Nak Jadi Hero Negara? Ini 5 Cara Yang Boleh Anda Lakukan Dalam Melawan COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilaksanakan, sememangnya kebanyakan masa kita hanya dihabiskan di rumah.

Mungkin ada yang mengambil kesempatan ini untuk berehat sepuasnya sebelum kembali bekerja, atau ada juga yang mula mencari peluang bagi menjana ekonomi sampingan. 

Bagaimana pula jika masa yang ada ini diluangkan untuk bersama-sama melawan COVID-19?

Anda tidak semestinya perlu menjadi doktor atau polis untuk membantu negara melawan penularan jangkitan ini.

Sebagai orang awam, kita juga boleh menyumbang kepada ‘perlawanan’ ini dengan cara kita sendiri. Apakah caranya?

Berikut adalah bilangan kes semasa COVID-19 di Malaysia.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

27,805

Disahkan

9,196

Sembuh

236

Kes Kematian
Peta sebaran

Anda pun boleh jadi hero, ini 5 cara menyumbang dalam menentang COVID-19

perintah kawalan pergerakan

Setiap sumbangan yang ingin dilakukan tidak semestinya memerlukan wang ringgit. Berikut antara cara yang boleh dilakukan untuk membantu negara ini saat dilanda musibah wabak COVID-19.

#1. Menjahit baju PPE

Pada saat ini, petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab merawat pesakit COVID-19 seperti doktor dan jururawat mempunyai satu cabaran yang agak berat.

Mereka kekurangan peralatan perlindungan peribadi atau ringkasnya disebut sebagai PPE

Antara kelengkapan PPE yang sedang mengalami kekurangan pada masa sekarang ialah baju atau gown.

Jika anda berkemahiran dalam bidang jahitan, anda boleh membantu dengan cara menjahit baju, tudung dan juga pelindung kaki untuk dijadikan PPE. 

Cara lain untuk elak jangkitan COVID-19 seperti berikut:

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Pada masa sekarang, non-woven material banyak digunakan untuk dijadikan PPE bagi kegunaan pasukan perubatan di hospital dan juga klinik.

Jika terdapat mana-mana organisasi atau persatuan di sekitar anda yang menjalankan aktiviti ini, anda boleh menyertai mereka untuk menyumbangkan tenaga dan kemahiran jahitan anda.

Jika tiada, anda sendiri boleh memulakan inisiatif ini bersama rakan-rakan anda.

Cuba dapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak seperti wakil rakyat untuk membeli non-woven material tersebut terlebih dahulu.

Kemudian tetapkan satu lokasi khusus yang boleh dijadikan pusat jahitan PPE seperti di dewan dan pusat komuniti setempat.

Namun, jangan lupa untuk tetap menjaga jarak sosial. 

#2. Sumbangan bantuan makanan

bantuan makanan

Untuk sumbangan bantuan makanan, anda boleh menyumbang melalui 3 cara; menyumbang pek makanan, menyumbang wang atau menyumbang tenaga.

Jika anda berkemampuan dari segi kewangan, anda boleh menyumbang dengan cara menghulurkan bantuan makanan terus kepada NGO-NGO berkaitan.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh sahaja menyumbang dalam bentuk wang ringgit yang pembeliannya akan diuruskan oleh NGO terbabit.

Sumbangan dari segi tenaga pula, anda boleh hadir ke pusat operasi bantuan makanan dan membantu membungkus dan mengedar makanan tersebut.

Selain itu, anda juga boleh terlibat menghulurkan bantuan makanan sebagai hidangan yang sedia dimakan untuk para petugas barisan hadapan.

Ini termasuklah para doktor dan warga kerja di fasiliti kesihatan, pihak polis dan tentera yang melakukan sekatan jalan raya serta mereka yang kurang berkemampuan seperti gelandangan dan orang miskin.

#3. Membuat pelindung muka DIY

perintah kawalan pergerakan

Pelindung muka atau face shield juga merupakan antara salah satu barangan PPE yang semakin susut dari hari ke hari. 

Jika anda mempunyai mesin pencetak 3D, anda boleh memanfaatkannya untuk mencetak pemegang pelindung muka yang akan digunakan sebagai salah satu komponen pelindung muka.

Jika tidak, anda boleh menggunakan barang-barang yang terdapat di sekitar anda untuk membuatnya dengan cara yang lebih kreatif.

Ada pihak yang berjaya menggunakan span dan juga plastik dokumen bersaiz A4 bagi menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan frontliners.

Mungkin anda juga boleh mencuba kaedah ini yang ternyata lebih mudah dan murah. 

#4. Menjahit topeng muka

Pada ketika ini, bekalan topeng muka juga amatlah sukar untuk didapati sama ada di kedai-kedai runcit, farmasi, pasar raya mahupun jualan online

Artikel berkaitan:

Pemakaian topeng muka amatlah disarankan kepada mereka yang sedang sakit dan mempunyai simptom seperti selesema, batuk dan demam.

Apatah lagi jika mereka yang berisiko ini berada di lokasi-lokasi yang memerlukan pemakaian topeng muka seperti berikut:

bantuan makanan

Bagaimana jika mereka ini tidak mempunyai bekalan topeng muka untuk dipakai?

Di sinilah anda boleh menyumbang dengan cara menjahit topeng muka kain di rumah anda dan memberikannya kepada mereka yang kurang berkemampuan. 

Topeng muka kain mungkin tidak begitu berkesan dalam memberikan perlindungan yang terbaik kepada pemakainya, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain

#5. Ceriakan individu yang mengalami kesihatan mental terjejas

Sesetengah individu mungkin akan mengalami fasa yang agak sukar sewaktu PKP ini sedang berlangsung.

Ada dalam kalangan kita yang mungkin sedang tertekan kerana tinggal berseorangan setiap hari. 

Ada juga yang mungkin sedang kemurungan memikirkan masalah yang sedang dialami di rumah.

Artikel berkaitan:

Mak Ayah Dah Mula Stres Sepanjang PKP? Jom Atasinya Dengan 7 Tip Ini

Jika anda mengetahui sesiapa di sekililing anda yang mungkin berhadapan dengan masalah seperti ini, bantu mereka dengan menceriakan hari-hari mereka.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

  • Menghantar gambar-gambar atau video haiwan yang comel dan kelakar melalui WhatsApp
  • Hantarkan kata-kata motivasi untuk mereka yang sedang mengalami tekanan
  • Buat panggilan video dan bertanya khabar kepada mereka
  • Buat panggilan telefon kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan jiran terdekat yang tinggal berseorangan/ jauh

Kesimpulan

Sumbangan semasa PKP tidak semestinya dibuat melalui bantuan makanan semata-mata.

Ini kerana, ada banyak lagi keperluan lain yang diperlukan oleh individu berkaitan pada saat ini. 

Anda juga sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada hero negara!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

    Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    virus corona

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan