Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Memerangi wabak virus corona bukanlah mudah, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Ini bermaksud kita perlu buat perubahan kehidupan seharian untuk melindungi diri, orang tersayang mahupun komuniti sejagat.

Baru-baru ini, kajian mendedahkan wanita lebih mengambil berat mengenai wabak ini berbanding kaum lelaki. Fahami maksud kajian dengan lebih lanjut dalam artikel ini.

Sementara itu, ketahui statistik semasa kes COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

58,847

Disahkan

9,196

Sembuh

341

Kes Kematian
Peta sebaran

Coronavirus Malaysia, di manakah kita kini?

Sehingga 3 November 2020, kes baharu coronavirus Malaysia tercatat sebanyak 1,054 individu, membawa kepada jumlah kes positif sebanyak 34,393 kes.

Oleh sebab jumlah kes semakin meningkat, pihak kerajaan bertungkus-lumus untuk membawa wabak ini ke titik noktah seperti mematuhi langkah-langkah untuk memutuskan rantaian virus corona.

Walaupun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memainkan peranan juga untuk mengawal wabak pandemik ini, seperti mematuhi pemakaian pelitup muka, menjaga jarak sosial dan sebagainya.

Artikel berkaitan:

Pakar Jawab 5 Soalan Berkaitan Langkah Berjaga-jaga Elak COVID-19, Ini SAHIH

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences di Amerika Syarikat, wanita lebih memandang serius mengenai COVID-19 berbanding lelaki dalam mematuhi usaha memerangi penyakit berjangkit ini.

Pasukan penyelidik antarabangsa berikut mendedahkan tingkah laku seseorang individu boleh menjadi punca perbezaan jantina dalam angka kematian disebabkan oleh COVID-19.

Hal ini juga selaras dengan jumlah kes yang sedikit di negara yang diketuai oleh wanita seperti Denmark dan Iceland.

Perbezaan tingkah laku antara dua jantina dalam memerangi virus corona

Kajian yang telah dijalankan tersebut merangkumi 21,649 orang lelaki dan wanita dari Australia, Austria, Perancis, Jerman, Itali, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Hasil kajian membuktikan para wanita lebih memandang berat COVID-19 sebagai suatu masalah kesihatan yang serius.

Bukan itu sahaja, mereka lebih cenderung untuk mengikuti polisi yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi memerangi virus corona.

coronavirus malaysia

Perbezaan yang paling utama berkaitan dengan tingkah laku membabitkan orang lain, seperti batuk ke dalam lipatan siku.

Namun begitu, perbezaan tingkah laku ini lebih jarang dilihat dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin, tinggal bersama ataupun individu yang terkesan daripada wabak pandemik ini.

Lebih mengejutkan, ini bukan satu-satunya penyelidikan yang menyokong kecenderungan para wanita mengikuti polisi COVID-19.

Dalam sebuah tinjauan yang membabitkan 800 individu, majoriti wanita mengatakan mereka lebih banyak duduk di rumah, mematuhi penjarakan sosial dan paling penting, lebih kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Selain itu, sebuah kajian di timur laut Amerika Syarikat menunjukkan 55% wanita memakai pelitup muka dengan betul berbanding lelaki, sebanyak 38% sahaja.

Akan tetapi, bagi negara yang mewajibkan pemakaian pelitup muka seperti Malaysia, jurang jantina dalam jumlah kes adalah lebih kecil.

Lelaki lebih banyak menyumbang kepada angka kematian wabak corona

Sejauh manakah kebenaran kenyataan di atas?

Adakah kerana perbezaan tingkah laku sahaja boleh meningkatkan risiko buat lelaki, ataupun terdapat faktor lain juga? Teruskan membaca, terutama buat yang lelaki ya!

Sebuah kajian membuktikan virus corona ini bukan sahaja boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk bagi lelaki, malah meningkatkan risiko kematian.

Mengambil contoh negara Amerika Syarikat, penyakit ini telah meragut hampir 17,000 nyawa lelaki, lebih berbanding wanita sehingga pertengahan bulan Oktober.

Baca juga:

Jurang perbezaan ini masih tidak terjawab, namun terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca di sebaliknya.

Dr Richard Seidman, Ketua Pegawai Perubatan di L.A. Care Health Plan, California berkata,

“Lelaki dan wanita sebenarnya mendapat COVID-19 pada kadar yang sama, tetapi lelaki biasanya lebih lewat untuk mendapatkan rawatan kesihatan berbanding wanita.”

Bukan itu sahaja, terdapat juga perbezaan utama dalam cara sistem imun lelaki (berbanding wanita) bertindak balas terhadap virus corona.

“Lelaki mempunyai lebih banyak reseptor yang sensitif terhadap virus tersebut berbanding wanita.

Berkait dengan perkara itu, mereka mungkin mempunyai jumlah virus yang lebih tinggi. Sistem imun lelaki tidaklah seefektif wanita, jadi jangkitan lebih cenderung untuk bertahan lebih lama,” sambung beliau lagi.

Inti pati yang boleh anda ambil

Jumlah kes positif serta kematian saban hari terus meningkat, dan ia menjadi bukti kukuh bahawa wabak pandemik ini tidak mudah untuk berakhir begitu sahaja.

Angka ini belum lagi termasuk kesan wabak ini terhadap kesihatan mental setiap individu yang terjejas.

Kenyataannya, virus corona ini akan terus bersama dengan kita untuk tempoh yang lama pada masa akan datang. Kita haruslah bersabar, mengikuti polisi yang telah ditetapkan dan terus bertahan.

Walaupun vaksin bagi memerangi wabak ini hampir siap sepenuhnya, Dr Seidman ingin mengingatkan kita bahawa para saintis memerlukan masa untuk membuktikan vaksin tersebut selamat dan berkesan.

virus corona

Sementara itu, cara yang paling berkesan bagi menangani coronavirus Malaysia adalah mematuhi arahan dan polisi kerajaan, termasuklah:

Ingatlah, semakin patuh kita kepada prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, semakin baiklah kawalan wabak coronavirus Malaysia.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pilihan raya umum

Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
penutup mulut dan hidung

Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
wabak penyakit dan pelajar

Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
keselamatan anak

Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan