
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
COVID-19 di Malaysia sudah mula mengekalkan bilangan kadar kes baharu antara 130 ke 160 kes sehari sejak 27 Mac yang lalu.
Ini menunjukkan tiada peningkatan kes secara mendadak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ia mula menunjukkan kesan positif secara perlahan-lahan.
Artikel berkaitan:
- #StayAtHome : Sebab Di Sebalik Perintah Kawalan Pergerakan, Kenduri Pun Kena Cancel!
- Perintah Kawalan Pergerakan, Langkah Efektif Bendung Korona Virus Di Malaysia
Penguatkuasaan PKP tidak akan menghapuskan jangkitan kes COVID-19 secara 100%, tetapi ia sangat membantu dalam mengekang jangkitan ini daripada menular dengan lebih mudah atau lebih pantas.
Fahami bagaimana virus ini merebak melalui video ini.
Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?
Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus
Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020
Berikut adalah statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia:
155,095
9,196
594
Bilangan kes semasa menunjukkan perkembangan positif

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER), bilangan kes baharu yang dilaporkan setiap hari tidak sama seperti yang mereka jangkakan.
Melalui perbandingan trajektori yang dikeluarkan oleh MIER bermula 24 Mac 2020 hingga 30 Mac 2020, kita dapat lihat beberapa perkara penting seperti berikut:
- Bilangan kes COVID-19 yang dilaporkan adalah lebih rendah berbanding bilangan kes yang dijangkakan oleh MIER.
- Purata peningkatan kes dari hari ke hari selama 7 hari yang dijangkakan sebelum ini adalah sebanyak 12.51%. Manakala kadar peningkatan sebenar yang dilaporkan adalah sebanyak 7.49% dengan perbezaan margin sebanyak 5.02%.
- Ini menunjukkan bahawa peningkatan kes COVID-19 yang baharu dalam tempoh tersebut telah menunjukkan kadar yang lebih rendah berbanding apa yang dianggarkan sebelum ini.
- Walaupun masih terlalu awal bagi membandingkan kadar ini, ia jelas menunjukkan terdapat kesan yang signifikan melalui pelaksanaan PKP dengan kadar pesakit baharu yang positif jangkitan COVID-19.Â
2,359 sukarelawan kesihatan daftarkan diri
Sementara itu, semakin ramai individu di seluruh negara bertindak mendaftarkan diri mereka untuk menjadi sebahagian daripada barisan hadapan negara menentang wabak COVID-19 ini.Â
Sejak pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka ruang untuk mana-mana individu menjadi sukarelawan kesihatan, 2,359 orang telahpun menawarkan diri mereka untuk sama-sama terlibat membantu negara.Â
Artikel berkaitan:
- KKM Isytihar Khidmat Pemeriksaan Virus Corona Di Rumah
- Pesara Doktor Mungkin Dipanggil Berkhidmat Lawan COVID-19, Bukan Ke Orang Tua Lebih Berisiko?
Berikut adalah kategori dan bilangan sukarelawan kesihatan yang telah mendaftar bersama KKM:
- 65 orang Pakar Perubatan pelbagai bidang
- 159 orang Pegawai Perubatan
- 909 orang Jururawat
- 220 orang Juruteknologi Makmal Perubatan
- 704 orang Penolong Pegawai Perubatan
- 106 orang Juru X-ray
- 56 orang Fisioterapi
- 70 orang Pegawai Sains (Mikrobiologi)
- 7 orang Pegawai Farmasi
- 44 orang Penolong Pegawai Farmasi
- 11 orang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- 2 orang Pegawai Psikologi
- 6 orang Kaunselor
Artikel berkaitan:
12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!
Pihak KKM masih mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan kesihatan dan sesiapa sahaja yang ingin berkhidmat bersama KKM bagi melawan jangkitan COVID-19 ini.
Bagi anda yang ingin menyertai pasukan sukarelawan kesihatan ini, anda boleh mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID seperti yang tertera di bawah ini:
Jika anda ingin berkhidmat di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan lain-lain, sila klik dan isi borang ini.
Manakala bagi mereka yang ingin berkhidmat di hospital-hospital KKM, anda boleh klik dan mengisi borang di pautan ini.
Seruan untuk terus kekal di rumah
Walaupun perkembangan positif ini mungkin melegakan hati ramai pihak, tidak bermakna kita sudah boleh keluar rumah sesuka hati dan berfikir bahawa kita sudah bebas daripada ancaman jangkitan. Â
Kami menyeru agar anda semua kekal berada di rumah masing-masing dan patuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.
Anda boleh lakukan senaman seperti yang ditunjukkan melalui infografik di bawah ini.
Bagi mereka yang mungkin mempunyai lebih banyak masa yang terluang, anda boleh menyertai pasukan sukarelawan kesihatan dan berkhidmat sebagai antara barisan hadapan negara melawan kes COVID-19.
Inilah masanya untuk anda buktikan sumbangan dan pengorbanan anda kepada masyarakat dan negara.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga:
- Elak COVID-19, Perkuatkan Imun Tubuh Dengan 7 Cara Mudah Ini Saja- No 3 Paling SYOK!
- Usia Muda BUKAN Jaminan Terlepas Dari COVID-19, Bahkan Boleh Dapat Simptom Lagi Teruk!
- Risau Dijangkiti COVID-19 Kalau Makan Ayam, Lembu? Ini FAKTA Yang Perlu Anda Tahu!
- Tiada Simptom Tak Bermakna Anda Bebas Covid-19, Hati-hati Dengan Penyebar Virus Dalam Diam!
- Bukan Main-main! AMARAN Perokok 14x Ganda Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.