Persiapkan Diri, Tun M Bagi Amaran Rakyat Malaysia Kawal Nafsu Berbelanja Selepas PKP

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) telah dikuarantinkan pada 19 Mac 2020 berikutan mengalami kontak rapat dengan individu yang telah disahkan positif virus korona baharu (COVID-19).

Pada ketika itu, beliau, dengan sukarelanya, menjalani kuarantin di kediamannya bagi mengelakkan penularan wabak sekiranya disahkan positif. 

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

165,371

Disahkan

9,196

Sembuh

619

Kes Kematian
Peta sebaran

Negarawan yang berusia 95 tahun itu pernah mengambil gambar dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang telah disahkan positif COVID pada 17 Mac 2020.

Wabak virus korona baharu merupakan wabak pertama di dalam keluarga coronaviridae yang telah diisytiharkan sebagai jangkitan pandemik.

Jumlah mereka yang dijangkiti menghampiri 3 juta dan angka kematian telahpun melebihi 150,000 individu.

Walaupun keadaan di Malaysia sudah semakin baik, nasihat Tun M adalah perkara yang lebih mencabar akan berlaku selepas wabak pulih.

Keadaan ekonomi negara semakin teruk dan rakyat perlu mengamalkan gaya hidup bersederhana.

Perintah kawalan pergerakan berkesan, rakyat diseru patuh nasihat kerajaan

Suatu ketika dahulu, Tun M kekal ceria meskipun berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID.

Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.

Susulan daripada perlaksanaan PKP, kita berjaya turunkan jumlah kes baharu daripada 3 kepada 2 angka.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk mematuhi arahan kuarantin sekiranya disahkan positif oleh doktor.

Perkara ini bukan sahaja bagi memastikan jumlah mereka yang dijangkiti menurun malah untuk menjaga keharmonian sejagat. 

Baca juga:

Betulkah Wabak COVID-19 TIADA Pengakhiran? Betullah 3 Teori Yang Tersebar Ini?!

Jika kita mengingkari arahan tersebut, individu lain (kontak rapat) akan turut mengalami implikasi yang sama sekiranya anda mempunyai jangkitan COVID.

Simptom tidak boleh menjadi satu tanda aras bagi jangkitan wabak tersebut.

Ini berikutan kebanyakan individu tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal jangkitan. 

Menurut satu kajian, di Singapura, 48% jangkitan yang berlaku adalah disebabkan oleh individu yang berjangkit tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.

Usaha keras pihak kerajaan boleh menjadi sia-sia sekiranya rakyat mengingkari perlaksanaan PKP yang kini sudah berada di fasa ketiga.

“Cabaran sebenar bagi rakyat Malaysia masih lagi belum bermula” nasihat Tun M

tun m

Ramai yang menarik nafas lega apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan jumlah kes yang jauh lebih rendah berbanding PKP fasa 2.

Jika keadaan ini berterusan, kita berpotensi untuk membasmi wabak pandemik ini lebih awal berbanding dengan negara lain.

Namun, itu bukanlah satu perkara yang boleh digembirakan.

Menurut Tun M, apabila sektor industri kembali aktif, penurunan pada kadar pendapatan mungkin berlaku.

Kita tidak boleh mengharapkan bulan dan bintang memandangkan wabak virus korona baharu telah menyebabkan majikan mengalami kerugian.

Oleh itu, pemotongan gaji pekerja boleh berlaku sehinggalah tahap ekonomi negara kembali pulih.

Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita perlu mempersiapkan diri menghadapi gelombang penurunan kadar pendapatan yang bakal berlaku kelak.

Perubahan gaya hidup dilihat sebagai salah satu aspek penting yang boleh membantu rakyat mengharungi kegawatan tersebut.

Tun M telah menggunakan analogi pemain bola sepak sebagai contoh.

Oleh sebab tiada perlawanan yang diadakan sepanjang musim wabak, pihak pengurusan tidak memperolehi sebarang pendapatan.

Maka, gaji pemain bola sepak tidak akan sama dengan apa yang pernah mereka perolehi dahulu.

Kos hidup dan perbelanjaan bulanan perlu diturunkan. Mungkin ada dalam kalangan kita yang perlu melakukan lebih daripada 1 kerja untuk menampung kos hidup.

Ada lagi nasihat Tun M buat mereka yang menganggur sepanjang PKP

virus korona

Ramai individu yang kehilangan kerja disebabkan oleh PKP.

Perkara tersebut sememangnya tidak dapat dielakkan bagi mengawal penularan wabak virus korona.

Namun, nasihat Tun M, ia tidak bermakna rakyat tidak boleh berbuat apa-apa.

Anda mungkin berminat:

Bagi yang mengalami masalah kewangan dan hilang pekerjaan, cari kerja baru yang meningkat permintaannya sepanjang PKP sedang berlangsung.

Jika anda mempunyai kenderaan, anda boleh mendaftarkan diri dalam servis penghantaran makanan.

Kalau anda merupakan tukang masak yang tidak boleh bekerja, masak di rumah dan hantar makanan kepada pelanggan.

Tun M menegaskan kita perlu fleksibel dan berubah mengikut keperluan semasa.

Sepanjang wabak, perlaksanaan perniagaan berubah mengikut polisi semasa.

Ia merupakan satu pengalaman baharu yang perlu diterapkan sepanjang musim wabak.

PKP perlu dipatuhi maka hendak atau tidak, jenis pekerjaan yang ada terhad.

Konklusi

coronavirus

Temubual eksklusif yang dilakukan oleh TV3 berkenaan dengan pengalaman Tun M ketika kuarantin menunjukkan beliau komited untuk membantu menghapuskan wabak ini.

Menurut beliau, disiplin merupakan aspek terpenting dalam memastikan seseorang individu itu mematuhi arahan untuk berkuarantin.

Walaupun tidak boleh keluar dari rumah dan bertemu dengan orang lain, Tun M kekal positif dan bersyukur kerana masih hidup.

Marilah bersama-sama kita contohi komitmen Bekas Perdana Menteri kita dan mematuhi perintah kawalan pergerakan yang diisytiharkan oleh kerajaan.

Elakkan kontak rapat dengan individu lain.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Selepas Donald Trump, Kini Elon Musk Pula Sahkan Dijangkiti Wabak Covid-19?

Ya, pandemik covid 19 ini masih belum tamat dan telah menjangkiti ramai orang tanpa mengira siapa. Terkini, Elon Musk pula dikatakan dijangkiti wabak ini..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 03/12/2020 . 2 minit bacaan

Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

Pilihan raya semasa musim coronavirus COVID-19 yang pernah dijalankan di Sabah mengajar kita akan kepentingan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 19/11/2020 . 4 minit bacaan

Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

Penggunaan penutup mulut dan hidung amat penting bagi memerangi wabak koronavirus. Kini, ramai yang guna pelindung muka. Jadi, mana satukah yang lebih elok?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Coronavirus, COVID-19 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

Kajian terbaru mendedahkan lelaki lebih banyak terkena tempias virus corona berbanding wanita. Klik artikel untuk ketahui sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Coronavirus, COVID-19 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

virus korona

Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
vaksin virus

Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
wabak virus covid 19

Lagi Berita Selebriti Antarabangsa Dijangkiti COVID-19, Kini Giliran Pengacara Ellen DeGeneres Pula!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/12/2020 . 2 minit bacaan
virus korona baharu

Sudah Diluluskan! Tak Perlu Ke Hospital, Periksa COVID-19 Di Rumah Saja, Bila Boleh Mula?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 09/12/2020 . 3 minit bacaan