau bagaimanapun, kita sekarang sedang menyaksikan model yang bertentangan dengan konsep ideal tersebut. Jumlah mereka yang dijangkiti meningkat lebih laju berbanding dengan mereka yang sembuh. 

Artikel berkaitan:

62% Penyebaran COVID-19 Daripada Kluster Tabligh, Adakah Ia Akan Berakhir Atau Makin Teruk?

Setakat ini, di seluruh dunia, jumlah mereka yang disahkan positif korona virus hampir mencecah 200,000 individu. Namun, mereka yang sembuh pula masih belum mencapai angka 100,000.

Konsepnya mudah, selagi ada bekalan manusia untuk virus COVID menjangkiti, selagi itulah jumlah kes positif akan memuncak naik. 

Namun, mengikut pada model jangkitan tersebut, apabila jumlah mereka yang dijangkiti sudah melebihi jumlah majoriti bagi satu populasi, bilangan mereka yang sembuh akan meningkat dengan laju.

Mungkin kedengaran mudah, namun, dalam simulasi jangkitan, jumlah sampel yang digunakan kebiasaannya pada sekitar ratusan atau ribuan. 

Malaysia mempunyai populasi penduduk melebihi 30 juta. Ini bermakna, jika dilihat pada graf, pola bagi mereka yang dijangkiti akan terus meningkat dalam satu jangka masa yang lama, sebelum ia melebihi jumlah majoriti.

Kawalan pergerakan sebagai alternatif untuk sekat kemaraan korona virus

korona virus

China pernah mengimplementasikan teknik kuarantin secara paksaan namun ia tidak berkesan. Konsep teori berkaitan dengan teknik tersebut boleh dikira masuk akal namun tidak praktikal. 

Pengisytiharan lockdown turut memberikan implikasi yang hampir sama. Jika anda tidak dibenarkan keluar rumah langsung, maka kita akan mengalami keadaan di mana jumlah kes positif korona virus turun secara mendadak.

Namun ia bukanlah bermaksud penularan COVID-19 berjaya dihentikan. Perkara itu terjadi kerana penduduk termasuk yang mengalami simptom lebih cenderung untuk tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan. 

Oleh sebab laporan angka positif COVID bergantung kepada jumlah kes yang didiagnosis, maka, pihak kerajaan tidak akan mendapat gambaran yang jelas berkenaan dengan situasi wabak yang sebenar.

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020

Idea di sebalik perintah kawalan pergerakan adalah untuk menggalakkan amalan jarak sosial. Ini bermakna, jika seseorang itu dijangkiti oleh korona virus, sukar untuk mereka menyebarkannya kepada individu lain berikutan kurang pergerakan penduduk. 

Tambahan pula, berbeza dengan perintah lockdown, mereka masih boleh pergi ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan dan isolasi jika perlu.

Perkara ini berpotensi untuk menghalang penularan virus menyebabkan penurunan pada kadar mereka yang dijangkiti. 

Konklusi

Oleh sebab kes korona virus di Malaysia semakin meningkat, penulis ingin menggalakkan pembaca untuk mematuhi perancangan kerajaan dalam melaksanakan perintah kawalan pergerakan.

Jika anda ingin keluar rumah, pastikan ia untuk perkara yang mustahak. Bagi yang mengalami simptom COVID, dapatkan rawatan dari fasiliti kesihatan dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Kita semua tahu bahawa suhu badan manusia perlu diperiksa sebelum masuk sesuatu tempat angkara COVID-19. Selain di dahi, bolehkah scan di tangan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 08/10/2020 . 2 minit bacaan

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    penutup mulut dan hidung

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
    diabetes anak

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan