Antara contoh mereka yang mempunyai sistem imun lemah ialah seperti warga emas, pesakit kanser, mereka yang terlibat dengan pemindahan organ, pesakit HIV atau sebarang penyakit genetik yang memberi kesan terhadap sistem imun mereka.
Selain itu, anda perlu melakukan sanitasi rumah bagi membunuh sebarang kuman dan bakteria yang menjadi punca penyebaran penyakit seperti norovirus, Shigella dan Giardia.
Penyingkiran kuman-kuman dan bakteria berbahaya boleh melindungi seluruh keluarga anda daripada jangkitan penyakit seperti jangkitan kulat, kutu badan, cirit-birit, ruam, kecacingan, kudis buta dan lain-lain lagi.
Kini anda boleh lihat kepentingan membuat sanitasi kediaman secara berkala.
Apakah beza antara membersihkan rumah dan sanitasi rumah?
Kedua-dua kaedah ini mungkin kelihatan sama, namun ia sebenarnya agak berbeza.
Membersihkan bermaksud mengemas atau mencuci permukaan objek dan kediaman daripada sebarang kotoran, habuk dan juga kuman.
Anda biasanya akan menggunakan sabun pencuci dan juga air untuk membersihkan segala permukaan dalam kediaman anda.
Namun kaedah ini tidak boleh membunuh kuman secara keseluruhan.
Anda mungkin telah membunuh sebahagian kuman, namun sebahagian lagi ada yang masih hidup dan berpotensi untuk menjangkiti anda.

Berbeza pula dengan kaedah sanitasi kediaman, anda menggunakan bahan kimia tertentu seperti cecair peluntur, cecair pencuci atau cecair sanitasi khas bagi membunuh kuman dan bakteria berbahaya dalam kediaman anda.
Kaedah ini lebih baik kerana ia boleh membunuh lebih daripada 90% kuman pada permukaan objek yang telah disanitasi.
Ini cara sanitasi kediaman yang boleh anda amalkan
Terdapat beberapa langkah atau tip untuk anda melakukan sanitasi di kediaman anda mengikut jenis objek atau permukaan.
Sila lihat tip di bawah ini:
#1. Untuk permukaan atau objek yang keras

Bagi permukaan yang keras seperti lantai, meja makan, suis lampu dan perabot, anda boleh mencucinya dengan menggunakan produk cucian khas yang banyak dijual di pasaran.
Produk pencuci seperti ini juga boleh digunakan untuk membersihkan objek keras yang lain seperti kerusi, kipas dan alat permainan kanak-kanak.
#2. Untuk objek yang lembut
Bagi permukaan atau objek yang lembut seperti karpet, permaidani dan juga langsir, anda boleh menggunakan produk pencuci pakaian dan juga air untuk membersihkannya.
Anda boleh menggunakan air suam atau air dengan suhu yang tinggi untuk mencuci objek seperti ini. Kemudian, keringkan dengan baik sebelum menggunakannya kembali.
Anda juga boleh memvakum karpet terlebih dahulu sebelum mencuci dengan air.
#3. Untuk pakaian
Untuk tujuan sanitasi pakaian, anda boleh menggunakan sabun pencuci pakaian bersama-sama dengan air bersuhu suam atau sedikit panas bagi membunuh kuman.
Jika anda mencuci pakaian individu yang sedang sakit, pakai sarung tangan getah atau plastik dan juga topeng muka sebelum mengendalikan pakaian mereka untuk dicuci.
Selain itu, cuci bersih juga bakul pakaian yang telah digunakan. Cuci tangan anda setelah semua pengendalian pakaian untuk cucian selesai.
#4. Untuk barang elektronik
Sebelum anda membersihkan permukaan barangan elektronik, pastikan anda meletakkan penutup khas alat tersebut bagi mengelakkan kerosakan yang berpunca daripada penggunaan cecair.
Ikuti arahan pencucian seperti yang tertera pada manual yang disediakan oleh pengilang. Anda juga boleh menggunakan cecair pencucian barangan elektronik khas untuk tujuan sanitasi.
Anda tidak perlu bimbang kerana cecair untuk barangan elektronik mempunyai kandungan alkohol. Ia akan mengering dengan pantas selepas dilap pada barangan anda.
Kesimpulan
Anda boleh melakukan proses sanitasi rumah ini sekurang-kurangnya seminggu sekali pada waktu hujung minggu.
Ia bukan sahaja boleh membantu mengekalkan kebersihan rumah pada tahap yang optimum, tetapi juga boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen