Lagi Korban COVID-19 Dari Kluster Tabligh Sulawesi Pula, Kontak Rapat Tersebar Dari Perhimpunan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Ramai individu sudah sedia maklum aktiviti kluster boleh mempercepatkan proses penularan wabak virus korona baharu (COVID-19).

Lihat sahaja perhimpunan kluster tabligh yang diadakan di masjid Sri Petaling. 

Walaupun pada ketika itu, tiada arahan rasmi yang melarang untuk berkumpul, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan setiap individu untuk menghindari aktiviti berkumpulan.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

28,640

Disahkan

9,196

Sembuh

238

Kes Kematian
Peta sebaran

Kesannya, jumlah kes positif di Malaysia banyak melibatkan kluster jemaah pada fasa awal perlaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Baru-baru ini, seorang peserta perhimpunan kluster tabligh yang diadakan di Sulawesi telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak.

Adakah KKM perlu memberikan tumpuan kepada golongan tersebut memandangkan mereka berisiko untuk mendapat jangkitan?

Kontak rapat bukan berlaku dalam kalangan kluster tabligh sahaja

tabligh

Apabila berbicara mengenai konsep kontak rapat, ia tidak berlaku pada hari kejadian sahaja.

Sebagai contoh, jika anda menghadiri sebarang aktiviti kluster, kelak, anda akan pulang ke rumah dan berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain.

Oleh sebab mereka yang dijangkiti COVID-19 kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang simptom, jangkitan boleh tertular.

Ia berupaya untuk beralih daripada seorang ke individu lain dengan mudah. 

Model penyebaran jangkitan ini sukar untuk dielakkan dan kakitangan kesihatan perlu bertanyakan secara terperinci sewaktu proses temu ramah dengan peserta kluster tabligh.

Mereka akan ditanya berkenaan dengan aktiviti dan interaksi bermula dari hari mereka menyertai perhimpunan tersebut.

Proses ini sukar untuk dilakukan terutamanya jika pesakit bukan jenis yang berterus terang.

Baca juga:

covid

Mangsa kematian ke 63 itu merupakan seorang lelaki yang berusia 71 tahun dan berasal dari Perlis.

Dia telah menghadiri perhimpunan kluster tabligh di Sulawesi selama 7 hari bermula pada 17 Mac 2020.

Tarikh tersebut adalah selepas wabak jangkitan COVID-19 telah diiktiraf sebagai jangkitan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Perhimpunan berskala besar boleh menyebabkan kesan yang sangat drastik lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan peserta dari banyak negara.

Walaupun perhimpunan kluster tabligh di Sulawesi itu telah dibatalkan oleh kerajaan Indonesia, tapi sebahagian besar daripada mereka telah tiba lebih awal di sana.

Kerajaan berusaha keras untuk kesan peserta aktiviti kluster 

tabligh

Bukan sahaja kluster tabligh Sri Petaling dan Sulawesi yang menjadi tumpuan.

Mereka yang menghadiri perhimpunan kluster tabligh di Delhi juga menjadi sasaran KKM untuk ujian saringan COVID-19.

Perhimpunan tersebut melibatkan peserta berjumlah 9,000 orang dan kira-kira 2,300 daripadanya dikenal pasti sebagai warga negara Bangladesh, Indonesia dan Malaysia.

Pihak kerajaan di India sedang berusaha keras mengesan mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.

Portal berita Times of India telah melaporkan berkenaan dengan seorang wanita warganegara Malaysia yang telah disahkan positif wabak tersebut.

Peserta kluster perlu mempunyai kesedaran berkenaan dengan keagresifan COVID-19.

Ia bukan sahaja bagi menjaga kepentingan diri, malah keluarga dan masyarakat agar tiada yang dijangkiti oleh wabak virus tersebut.

Artikel berkaitan:

Kalau Pergi Jumpa Doktor Kerana COVID-19, Jangan Sorok/Tipu Sejarah Perjalanan Anda – Ini AKIBATNYA!

Langkah mudah yang boleh diambil jika anda merupakan seorang peserta kluster tabligh yang belum diuji adalah dengan menghadirkan diri ke fasiliti kesihatan terdekat.

Ujian saringan tersebut boleh menyelamatkan nyawa anda dan individu di sekeliling anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    pelitup muka

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan