Ini bagi memantau perjalanan solat sunat hari raya tersebut berikutan kebimbangan berkenaan kehadiran penduduk setempat ke masjid berkenaan.
Bagaimanakah suasana rumah terbuka Aidilfitri 2020?

Antara sambutan atau acara yang sering dinanti-nantikan setiap tahun sewaktu Aidilfitri ialah rumah terbuka hari raya.
Namun, perkara tersebut mustahil akan berlaku pada tahun ini di saat semua pihak sedang sibuk melawan penularan wabak COVID-19.
Kerajaan telah melarang sebarang acara kenduri atau rumah terbuka sempena Aidilfitri pada tahun ini.
Selain itu, aktiviti ziarah menziarahi juga hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja, terhad kepada kehadiran 20 orang bagi setiap rumah.
Walaupun kerajaan membenarkan aktiviti berhari raya ini dilakukan dengan jumlah yang terhad, ia masih menjadi satu kebimbangan besar bagi sesetengah pihak.
Ini kerana ketika himpunan ahli keluarga semasa raya berpotensi untuk berlakunya penularan wabak.
Apatah lagi dengan kelonggaran pergerakan rentas daerah dalam negeri yang sama.
Kerajaan juga telah melarang sebarang aktiviti rentas negeri dilakukan semasa hari raya sepanjang PKPB ini dikuatkuasakan.
Walaupun belum tiba hari raya, statistik menunjukan bahawa beribu-ribu kenderaan telah cuba untuk melakukan pergerakan rentas negeri sejak kebelakangan ini.
Kebanyakan daripada mereka sama ada diarah untuk berpatah balik atau diberikan kompaun sebanyak RM1,000 seorang.
Inilah antara perkara yang dikhuatiri oleh ramai pihak.
Masih ramai rakyat di negara ini cuba untuk melanggar arahan kerajaan untuk pulang ke kampung walaupun telah berulang kali diingatkan di saluran media.
Garis panduan dan larangan adalah satu bentuk pencegahan

Kita perlu faham setiap garis panduan yang dikeluarkan dan juga arahan dan larangan yang ditetapkan ini mempunyai tujuan khusus; iaitu untuk mengekang penularan wabak COVID-19 daripada menjadi lebih buruk.
Tiada keperluan untuk mempersoalkan mengapa tiada sembahyang raya, rumah terbuka dan larangan untuk pulang ke kampung pada tahun ini.
Masing-masing perlu memahami bahawa ia adalah untuk kebaikan semua rakyat di Malaysia.
Jangan kerana disebabkan oleh sikap penting diri kita sendiri, individu lain pula yang menjadi mangsa jangkitan malah lebih teruk, menjadi korban COVID-19.