KARUT! Health Tag Tak Boleh Lindungi Dari COVID-19, Jangan Bazirkan Duit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Walaupun wabak jangkitan COVID-19 ini adalah satu ujian untuk kebanyakan individu di seluruh dunia pada ketika ini, namun masih ada yang menggunakan kesempatan untuk memperdaya anggota masyarakat.

Sejak wabak ini melanda negara kita, timbul pelbagai isu yang menarik perhatian ramai di saat barisan hadapan masih lagi berjuang menyelamatkan ramai insan yang dijangkiti

Untuk mengetahui jumlah semasa kes COVID-19 di Malaysia, sila lihat statistik berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

155,095

Disahkan

9,196

Sembuh

594

Kes Kematian
Peta sebaran

Ada isu tentang masalah kekurangan topeng muka, penjualan hand sanitizer yang menipu pengguna, penyembunyian stok topeng muka, ikan singgang boleh mencegah jangkitan virus dan daun semambu yang juga dikatakan boleh mencegah dan merawat wabak COVID-19.

Terbaharu, muncul pula desas-desus berkenaan pemakaian health tag yang dikatakan mampu melindungi diri seseorang daripada dijangkiti virus COVID-19.

Ini susulan selepas netizen melihat beberapa pemimpin negara memakai health tag tersebut ketika melakukan sidang media.

Health tag lindungi diri anda daripada jangkitan COVID-19?

jangkitan covid-19

Terdapat satu produk health tag yang dikatakan mampu melindungi atau menjauhkan si pemakainya daripada jangkitan bakteria atau virus.

Ia merupakan satu kad yang dipakai dengan cara digantungkan pada leher dan mengandungi bahan kimia chlorine dioxide.

Ia dipercayai boleh menjauhkan si pemakai health tag tersebut daripada jangkitan bakteria atau virus, dengan cara pelepasan gas chlorine dioxide di sekitar individu tersebut.

Artikel berkaitan:

Gas yang dilepaskan itu dikatakan boleh membunuh bakteria dan juga virus dalam jarak lingkungan 1 kilometer selama 45 hari. Harga yang perlu dibelanjakan juga tidak murah memandangkan satu kad tersebut berharga sekitar RM60 jika dibeli di farmasi atau secara online

Kerana bimbang ia akan menjadi satu trend, Pusat Racun Negara tampil menjelaskan dakwaan keberkesanan health tag tersebut.

Menurut Pusat Racun Negara, terdapat satu kajian yang pernah dijalankan pada tahun 2017 oleh penyelidik Jepun mengenai keberkesanan kad ini.

Kajian tersebut bertajuk, “Investigation on Practical Usefulness of Body-worn Devices that Claim to Release Chlorine Dioxide.”

Hasil daripada kajian mendapati, kad tersebut TIDAK BERKESAN membasmi atau membunuh bakteria dan juga virus seperti yang didakwa.

Selain itu, gas chlorine dioxide yang dibebaskan daripada kad tersebut adalah sangat rendah, bahkan ia tidak dapat dikesan langsung. Bagaimana mungkin ia boleh melindungi penggunanya dalam lingkungan 1 kilometer?

Artikel berkaitan:

4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu

Pusat Racun Negara menegaskan, health tag ini sememangnya tidak berkesan digunakan bagi tujuan mencegah jangkitan bakteria atau virus, lebih-lebih lagi virus COVID-19.

Tambahan lagi, gas chlorine dioxide ini boleh merengsakan saluran pernafasan si pemakainya bergantung kepada tahap kuantiti dan kepekatan gas tersebut.

Bukan sahaja di Malaysia, ia juga satu trend di Hong Kong

Penjualan health tag ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi juga di negara lain seperti di Hong Kong.

Di Hong Kong, health tag berjenama ‘Virus Shut Out’ dijual secara berleluasa walaupun penjualannya telah dilarang di kebanyakan negara-negara Asia.

Produk ini juga telah dilarang untuk dijual di Vietnam dan Thailand. Begitu juga dengan platform online seperti eBay dan juga Facebook.

Berikut adalah antara mitos lain yang sering berlegar berkenaan jangkitan COVID-19.

jangkitan covid-19

Artikel berkaitan:

Produk ‘Virus Shut Out’ ini membuat tuntutan, “Telah terbukti melalui eksperimen bahawa ia berkesan menghalang zarah bawaan udara dan bakteria, serta pelbagai wabak virus. Ia mengurangkan kemungkinan untuk dijangkiti atau menjangkiti orang lain”.

Dr. Ariane Davison, seorang ahli imunologi dan virologi yang juga pengarah Global Health Care Consultants berkata, kad health tag seperti ‘Virus Shut Out’ ini ternyata adalah satu produk scam.

Jika anda ingin tahu cara mengelakkan jangkitan virus atau bakteria yang berkesan, tonton video di bawah ini.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Hello Doktor 发布于 2020年1月31日周五

Dr. Ariane berkata, chlorine dioxide digunakan untuk mensterilkan permukaan keras dan tidak sepatutnya digunakan berdekatan dengan wajah. Beliau menegaskan bahawa produk health tag seperti ‘Virus Shut Out’ ini langsung tidak berguna dalam melindungi diri daripada jangkitan COVID-19.

Diharamkan untuk diimport masuk ke Amerika Syarikat

health tag

Baru-baru ini, pihak U.S. Environmental Protection Agency (EPA) mengumumkan larangan kemasukan produk kesihatan haram, ‘Virus Shut Out’, ke Amerika Syarikat. Ini kerana, produk tersebut tidak berdaftar dengan EPA selain membuat tuntutan mengelirukan berkenaan keselamatan dan keberkesanannya.

EPA juga telah berhubung dengan pihak jualan online, Amazon untuk mengeluarkan produk tersebut daripada senarai barang jualan portal mereka dan Amazon telah bertindak atas arahan EPA tersebut.

Sebarang produk yang menyatakan tuntutan boleh menghapuskan atau membunuh bakteria akan dianggap sebagai racun perosak dan ia mestilah berdaftar dengan pihak EPA sebelum dijual.

Tuntutan kesihatan awam hanya boleh dibuat bagi produk yang telah diuji dengan betul dan berdaftar dengan EPA. 

EPA dalam satu kenyataannya juga menegaskan, mereka tidak akan bertolak ansur dengan syarikat-syarikat yang menjual produk disinfektan haram, atau membuat tuntutan yang salah dan mengelirukan terutamanya ketika krisis wabak COVID-19 ini sedang berlaku.

Kesimpulan

Kita perlulah menjadi seorang pengguna yang bijak dalam memilih dan menentukan produk yang ingin dibeli. Tidak semestinya apa yang menjadi trend itu adalah satu produk yang terbukti berkesan.

Keberkesanan sesuatu produk bukanlah ditentukan, dilihat atau dinilai dari sudut popolariti, tetapi dari sudut hasil kajian mengenai keberkesanannya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selepas Donald Trump, Kini Elon Musk Pula Sahkan Dijangkiti Wabak Covid-19?

    Ya, pandemik covid 19 ini masih belum tamat dan telah menjangkiti ramai orang tanpa mengira siapa. Terkini, Elon Musk pula dikatakan dijangkiti wabak ini..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 03/12/2020 . 2 minit bacaan

    Jaga Mulut! Jika Ada Orang Yang Anda Kenal Dijangkiti COVID-19, Lakukan 5 Hal Ini

    Sebagai ahli masyarakat, anda mempunyai peranan yang tersendiri jika ada seseorang dalam komuniti anda dijangkiti Koronavirus.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 01/12/2020 . 3 minit bacaan

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Melancap boleh menyebabkan rambut gugur, kenyataan ini kedengaran kelakar sekali! Tetapi adakah kemungkinan ia adalah benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 25/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Pilihan raya semasa musim coronavirus COVID-19 yang pernah dijalankan di Sabah mengajar kita akan kepentingan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 19/11/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    vaksin virus

    Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/01/2021 . 3 minit bacaan
    tahun baharu

    Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
    wabak virus covid 19

    Lagi Berita Selebriti Antarabangsa Dijangkiti COVID-19, Kini Giliran Pengacara Ellen DeGeneres Pula!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/12/2020 . 2 minit bacaan
    virus korona baharu

    Sudah Diluluskan! Tak Perlu Ke Hospital, Periksa COVID-19 Di Rumah Saja, Bila Boleh Mula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/12/2020 . 3 minit bacaan