Risiko Individu Darah Jenis A, Paling Mudah Dijangkiti COVID-19? Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Susulan kepada wabak virus korona baharu (COVID-19), banyak kajian yang telah dijalankan bagi memahami corak jangkitan yang berlaku. 

Pelbagai jenis pemalar yang telah diukur termasuklah jantina lelaki, penyakit kronik dan juga jenis darah pesakit.

Kajian baharu yang melihat kepada kaitan COVID-19 dengan jenis darah A telah dilakukan di Wuhan, titik pusat jangkitan yang terletak di China. 

Memandangkan jumlah kes positif dunia telah meningkat pesat melebihi angka 1 juta, pasti ada faktor lain yang menyebabkan sebahagian individu mudah dijangkiti oleh virus tersebut.

Di Malaysia, angka kes positif adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Baca artikel ini jika anda ingin mengetahui kaitan di antara jenis darah dan kecenderungan untuk dijangkiti oleh wabak COVID-19.

Kaitan jenis darah A dan kecenderungan untuk mendapat jangkitan COVID-19

coronavirus

Jika dilihat pada dua jenis antigen, A dan B, kumpulan darah boleh dibahagikan kepada 4 iaitu:

  • Jenis A mempunyai antigen A dan antibodi B
  • Jenis B mempunyai antigen B dan antibodi A
  • Jenis AB mempunyai kedua-dua antigen A dan B, tiada antibodi antigen
  • Jenis O tidak mempunyai kedua-dua antigen, mempunyai antibodi A dan B

Pengelasan jenis darah ini penting terutamanya ketika prosedur transfusi darah.

Jika seseorang itu mempunyai darah jenis A, mereka tidak boleh menerima darah daripada individu yang mempunyai darah jenis B. 

Ini berikutan darah jenis B mempunyai antibodi A yang boleh menyerang antigen A.

Oleh sebab itulah darah jenis O dianggap sebagai penderma umum memandangkan ia tidak mempunyai mana-mana antigen.

Baca juga:

  1. Usah Pentingkan Diri! Ini Sebabnya JANGAN Beli Barang Yang Tak Perlu Semasa COVID-19 Melanda
  2. Cari Pasal! Pasar Basah Makanan Eksotik Di China Beroperasi Kembali

Terdapat kajian yang menunjukkan jenis darah memainkan peranan penting dalam menentukan risiko seseorang untuk mendapat jangkitan kuman.

Ada beberapa sebab di sebaliknya:

  1. Ada antigen darah yang boleh menjadi reseptor kepada bakteria, parasit dan toksin. Ini bermakna, darah tersebut boleh membantu penularan jangkitan dalam badan.
  2. Antigen pada permukaan darah tertentu boleh bertindak sebagai reseptor palsu menyukarkan proses lekatan dengan tisu lain. Situasi ini bermakna, jangkitan sukar untuk berlaku.
  3. Ada jenis darah yang boleh mengaktifkan penghasilan antibodi ABO sekiranya bakteria yang menceroboh mempunyai antigen ABO aktif.

Jika 3 pernyataan di atas sukar untuk difahami, apa yang anda perlu tahu adalah, mereka yang mempunyai kumpulan darah tertentu, mudah atau sukar untuk dijangkiti oleh sesuatu wabak.

Ia bergantung kepada ciri-ciri fizikal mikroorganisma itu sendiri.

Virus atau bakteria yang berbeza akan berinteraksi dan memberikan kesan fisiologi yang berbeza.

Sebagai contoh, bagi penyakit taun, mereka yang mempunyai darah jenis O sukar untuk mendapat jangkitan berkenaan.

Namun, jika mereka dijangkiti, proses penyakit tersebut cenderung untuk menyebabkan simptom yang lebih teruk dalam kalangan pemilik darah jenis O.

Adakah benar pemilik darah jenis A lebih mudah dijangkiti COVID-19?

darah jenis a

Apa yang pembaca perlu tahu berkenaan dengan subjek jenis darah dan jangkitan, ia memerlukan kajian dan pemerhatian yang lebih mendalam. 

Setakat ini, banyak perkara yang kita tidak tahu berkenaan dengan COVID-19

Hipotesis berkenaan kecenderungan jenis darah A untuk dijangkiti COVID-19 timbul berdasarkan kepada pemerhatian terhadap 2,173 subjek yang dimasukkan ke dalam hospital di Wuhan.

Walaupun dapatan kajian menunjukkan keputusan yang jelas, jumlah itu tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan tentang kecenderungan COVID-19 untuk menyerang darah A dan mengelak darah O.

Artikel berkaitan:

4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu

Banyak data yang perlu dikaji termasuklah taburan dan purata pemilik darah jenis A di negara lain, bukan hanya di Kota Wuhan sahaja

Menurut Profesor Dr Sakthi Vaiyapuri, pakar bidang kardiovaskular dan farmakologi racun di Universiti Reading, konklusi kajian tersebut sukar untuk difahami.

Malah, dapatannya berkemungkinan adalah kebetulan semata-mata.

Orang ramai tidak perlulah panik sekiranya mereka memiliki darah jenis A atau berasa lega jika mempunyai darah jenis O.

Kajian lanjut perlu dilakukan bagi melihat kepada kaitan di antara darah jenis A dan COVID-19.

Jika benar mereka yang berdarah jenis A cenderung mendapat jangkitan, ia dapat membantu pekerja barisan hadapan dalam mengasingkan individu berisiko berdasarkan kepada jenis darah pesakit.

Seperti kajian lain, tidak mustahil jika mereka yang memiliki jenis darah tertentu lebih cenderung untuk mendapat jangkitan virus korona baharu.

Konklusi

darah jenis a

Tiada bukti kukuh yang menunjukkan mereka yang mempunyai darah jenis A mudah untuk mendapat jangkitan virus korona baharu. 

Usaha untuk menghindarkan jangkitan virus korona baharu perlu dilakukan oleh semua individu tidak kiralah apa jenis darah sekalipun. 

Patuhi segala perkara yang disarankan oleh pihak berkuasa dan pastikan anda mengikuti perkembangan semasa berkenaan dengan COVID-19 di laman Hello Doktor.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

    Pesan penghantaran makanan secara online, salah satu cara pencegahan yang relevan ketika COVID-19. Ikuti 10 langkah selamat untuk order makanan online.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

    Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

    Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    pelitup muka

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan