Musim banjir dan penyebaran wabak denggi
Hujan berterusan bukanlah satu keadaan yang ideal untuk nyamuk Aedes bertelur kerana telur tersebut boleh mengalir laju ke kawasan yang tidak boleh dijangka. Namun, perkara ini bermakna musim banjir boleh menjadi metode perluasan kawasan bagi nyamuk tersebut. Ini kerana telur nyamuk mempunyai kapasiti untuk hidup yang tinggi dan dapat bertahan untuk jangka masa yang lama tanpa sumber air.
Bencana banjir juga akan meningkatkan jumlah kawasan-kawasan yang boleh menjadi tempat untuk nyamuk Aedes membiak seperti lopak-lopak air, kawasan longkang yang bertakung dan sebagainya. Semua pihak perlu memeriksa setiap kawasan dengan lebih teliti selepas bencana banjir kerana takungan air kecil yang boleh didapati di dalam tin-tin kosong juga mempunyai potensi untuk menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes.
Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memastikan kawasan perumahan selepas banjir tidak menjadi habitat untuk nyamuk Aedes bertelur.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen