home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

5 Tip Mudah Lagi Efektif Bagi Melindungi Anak Anda Daripada Demam Denggi!

5 Tip Mudah Lagi Efektif Bagi Melindungi Anak Anda Daripada Demam Denggi!

Menurut WHO, demam denggi telah meningkat dengan mendadak iaitu lebih 390 juta kes jangkitan dicatatkan di seluruh dunia.

Ia adalah disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes dan kita semua perlu tahu cara betul untuk cegah demam denggi sebelum ia berlaku.

Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda melindungi ahli keluarga daripada gigitan nyamuk yang menyebarkan denggi.

1. Buangkan air yang bertakung

Nyamuk penyebar denggi dan chikungunya lebih suka membiak dalam air bersih yang mudah didapati di dalam dan sekitar rumah anda.

Jadi, langkah pertama adalah memastikan anda menghapuskan sumber air yang terkumpul.

Bila-bila masa, anak-anak anda bermain di kawasan terbuka atau taman kejiranan, perhatikan jika ada tempat seperti kolam kanak-kanak, air pancut, mandian burung yang menakung air.

Jika ya, pastikan mandian burung dibersihkan setiap tiga hari untuk elak demam denggi.

cegah demam denggi

Sekiranya terdapat kolam kanak-kanak di halaman anda, pastikan anda membuang airnya setiap kali selepas berenang dan letakkannya terbalik supaya air tidak terkumpul di dalamnya.

Perhatikan juga saluran air dan bekas penyimpanan air di rumah dan pastikan setiap pot bunga, pasu, dulang penghawa dingin dan dulang peti sejuk dilindungi dan pastikan anda membuang airnya setiap 3 hari.

Cegah demam denggi #2. Fogging

Kebanyakan kawasan kediaman menjalankan fogging biasa di dalam dan sekitar kawasan kediaman.

Sekiranya tidak berlaku, pastikan jawatankuasa masyarakat anda mengamalkan sistem fogging yang rutin dalam agenda seterusnya.

Anda juga boleh menghubungi perbandaran tempatan anda untuk pemeriksaan biasa bagi memeriksa pembiakan larva denggi.

Mereka juga boleh membantu anda mengamalkan amalan fogging secara berkala juga.

cegah demam denggi

#3. Pakaian pelindung kulit

Pilih baju lengan panjang untuk membuat kawasan permukaan kulit kurang terdedah kepada nyamuk lantas menjadi cara untuk elak demam denggi.

Apabila nyamuk menggigit melalui pakaian sintetik yang ketat, pastikan anak anda berpakaian yang selesa yang bukannya melekat pada badan.

#4. Tanaman penghalau nyamuk

Sesetengah tumbuh-tumbuhan seperti serai terkenal kerana sifat menghalau nyamuk.

Tumbuhan ini juga boleh bertindak sebagai tanaman hiasan yang indah bagi taman anda dan memerlukan penyelenggaraan yang sangat rendah.

Anda boleh menanamnya di taman anda. Walaupun ia tidak akan membantu semasa tempoh jangkitan nyamuk, ia sudah pasti akan menghalau nyamuk.

Cegah demam denggi #5. Pemeriksaan seminggu sekali

Bersihkan daun-daun kering yang bertaburan di dalam laman rumah serta longkang.

Ini bagi mengelakkan air bertakung di dalam timbunan daun kering yang mungkin tersumbat di dalam longkang lantas menjayakan usaha cegah demam denggi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Dengue and severe dengue, https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dengue-and-severe-dengue, Accessed Jun 4 2018.
  2. Dengue Fever, https://kidshealth.org/en/parents/dengue.html, Accessed Jun 4 2018.
  3. Protect Your Kids From Dengue – 5 Must-Dos http://www.goodknight.in/protect-your-kids-from-dengue-5-must-dos/, Accessed Jun 4 2018.
  4. 7 Tips To Safeguard Your Child From Dengue And Chikungunya, https://www.goodknight.in/7-tips-to-safeguard-your-child-from-dengue-and-chikungunya/, Accessed Jun 4 2018.
  5. Dengue fever: How to prevent dengue at home; tips for babies and children, https://www.indiatoday.in/information/story/how-to-prevent-dengue-at-home-and-how-to-protect-babies-and-children-from-dengue-1845601-2021-08-26, Accessed Jun 4 2018.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 2 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor