Orang Dengan Masalah OCD Atau ‘Anxiety’ Menderita Ketika PKP? INI 5 Cara Atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Saat wabak COVID-19 melanda dunia, pelbagai reaksi dapat kita lihat daripada pelbagai jenis individu. Ada yang mengalami ketakutan, panik, malah ada juga yang memberikan respons secara bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. 

Berikut merupakan bilangan semasa kes positif COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

63,176

Disahkan

9,196

Sembuh

354

Kes Kematian
Peta sebaran

Namun tahukah anda, ada sekelompok individu yang mungkin memberikan reaksi yang sedikit berbeza iaitu mereka yang mempunyai gangguan kebimbangan atau gangguan kegelisahan.

Begitu juga dengan mereka yang mempunyai gangguan obsesif kompulsif atau ringkasnya OCD.

OCD adalah satu gangguan di mana seseorang itu mempunyai kecenderungan untuk melakukan sesuatu mengikut susunan dan sempurna secara berlebihan.

Gangguan kebimbangan pula adalah sejenis keadaan gangguan mental. Ia boleh membuatkan seseorang itu menjadi resah dan gelisah secara melampau, bahkan ia boleh berlaku tanpa sebab yang kuat. 

Pandangan terhadap wabak COVID-19 berbeza bagi mereka yang sihat dan golongan OCD/ gangguan kebimbangan?

gangguan kebimbangan

Bagi mereka yang sihat atau tidak mempunyai sebarang gangguan mental, mereka akan berfikir seperti; “Social distancing akan membantu kita untuk menjauhi jangkitan virus serta melindungi ahli keluarga.”

Namun bagi mereka yang mempunyai gangguan kebimbangan, mereka akan berfikir seperti; “Sekiranya saya mendapat jangkitan COVID-19, maka saya dan ahli keluarga akan mati.”

Bagi mereka yang mempunyai OCD pula, mereka akan lebih kerap membasuh tangan secara berlebihan kerana khuatir dijangkiti COVID-19.

Di sini, anda boleh lihat perbezaan bagi perspektif-perspektif berikut.

Ia membolehkan anda untuk memahami bagaimana individu yang mempunyai gangguan kebimbangan dan OCD melihat wabak COVID-19 dengan fikiran yang berbeza.

Baca artikel berkaitan:

Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya

Cara untuk menangani kesan gangguan kebimbangan dan OCD di saat wabak COVID-19 melanda

Jika anda mengalami gangguan kebimbangan atau OCD, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan keresahan anda di saat wabak ini.

Cara ini juga boleh digunakan bagi mereka yang mudah menjadi panik apabila mengetahui perkembangan semasa berkenaan COVID-19.

#1. Elakkan saluran media sensasi

gangguan kebimbangan

Sekiranya anda merupakan seseorang yang mudah panik atau mempunyai gangguan kebimbangan, adalah lebih baik untuk anda menjauhkan diri daripada saluran-saluran media sensasi.

Media sensasi ini sememangnya gemar melaporkan berita-berita dengan cara yang boleh menarik minat pembaca. Kadangkala ia tidaklah menggambarkan kandungan sebenar cerita tersebut.

Oleh itu, dapatkan sumber maklumat mengenai COVID-19 daripada media yang tidak mengamalkan gaya laporan sensasi seperti Laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada sumber akhbar seperti Berita Harian dan Astro Awani.

#2. Basuh tangan anda

Kita mungkin tidak dapat menghentikan penyebaran virus dengan sepenuhnya, tetapi kita boleh mengehadkan penyebarannya melalui amalan kebersihan diri yang terbaik.

Memandangkan sentuhan merupakan cara wabak COVID-19 ini tersebar, maka mencuci tangan adalah kaedah yang amat disarankan untuk dilakukan. Apatah lagi selepas anda pulang ke rumah dari tempat kerja atau pasar raya.

Anda juga perlu mencuci tangan selepas bersin dan batuk, dan juga sebelum menyediakan makanan.

Bagi mereka yang mempunyai OCD, elakkan daripada terlalu memikirkan yang anda mempunyai jangkitan atau menyebarkan jangkitan kepada individu lain.

Kerap basuh tangan sekiranya anda terlibat dengan setiap situasi yang dinyatakan di atas sahaja. 

#3. Kekal aktif selagi anda mampu

gangguan kebimbangan

Antara cara bagi mengurangkan gangguan kegelisahan adalah dengan sentiasa kekal aktif. Kekal aktif di sini bukanlah hanya kesihatan fizikal semata-mata, malah kesihatan mental anda juga.

Sekiranya anda gemarkan aktiviti fizikal seperti mengemas rumah, memasak atau berkebun, terus lakukannya. Jika anda gemarkan ‘sukan’ untuk minda anda, anda boleh bermain catur atau menyusun puzzle.

Daripada anda mencari maklumat berkenaan COVID-19 yang hanya akan membuatkan anda lebih gelisah, lebih baik anda sibukkan diri dengan melakukan perkara-perkara seperti yang dinyatakan di atas. 

#4. Jangan dapatkan nasihat perubatan yang tidak perlu

Bagi mereka yang mengalami gangguan kegelisahan, terdapat dua kelompok dalam hal untuk mendapatkan nasihat perubatan; mendapatkan nasihat perubatan secara berlebihan atau tidak mendapatkannya langsung.

Tidak ada salahnya jika anda berjumpa dengan doktor apabila mempunyai sebarang simptom. Namun, disebabkan oleh peningkatan kes saringan yang lebih serius berlaku di seluruh negara, anda perlu memberikan keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Cuba untuk tenangkan diri terlebih dahulu jika anda mempunyai simptom yang bersifat ringan. Kerisauan mengenai simptom itu sememangnya penting, tetapi tidak perlulah untuk klinik setiap kali anda batuk dalam tempoh yang amat pendek.

#5. Lakukan pengasingan diri

Mungkin masih ada dalam kalangan kita yang tidak menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan, atau mengambil ringan perintah tersebut. Ramai juga yang masih tidak sedar bahawa kaedah ini mampu mengurangkan peratusan jangkitan baharu COVID-19.

Langkah pengasingan diri ini sebenarnya bukan sahaja mampu mengurangkan penyebaran jangkitan, malah ia boleh mengurangkan kebimbangan dan keresahan anda berkenaan jangkitan COVID-19. 

Anda boleh melakukan pelbagai perkara di rumah semasa pengasingan diri tanpa perlu menyertai kepanikan yang telah dicetuskan oleh mereka yang berada di luar. 

Namun, untuk mengelakkan anda kesunyian di rumah, cuba berkomunikasi dengan rakan atau ahli keluarga melalui panggilan telefon, panggilan video atau chat. 

Kesimpulan

Lima langkah ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengurangkan kesan gangguan mental yang anda alami terutamanya gangguan kegelisahan dan juga OCD.

Mungkin anda tidak dapat mengawal tingkah laku anda dalam keadaan sedar, tetapi dengan mengikuti langkah-langkah ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca artikel berkaitan:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

    Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    wabak penyakit dan pelajar

    Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    keselamatan anak

    Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
    fakta rambut

    Suka Pintal Rambut Guna Jari? Ini Mungkin Tanda Anda Alami Masalah Sakit Jiwa, OCD!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan