#StayAtHome : Sebab Di Sebalik Perintah Kawalan Pergerakan, Kenduri Pun Kena Cancel!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Baru-baru ini, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula daripada 18 hingga 31 Mac 2020. Arahan ini bertujuan mengekang virus COVID-19 dengan cara mengehadkan pergerakan rakyat di dalam negara ini, terutamanya bagi sebarang perhimpunan sosial. 

Sehubungan dengan penguatkuasaan ini, hampir kesemua majlis, acara, mesyuarat, pertandingan, perkumpulan dan pelbagai jenis perhimpunan manusia dibatalkan.

Ada yang mungkin kurang jelas mengapa perintah ini dikuatkuasakan dan apakah kepentingannya kepada mereka. Kami kongsikan sebabnya di sini.

Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac

Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita perlu dilakukan dalam tempoh masa lebih kurang 2 minggu. Ini adalah salah satu cara untuk mewajibkan masyarakat dan rakyat Malaysia melakukan social distancing bagi mengekang penyebaran wabak ini

Sehubungan itu, sebarang pergerakan atau perhimpunan ramai termasuklah aktiviti keagamaan, acara sukan, sosial atau budaya perlu dibatalkan serta-merta. Kesemua institusi pendidikan seperti taska, sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi turut ditutup dalam tempoh ini. 

Rakyat Malaysia juga dilarang sama sekali untuk keluar negara dan kemasukan pelancong asing ke negara ini turut disekat. 

Kesemua premis agensi kerajaan dan juga swasta turut ditutup kecuali beberapa agensi perkhidmatan negara yang penting iaitu:

  • Air
  • Elektrik
  • Tenaga
  • Telekomunikasi
  • Pos
  • Pengangkutan
  • Pengairan
  • Minyak
  • Gas
  • Bahan api
  • Pelincir
  • Penyiaran
  • Kewangan
  • Perbankan
  • Kesihatan
  • Farmasi
  • Bomba
  • Penjara
  • Pelabuhan
  • Lapangan terbang
  • Keselamatan
  • Pertahanan
  • Pembersihan
  • Peruncitan
  • Bekalan makanan

Mengapa kesemua acara dan perkumpulan manusia seperti ini dibatalkan?

“Gabungan antara COVID-19 dan kesesakan manusia adalah satu kombinasi yang amat buruk,” jelas Dr. Robert Glatter, seorang Doktor Perubatan Kecemasan di Lenox Hill Hospital di New York.

Menurut Dr. Robert, apabila seseorang individu yang dijangkiti COVID-19 ini bersin atau batuk di persekitaran orang ramai, ia sebenarnya sudah menyebarkan virus tersebut kepada 2 atau 3 orang di sekelilingnya tanpa disedari. Malah bilangan yang dijangkiti juga boleh melebihi daripada anggaran jumlah tersebut.

Bahkan orang ramai juga mungkin tidak menyedari jika seseorang itu telah dijangkiti COVID-19 atau tidak, memandangkan virus boleh tersebar walaupun individu tersebut kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

Oleh sebab itu, sebarang perkumpulan manusia dalam himpunan yang besar amat dilarang. Tetapi ini juga tidak bermakna himpunan yang kecil seperti berada di kedai makan atau pasar raya tidak berisiko. 

Seseorang itu masih berisiko mendapat jangkitan virus COVID-19 kerana anda tidak tahu siapakah di antara anda yang berada di dalam pasar raya tersebut yang mungkin telah dijangkiti.

Seteruk manakah ia boleh merebak?

virus COVID-19

Ramai yang tidak tahu virus COVID-19 ini boleh merebak dengan sangat pantas. Kadangkala, ia boleh disebarkan oleh individu yang dia sendiri mungkin tidak tahu dirinya telahpun dijangkiti. 

Setakat ini, virus ini diketahui mampu merebak dari satu individu kepada individu yang lain yang berada dalam jarak kurang daripada 1 meter. Antara cara ia merebak adalah apabila seseorang itu mempunyai hubungan yang agak rapat atau hampir dengan individu yang dijangkiti.

Selain itu, ia juga menyebar kepada individu lain melalui titisan pernafasan seperti air liur yang keluar apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin.

Menurut kajian, jika seseorang yang dijangkiti itu bersin atau batuk, ia boleh menjangkiti orang yang berada di sekelilingnya dalam lingkungan 6 meter!

Apa yang lebih memburukkan keadaan, vaksin bagi perlindungan daripada COVID-19 ini masih lagi tidak tersedia dan saintis masih lagi dalam proses membangunkannya. 

Kepentingan untuk melakukan social distancing seperti Perintah Kawalan Pergerakan

virus COVID-19

Apakah yang dimaksudkan dengan social distancing? Social distancing adalah satu situasi di mana anda mengekalkan satu jarak yang selamat antara anda dan orang lain, sekurang-kurangnya 1 meter. 

Selain itu, ia juga bermakna anda perlu mengurangkan perhubungan dengan individu lain. Antara caranya adalah dengan mengelakkan penggunaan pengangkutan awam sekiranya boleh, mengurangkan pergerakan yang tidak perlu, bekerja dari rumah dan mengelakkan sebarang perjumpaan sosial.

Dengan melakukan social distancing, maka risiko untuk anda dijangkiti virus COVID-19 ini semakin berkurangan. Bukan itu sahaja, virus COVID-19 ini juga akan lebih sukar untuk merebak kepada individu lain terutama dalam komuniti anda. 

Apa yang perlu anda lakukan?

Walaupun anda mungkin menganggap diri anda sihat dan muda, tidak bermakna anda boleh keluar bersosial dan tidak dijangkiti virus ini. Virus COVID-19 ini tidak mengenal umur, bangsa, agama dan kekuatan imun tubuh anda. 

Kesemuanya berisiko untuk terjejas apabila sudah dijangkiti apatah lagi dengan ketiadaan vaksin khusus pada saat ini untuk merawat jangkitan virus COVID-19

Kami di Hello Doktor merayu kepada anda semua agar sentiasa melakukan langkah-langkah penjagaan kebersihan diri dengan maksimum. Duduk di rumah dan jangan melakukan sebarang pergerakan yang tidak perlu agar anda dapat mengurangkan sebarang risiko jangkitan. 

Ingatlah, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan bukan sahaja untuk menyelamatkan diri anda, tetapi juga nyawa individu lain. Sentiasa patuhi segala arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke masa. Please Stay At Home! 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

    Kajian terbaru mendedahkan lelaki lebih banyak terkena tempias virus corona berbanding wanita. Klik artikel untuk ketahui sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

    Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    penutup mulut dan hidung

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    wabak penyakit dan pelajar

    Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    keselamatan anak

    Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan