Sudah Diluluskan! Tak Perlu Ke Hospital, Periksa COVID-19 Di Rumah Saja, Bila Boleh Mula?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sudah hampir genap setahun kita dilanda dengan wabak pandemik virus korona baharu (COVID-19) dan sehingga kini, tiada tanda yang menunjukkan dunia semakin sembuh daripadanya.

Peningkatan jumlah kes semasa gelombang jangkitan kedua dan seterusnya di seluruh dunia menunjukkan potensi virus untuk mengalami mutasi dan terus menjangkiti umat manusia.

Walau bagaimanapun, saranan oleh badan kesihatan global masih lagi sama.

Penjarakan fizikal dan pemakaian topeng muka serta kawalan pergerakan pada kawasan tertentu boleh membendungnya dengan lebih berkesan.

Salah satu daripada usaha kerajaan di mana-mana negara adalah untuk mengesan jangkitan COVID-19 sebelum ia merebak.

Justeru, pelbagai jenis kaedah pengesanan dan ujian saringan telah dicipta bagi memudahkan perlaksanaan objektif tersebut.

Pada bulan November 2020, the Food And Drug Administration (FDA) telah memberikan kelulusan kecemasan pertama berkenaan dengan penggunaan kit ujian virus di rumah.

Kit tersebut telah dicipta oleh syarikat Lucira Health dan menurutnya, ia merupakan hasil daripada 5 tahun kajian.

Artikel ini akan membincangkan potensi kit ujian tersebut dan adakah ia boleh mengesan jangkitan virus bagi menghalang penyebarannya.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

169,379

Disahkan

9,196

Sembuh

630

Kes Kematian
Peta sebaran

Tahap ketepatan melebihi 90 peratus untuk mengesan jangkitan kuman paru-paru

Kelulusan kecemasan (EUA) yang diberikan oleh FDA telah menyatakan secara spesifik bahawa kit tersebut perlu digunakan di rumah.

Walau bagaimanapun, ia perlu dipreskripsikan oleh doktor yang merawat dan had usia pengguna adalah 14 tahun dan ke atas.

Jika lebih muda, swab hidung perlu dilakukan oleh golongan profesional.

jangkitan kuman paru-paru

Menurut Ketua Eksekutif (CEO) OVID therapautic, kit ujian tersebut boleh mengesan kehadiran virus pada tahap sensitiviti setinggi 94 peratus dan tahap spesifik setinggi 98 peratus.

Secara mudahnya, bagi mana-mana ujian saringan sensitiviti adalah parameter yang mengukur tahap keupayaan sesuatu ujian untuk mengesan individu yang berpenyakit.

Tahap spesifik pula adalah berdasarkan kepada kebolehan ujian untuk mengenal pasti individu yang tidak berpenyakit.

Oleh sebab penyebaran jangkitan virus COVID-19 mudah berlaku daripada satu ke individu yang lain, ketepatan ujian penting bagi membolehkan kita untuk mengisolasi pesakit daripada populasi sihat.

Artikel berkaitan:

Perlumbaan Hasilkan Vaksin COVID-19, Saingan Sengit Beri Manfaat Pada Pengguna

Syarikat yang mencipta kit ujian tersebut sedang dalam proses merekodkan keputusan dan diagnosis pesakit bagi memantau fungsi dan ketepatan kit ujian.

Penting bagi setiap pengguna untuk melaporkan keputusan ujian dan seterusnya dibandingkan dengan diagnosis sebenar bagi memastikan pemantauan boleh dibuat dengan lebih berkesan.

Mudah dan pantas, itulah kelebihan kit ujian baharu dalam mengesan virus COVID-19

Menurut FDA, terdapat dua cara yang boleh digunakan bagi mendiagnosis jangkitan virus korona baharu.

  1. Ujian antigen bagi mengesan protein spesifik.
  2. Ujian molekular yang mengesan maklumat genetik virus.

Kebanyakan kit ujian yang diluluskan oleh FDA memerlukan bantuan profesional kesihatan bagi mengambil sampel untuk dihantar ke makmal.

Bagi ujian yang pernah diluluskan untuk kegunaan rumah pula, sampel yang diambil sendiri oleh pesakit perlu dihantar ke makmal untuk tujuan analisis.

Keadaan ini memakan masa yang lama dan dalam tempoh waktu tersebut, jangkitan virus boleh tersebar.

Baca juga:

Walau bagaimanapun, kit ujian hasil ciptaan Lucira hanya memerlukan sampel yang diambil oleh pesakit untuk dicampurkan dengan cecair kimia yang kemudiannya dianalisis oleh peranti mudah alih.

Keputusan akan ditunjukkan dalam masa 30 minit melalui lampu yang dilabelkan positif atau negatif.

Ia merupakan sejenis kit ujian pengesanan virus yang pantas dan mudah untuk digunakan oleh pengguna amatur.

Situasi ini boleh mengubah corak pengesanan jangkitan selain daripada mengembalikan fungsi ekonomi negara memandangkan setiap individu boleh melakukannya sendiri di rumah.

Jika positif, maka mereka perlu mengisolasikan diri. Jika negatif, mereka perlu mengambil langkah pencegahan.

Buka ekonomi dan pelajar boleh kembali bersekolah

jangkitan kuman paru-paru

Itulah kesimpulan yang dibuat oleh pakar jika kit ujian sebegini boleh bertindak sebagai alat untuk mencegah jangkitan virus daripada terus merebak sementara menunggu kelulusan vaksin.

Namun, ada beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan seperti tempoh inkubasi virus, risiko negatif palsu dan teknik pengambilan sampel yang salah.

Kesemua faktor yang dinyatakan boleh mempengaruhi kecenderungan virus untuk tersebar di satu komuniti, atau lebih teruk, di seluruh negara.

Walaupun kebanyakan pakar teruja dengan perkembangan hasil ciptaan Lucira tersebut, keputusan untuk membuka kembali ekonomi dan sekolah perlu ditimbang tara dengan risiko jangkitan yang bakal melanda.

Jika seseorang itu disahkan negatif daripada jangkitan kuman paru-paru COVID-19, walhal mereka positif (negatif palsu), ia boleh memberikan implikasi tidak baik terhadap tahap kesihatan masyarakat.

Namun, keringanan boleh diberikan kepada sektor ekonomi tertentu sekiranya kita sudah mempunyai alternatif untuk mengesan jangkitan virus korona baharu.

Saintis masih lagi sedang bertungkus lumus menyediakan vaksin dan kebanyakan daripadanya sedang menjalani ujian fasa akhir sebelum ia boleh dipasarkan ke seluruh pelosok dunia.

Konklusi

Kit ujian yang dianalisis oleh peranti mudah alih mungkin kelihatan seperti satu berita baik buat seluruh umat manusia. 

Namun, lebih banyak data diperlukan untuk memastikan tahap ketepatannya dalam mendiagnosis jangkitan kuman paru-paru COVID-19.

Setiap ujian mempunyai risiko negatif palsu kesan daripada tempoh inkubasi yang berbeza bagi setiap pengguna positif.

Jika peratusan perkara tersebut untuk berlaku tersangatlah rendah (atau lebih ideal, tiada), ia boleh mengubah corak operasi ekonomi semasa sementara menunggu vaksin COVID-19. 

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lagi Berita Selebriti Antarabangsa Dijangkiti COVID-19, Kini Giliran Pengacara Ellen DeGeneres Pula!

Ya, wabak virus covid 19 ini telah menjangkiti ramai orang tanpa mengira siapa. Terbaharu, Ellen Degeneres pula dikatakan dijangkiti penyakit ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 11/12/2020 . 2 minit bacaan

Selepas Donald Trump, Kini Elon Musk Pula Sahkan Dijangkiti Wabak Covid-19?

Ya, pandemik covid 19 ini masih belum tamat dan telah menjangkiti ramai orang tanpa mengira siapa. Terkini, Elon Musk pula dikatakan dijangkiti wabak ini..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 03/12/2020 . 2 minit bacaan

Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

Pilihan raya semasa musim coronavirus COVID-19 yang pernah dijalankan di Sabah mengajar kita akan kepentingan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 19/11/2020 . 4 minit bacaan

Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

Penggunaan penutup mulut dan hidung amat penting bagi memerangi wabak koronavirus. Kini, ramai yang guna pelindung muka. Jadi, mana satukah yang lebih elok?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Coronavirus, COVID-19 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

virus korona

Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
jangkitan kuman

Pneumonia: Punca, Gejala, Faktor Risiko, Rawatan & Langkah Pencegahan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
vaksin virus

Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
darah haid

Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/12/2020 . 5 minit bacaan